Tuesday, November 19, 2013

Nak jadi fulltime housewife boleh?


Assalamualaikum~

Sejak dah kahwin ni susah dah nak buka blog. Maklumlah biasanya saya buka blog masa weekend selalunya. Sekarang ni weekend banyak dihabiskan dengan travelling ke kl-jhr-mlk ulang-alik. Bergantung dengan perbincangan katne nak jumpa.

Camnilah nasib pasangan jarak jauh. sampai duit gaji pun habis kat travelling je semata-mata supaya kami dapat jumpa. Mungkin ada hikmahnya semua ni kan. Tapi, saya harap sangat saya dan dia dapat bekerja di tempat yang berdekatan.

Kalau dulu bercinta, tak jumpa sebulan sekali pun ok lagi. Tapi sejak dah kawin ni, tak leh dah nak buat camtu lagi. Tanggungjawab sebagai orang yang dah berkahwin ni lain dah. Cuti tahunan dah tinggal satu dah sebab asyik cuti untuk bersama dengan suami..huhu~

Kadang-kadang stress rasa. Dah kawin pun susah nak jumpa. Tapi, kalau jumpa pun gaduh. Hai, macam-macamlah. Sekarang ni kena kuatkan hati ni supaya bertahan lagi. Kena usaha & doa lagi. Hari tu pergi interview kat Johor, tapi macam dah takde harapan dah yang tu.

Kerja sekarang memang dah bagus dah, banyak benefits. Tapi, kalau duduk jauh dengan suami pun buat apa kan? Gaji habis balik kat kos travel tu. Kadang-kadang rasa macam nak jadi suri rumah aje, dapat duk sama selalu.

'Amboi, senangnya kalau jadi suri rumah' leonerz cakap. Jadi, di sini saya nak tanya geng-geng yang surirumah tangga tu. Senang ke jadi suri rumah tangga ni? Cuba komen sikit biar leonerz terbuka mata dia..hehe~

Leonerz cakap camtu sebab hari tu saya ada cuti seminggu & selama seminggu tu saya jadi housewife. Dia balik kul 3 petang saya tengah relaks2 baca novel...huhu..tapi, relaks baca novel pun, kerja-kerja rumah macam vacuum, mop & masak saya buat tau~ :p

Tak serius pun nak jadi full time housewife. Tapi tak puas hati apa yang leonerz cakap tu. Cuba komen sikit. Saya nak tengok gak pendapat orang lain. Kalau takde anak mungkin relaks lagi lah, tapi kalau dah ada anak, saya tak rasa senang.



Friday, October 18, 2013

Honeymoon pertama~


Assalamualaikum~

Hari tu ramai geng2 yang tanya honeymoon pergi mana kan? Jadi, entri kali ni saya nak tepekkan gambar-gambar kat sana..hehe~

Destinasi honeymoon pertama kami: Krabi, Thailand.
Penginapan: Ananta Burin di Ao Nang beach selama 4 hari 3 malam~

Entri kali ni banyak giler kot gambar..jadi harap maaf kalau loading entri ni cam siput sedut. Hari ni saya sambung cuti, jadi bolehlah nak update banyak-banyak sikit..hehe~

Ni kat balai perlepasan di LCCT. Lupa nak bawak kamera, jadi hp murah je la yang ada untuk ambil gambar-gambar honeymoon kami ni..

Sebelum berlepas: Kami naik kapal terbang yang ada iklan harimau malaya tau. Leonerz punyalah excited gile muka dia sebab first time naik. Cam budak-budak ~ :p

Sampai-sampai di bilik hotel terus leonerz melompat, tak sempat nak amik gambar katil tu dalam keadaan elok..huhu~

Kami sampai dalam jam 3 petang masa Thailand. Masa Thailand lewat sejam dari Malaysia. Petang tu sewa skuter & pusing-pusing pantai Ao Nang, tengok matahari terbenam sambil minum air kelapa~

Ni esoknya, jalan di sepanjang pantai Ao Nang.

Kemudahan dalam bilik kami. Botol air mineral dia sangat unik! Kami bawa balik 1 botol buat kenangan..hehe~

Ni masa nak ambil gambar kami naik skuter, tapi tak nampak pun kat cermin hitam tu. Last-last, ada pekerja hotel offer untuk tolong ambilkan gambar..hehe..segan je~

Pemandangan dari warung tepi jalan di sana. Masa tu saya makan nasi goreng tom yam. 50 baht harganya bersamaan dengan RM5. Boleh tahan mahal gak untuk standard warung tepi jalan, tapi sedap~ 


Pantai Ao Nang. Tak berapa nak cantik sangat sebenarnya..kena pergi pulau kalau nak tengok yang cantik-cantik~

Ni kat Pantai Nonghkrat beach kot? Tak ingat nama dia sbb pelik sangat, Tapi sebelah dengan Ao Nang aje. Petang tu jalan kaki pergi ke pulau tu sebab air tengah surut. Kalau air naik memang tak leh la nak pergi sana jalan kaki~

Ni masa join Phi Phi Island Tour. Ni gambar masa kat Bamboo Island. Biru air dia! Memamg cantik! Tapi hari tu ombak kuat, kami tak boleh nak pergi ke Maya Bay tempat popular yang pernah jadi set pengambaran untuk cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio. Sayang sangat.. 

Ni Phi Phi Don Island. Cantik, tapi tak secantik pulau-pulau sebelum tu sebab kat area sini banyak kapal-kapal berlabuh.

Tak cantik pun, tapi air dia tetap warna biru~

Kalau nak pergi jalan-jalan okaylah Krabi ni. Tapi kalau nak pergi snorkeling saya rasa Tioman dan pulau-pulau di Terengganu lagi cantik~

Next destination:
1. Langkawi
2. Pulau Perhentian
3. Pulau Tioman

hehe~  :)

Wednesday, October 9, 2013

Wordless?



Assalamualaikum~

Lama kot tak buat entri WW ni..hehe~

bila boleh naik lagi~~

Tuesday, October 8, 2013

Ponteng kerja~


Assalamualaikum~

Sejak dah kahwin ni mood untuk berblog agak kurang. Biasanya weekend lah masa nak bukak blog lama-lama. Sekarang ni disebabkan saya ni weekend wife, jadi masa tu telah diperuntukkan sepenuhnya untuk suami tersayang :p Mohon maaf banyak-banyak bagi kawan-kawan yang selalu komen sini. Saya akan pergi jugak, jangan risau tapi sikit-sikit lah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit jugak kan? hehe :)

Minggu lepas saya cuti dari Khamis sampai Isnin jumpa leonerz. Rindu sangat, padahal tak sampai dua minggu je pun tak jumpa. Mungkin sebab last week, hari Selasa besday saya yang pertama sebagai seorang isteri. Jadi haruslah saya nak suami ada di sisi kan. Masa besday, datang ofis macam biasa je kerja, takde rasa special. Normallah kan nak rasa dihargai dan disayangi masa hari jadi kita kan? Tak gedik pun kan? huhu~

Sehari lepas besday saya, saya buat keputusan untuk cuti dan pergi ke berjumpa dengan leonerz. Masa tu dah tak peduli dah, company nak pecat ke nak bagi apa ke. Kalau pecat, saya jadi suri rumah tangga je lah. (sila jangan tiru perbuatan ini) ~ :p

Leonerz tanya saya Sabtu tu nak buat apa? Saya tak kisah, duk rumah dengan dia aje pun okay aje. Tapi dia bosan, nak keluar. Selepas beberapa lama berbincang, kami buat keputusan untuk ke Mersing. Pukul 5 Jumaat tu, saya ambil dia kat ofis dan kami terus bergerak ke sana.

Leonerz ikut jalan Kluang untuk ke Mersing. Ingatkan dekat, lagi jauh kot ikut Skudai-Kluang-Mersing. Baik ikut Kota Tinggi je camtu..huhu.Pukul 9 lebih jugaklah baru sampai di Mersing. Pusing-pusing cari hotel pun dah berapa jam. Ingat nak stay kat budget hotel je maklumlah sebab ni kira percutian last minute, last-last duk hotel Havanita. Harga lebih kurang je dengan hotel budget.

Sebenarnya mula-mula nak duduk Timotel Hotel, tapi datang balik nak book bilik, habis pulak. Kami tak prefer sangat Havanita sebab ada pub bawah hotel tu. Pekerja hotel pun agak seksi, tu kata-kata dari leonerz la. Kalau Timotel hotel semua sopan pakai tudung.

macam ni lah rupa bilik kitorang~

Rasanya ni first time kot lepas kahwin pusing-pusing cari hotel untuk bermalam. Kebanyakan orang yang jaga budget hotel tu macam pandang serong je. Mungkin diorang ingat kami ni belum kahwin lagi kot. Tak pun saya ni terlalu sensitif? Tapi leonerz pun rasa camtu gak. Dahlah masa tu sijil nikah tak dapat lagi. Sijil sementara pun takde, kalau kena tangkap mesti kecoh gak kan..huhu~

Esoknya kami jalan-jalan ke Pantai Air Papan. Tak best sangatlah sebab tak berapa nak cantik. Leonerz mula-mula nak ajak pergi Tioman, tapi bila fikir panjang, budget bulan ni untuk enjoy lebih-lebih takde. Lagipun sekarang ni musim hujan. Macam rugi je la pulak kan. Sabar jelah~

Gambar kat Pantai Air Papan semua kat handphone leonerz. Tak leh nak uploadlah kat sini. Tapi dulu saya pernah pergi gak Air Papan ni. Gambar-gambar leh tengok kat entri bawah ni:

1. Aktiviti Hari Ahad
2. Air Papan
3. Guest House tengah sawah

Masa belum ada anaklah nak pergi berjalan puas-puas orang kata kan? Lepas ni next destination; Langkawi boleh? huhu~~~






p/s: harap maaf sebab kelajuan saya untuk bw sangat slow mengalahkan siput.




Saturday, September 28, 2013

Lama menyepi~


Assalamualaikum...

Lama betul tak buka blog ni. Nak kata honeymoon tak jugak sebab masing-masing duduk jauh. Takde rezeki nak duduk dekat lagi. Boring jugak kalau dah kawin duk jauh-jauh ni..rasa macam bujang lagi je..huhu~

Alhamdulillah selesai semua urusan kawin2 ni semua. Lepas ni kena cari jalan untuk duduk dekat aje lah. Tak tahu lagi macam mana akan datang. Harap semuanya dipermudahkan nanti. 

Sekarang ni takde cerita best pun dari saya dan leonerz. Ada ke GSF yang datang kenduri saya hari tu ye? Masa kenduri belah laki tu saya macam kelam-kabut sikit. Minta maaf banyak-banyak.

Cakap banyak pun tak guna memandang tangan ni dah keras nak menaip. Layan je lah gambar kat bawah ni~ :)


Ok..tamat. Cukuplah satu gambar ye..hehe~

Selamat berhujung minggu semua :)

Sunday, August 11, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri~


Assalamualaikum~

Pemalas betul nak bukak blog sekarang ni. Raya sakanlah kononnya, padahal duduk rumah aje..huhu~

Disebabkan kemalasan ni, saya ingin meminta maaf zahir dan batin kalau ada tersakitkan hati sesiapa yang baca blog ni sama ada sengaja atau tidak.

Sedar tak sedar tinggal lagi 6 hari aje lagi saya akan bertukar status. Tak tahu nak gambarkan perasaan ni. Berdebar, suka, takut semua ada. Dulu nak kawin punyalah susah, ni dah dekat tarikhnya rasa macam tak percaya je. Banyak halangan dan rintangan berjaya ditempuh untuk sampai ke saat ni. Lepas kawin ni, pastinya dugaan takkan berkurangan. 

Bukan senang nak senang. Fikir positif aje. Jadi diri sendiri dan buatlah apa yang termampu. Cuba yang terbaik~

Adoi...bila fikir lagi 6 hari ni rasa malasnya rasa. Bilik tak abis kemas lagi ni. Nak pergi spa ke tak ni? Daun inai tak jumpa. Kek kahwin nak jugak ke? Baju sanding nak tukar lg? Banyak tak setel lagi sebenarnya ni.. huhu~

Kadang-kadang fikir, cepatlah habis majlis ni sebab dah habis tak payah nak fikir-fikir lagi dah. Saya harap sangat majlis ni berjalan dengan lancar. Harap semua makanan cukup. Harap semua tetamu puas hati. Saya dan family sentiasa cuba untuk buat yang terbaik, tapi kami cuma manusia biasa aje, kalau ada kekurangan harap dimaafkan...huhu..awal mintak maap nye~ :p

Lepas ni citer pasal majlis kawin je la pulak kan? hehe~








Friday, July 26, 2013

Mimpi~


Assalamualaikum~

Kalau tengok kat belah kanan blog ni, tinggal 3 minggu je lagi nak ke tarikh nikah. Tak tahu apa perasaan. Tak tahu nak rasa apa. Macam-macam boleh jadi bila dah semakin dekat dengan tarikh tu. Baju nikah pun last-last sewa je sebab mak kata baju nikah saya tu plain sangat. Takpelah kalau mak dah cakap camtu, lagipun mak tolong bayarkan yang lebih-lebih tu. Baju sanding pun mak yang decide...huhu~~~~ 

Minggu ni macam banyak lak mimpi pasal kahwin ni. Hari tu leonerz mesej pagi, tanya 'Berapa semua kos nye?'. Saya dah pelik dah kenapa tetiba pagi-pagi mesej tanya kos. Saya dah gak dah mesti mamai lagi tu. Risau sangatlah tu pasal kos. Memang budget dia memang sangat tight sebab banyak nak kena fikir. Rambut pun makin gugur sebab risau sangat~ :p

Sehari lepas tu saya pulak yang mimpi. Saya mimpi hari pernikahan tu, sampai kul 12.30 tengah hari tok kadi masih tak nikahkan kami lagi. Patutnya nikah pukul 9 pagi, kenduri lepas tu. Jam 12.30 tu dah patut sanding dah..huhu~

Saya rasa saya takdelah fikir sangat, tapi termimpi-minpi pulak. Mungkin tanpa saya sedari saya ada fikirkan kot. Nanti lama gak saya cuti kahwin. Dari raya pertama sampai raya ke 13. Rasa rugi lak cuti sebelum majlis tu lama-lama, tapi terpaksalah sebab tempat saya kerja ditutup untuk cuti seminggu. Nak tak nak kena cuti lama gak. Rasa cam membazir lak cuti. Banyak lagi kot nak guna lepas kahwin nanti, maklumlan PJJ untuk sementara sampai saya dapat kerja dekat ngan dia~

Honeymoon pun rasa best sebab tetiba ayah nak sponsor. Jadi, ayah claim balik duit tiket kapal terbang kami. Leonerz ni pun nak bercuti terus pas majlis belah dia. Manalah nak ada duit time tu. Nasib baik ada sponsor. Alhamdulillah..Best2~~ :) 

Setakat ni semuanya okay. Harap semua akan berjalan dengan lancar. Doorgift on the way lagi, harap-harap sempatlah siap. Sape ada pokok inai?? Tolong poskan pada saya..hehe~


Wednesday, July 17, 2013

Try test~


Assalamualaikum~

Sekejap je masa berlalu sekarang ni. Dah seminggu berpuasa dan lagi sebulan je lagi tarikh nikah kami..huhu~~

Baru-baru ni saya pergi fitting baju untuk majlis belah leonerz. Minggu ni pulak kena balik kampung saya pilih baju belah saya pulak. Makin dekat dengan tarikh makin banyak dugaan rasa.

Baru beberapa hari yang lepas parents saya nak cancel dengan mak andam ni, nak cari yang baru. Saya ikutkan aje. Lagipun betul kata mak ayah saya, bayar mahal tapi semua dia nak berkira. Siap boleh emosi marah-marah family saya. Padahal saya cakap elok2 aje, siap minta maaf semua.

Takpelah...mungkin ada hikmahnya. Bila fikir-fikir balik, ada baiknya saya cancel dengan dia. Sangat banyak putar belit, banyak sangat ketakpastian. Tapi burn lah deposit saya. Banyak dah saya bayar. Dekat RM1000 dah untuk mak andam tu :((

Anggap aje bukan rezeki saya. Insya'Allah, harap semuanya berjalan lancar. Bila jadi macam ni risau jadinya. Duit sekarang semua ni ikut budget je, bila lari sikit budget camni, semuanya lari. Kena belajar redha je la~

Sebenarnya saya memang geram sangat-sangat dengan mak andam tu. Rasa macam nak cerita je semua benda kat sini, tapi sabar jela....

Mak ayah saya dah tolong carikan mak andam lain. Jadi weekend ni saya dan leonerz akan balik melaka test baju. Alhamdulillah dapat jumpa mak andam yang lain. Harap yang ni okay.Harga lagi murah sikit, tapi macam-macam dia boleh bagi. Tak berkira~

Masa balik dari kampung leonerz hari tu kan, saya ganti dia drive halfway, pastu masa tengah beratur kat tol ada lelaki kat kereta sebelah ni jerit.'Nak pergi mana tu?' Saya tak pandang, tak tahu dia cakap dengan siapa pun. Leonerz yang tengah tidur kat kerusi sebeah yang direndahkan tu terus terbangun. Dia tanya siapa tu. Masa tu baru saya pandang tepi nampak kereta tu terus gerak ke depan dan orang yg jerit tu pandang depan cepat-cepat bila nampak rupa-rupanya ada leonerz kat sebelah saya. Pas bayar je, kereta tu terus pecut. Leonerz suruh berhenti tepi sebab masa tu plan nak top up touch & go dekat ofis tol tu. Masa nak gerak tu leonerz nak drive, mata terus jadi segar. Sebab nak kejar kereta tu tadi. Siap hafal nombor plat lagi. Saya tak perasan pun. Tapi, on the way balik tu tak jumpa pun..hehe~~~

Kelakar je tengok leonerz. Takut ada gak, tak pasal-pasal nanti ada yang kena belasah. Tapi ada rasa selamat & disayangi jugak..huhu..bakal suami saya lagi sebulan~~~~

saje nak letak gambar ni~


Monday, July 8, 2013

Excited~


Assalamualaikum~

Fuhh..sekarang ni kemain susah lagi nak bukak dan mengadap blog. Terima kasih bagi yang mendoakan kejayaan interview leonerz kat entry bawah ni. Tapi, pengakhirannya leonerz xdapat pergi interview tu sebab sijil-sijil dia tertinggal kat Johor. 

Masa dalam perjalanan ke Selangor, Rabu malam tu leonerz bagitau saya dia tertinggal sijil-sijil. Dia ajak saya pergi teman dia balik Johor untuk ambil semua tu. Jadi, hari Khamis tu pagi-pagi lagi kami dah gerak ke Johor semata-mata untuk ambil semua sijil dia.

Tapi, sedihnya bila call orang yang nak interview dia tu untuk mintak tangguh hari Jumaat, permintaan leonerz ditolak sementah-mentahnya. Masa tu dah kat Johor dah pun. Sayang seribu kali sayang. Takpelah, bukan rezeki dia mungkin. 

Last-last, kami pergi ke Taman Setia Tropika dan pergi buat passport untuk honeymoon..hehe. Konon leonerz nak surprise la pasal honeymoon tu. Lawak aje la~

Sorry pada leonerz sebab takde perasaan masa dia mula-mula bagitau nak ajak saya pergi honeymoon tu. Saya serius tak tau nak bereaksi macam mana. Saya tak suka terkinja-kinja suka sebab rasa macam gedik je buat macam tu...huhu~

Tapi sekarang ni setiap kali ada masa saya akan research tempat yang kami akan pergi tu. Macam ni kira cukup excited tak?~

Tengoklah passport kami..hehe~~

Ada sesuatu terjadi sebenarnya pada hari kami buat passport ni. Leonerz merajuk sebab saya tak tunjukkan perasaan excited masa dia nak bayar tiket online. Sebabnya saya nampak usernama id online banking dia guna nama ex dia. Mestilah saya akan sentap kan?? Sape tak sentap kalau tengok nama dia ngan ex bergabung jadi user id?

Leonerz kata dia tak reti nak tukar. Dah lama lagipun user id tu. Last-last saya malas nak layan. Saya cakap saya tak mintak pun dia belanja saya tiket pergi honeymoon. Masa tu saya dah tak pandang muka dia. Sedih sangat. 

Dia kata dia tak jadi book sebab saya buat perangai. Boleh macam tu? Pagi tu kami dah pergi buat passport, tunggu siap je lagi 2 jam. Passport dah siap tapi tak jadi pergi? Bertambah-tambah sedih rasa hati ni masa tu. Leonerz boleh cakap lak tak nak amik pasport sebab tak jadi pun pergi honeymoon.

Saya bengang dengan leonerz. Saya cakap saya tak peduli, saya nak jugak passport saya yang dah siap tu. Dia tak nak dia punya pasal lah. Tapi masa on the way balik dari Taman Setia Tropika tu, saya frust gila kot. Menangis kecewa jap. 

Leonerz tengok dia ketawa. Boleh camtu?? Dia kata dia dah book dah tiket tu masa saya tak pandang komputer. Saja je nak kenakan saya. Bengangnya!! Tapi sukalah sebab dia dah book tiket tu..huhu~

Satu benda je yang saya tak suka dan nak dia tukar. Saya nak dia tukar user id online banking dia tu. Walaupun dia kata semua tu dah takde makna, saya tak kira. Saya memang tak boleh terima. Ada ke orang yang boleh terima?

Harap semuanya berjalan dengan lancar. Lagi sebulan lebih je majlis kami. Cuti saya dah apply sampai 3 form sebab apply untuk cuti belah leonerz sekali..huhu..harap semua di approve lah~

Tak sabarnya nak pergi honeymoon..hehe~~~





Sunday, June 23, 2013

Mari merehatkan mata~


Assalamualaikum~

Hari minggu camni barulah ada masa nak bermalas-malasan kat rumah tercinta ni. Tapi, malangnya disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk dan cuaca sekarang ni agak mustahil untuk duduk dengan selesa dalam rumah.

Daripada pembacaan saya tadi, khabarnya Muar dah jejak bacaan 700 API dan dah diisythiharkan darurat dengarnya. Moga hujan turun dan bawa semua particle-particle jerebu ni pergi jauh~~

Dalam cuaca macam ni diharap agar semua mengurangkan aktiviti luar rumah. Terutamanya si leonerz tu. Tahulah nak kurus, tapi tak yahlah nak jogging sekarang ni okay~

Oleh kerana waktu-waktu camni tak leh nak menikmati pemandangan di luar, jadi hari ni jom kite tengok gambar je..hehe~



Tengoklah air terjun yang nyaman~


Kehijauan tumbuhan~

Sebenarnya bukan apa, saja nak tunjuk yang saya dah pernah sampai kat Japanese Garden kat Bukit Tinggi tu..hehe. Memang penuh dengan kehijauan. Saya pergi akhir bulan lepas. Gerak pagi dari rumah, sampai dekat-dekat nak tengah hari.

Ingatkan Bukit Tinggi tu sejuk macam Genting Highland, tapi tak rupa-rupanya. Suhu di sana adalah normal okay. Kat sana yang cantiknya adalah kolam dan rumah jepun yang comel. Tak banyak gambar ambil sebab segan ambil gambar guna handphone Corby II aje. Orang sekeliling semua guna DSLR..huhu~

Saya sempat gak singgah Colmar Tropical Hotel kat sana. Asyik tengok gambar aje. Nak jugak rasa. Sampai sana lagi panas cuaca. Lupa nak bagitau, naik Bukit Tinggi tu kena bayar RM12 seorang ye jika anda bukan pelanggan hotel tu.

Sebelum balik, pastikan korang tengok angsa putih dan angsa hitam kat sana. Best bagi makan kat angsa-angsa tu. Tapi kitorang tak lama kat sana disebab cuaca yang sangat terik.

Lepas dah jalan-jalan kat sana, singgah Masjid Bukit Tinggi, solat Zohor. Memang air dia rasa sangat-sangat nyaman lepas dah berpanas kat sana. Rasa macam nak mandi pun ada. Oleh disebabkan tak puas hati sebab ingatkan dapat rasa udara sejuk, tapi hampa. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Genting Highland semata-mata untuk rasa cuaca sejuk. Sampai-sampai je terus hujan lebat kat sana. Tak kisahlah, janji dapat keluarkan asap kat mulut kan? hehe~

Saya dah lama sangat tak menulis, keras tangan ni rasa. Minggu depan leonerz ada interview di Shah Alam. Mintak tolong doakan dia ok. Doakan jugak majlis kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah ~ :)



Saturday, June 15, 2013

Selamat Hari Sabtu!


Assalamualaikum~

Sekejap je dah Sabtu. Sepatutnya dapat berehat-rehat hari ni, tapi kena kerja la pulak. Takpelah, OT je la. Walaupun OT yang tak berbayar, dapat claim hours pun okay lah kan. Boleh cuti kawin lama sikit nanti..huhu~ :p

Bila tengok kat sebelah tu, ada lagi 2 bulan 2 hari aje lagi. Tak sabar nak tunggu dia pamerkan 1 hari lagi. Dah tak sanggup nak serabut kepala fikir pasal majlis ni semua. 

Hari tu pergi sepupu tunang. Meriah sangat tengok. Siap ada sewa baju tunang, make-up artis dengan inai semua. Bila saya tengok ada rase segan, sebab dulu saya tunang sangat simple. Tapi, bila fikir balik, buat apa nak segan kan? Kita buat majlis ikut kemampuan kita aje la. Nak kawin lagi banyak duit nak guna kan~

Ada akak sepupu tanya saya pasal persiapan kawin saya. Saya jawablah okay je, tengah dalam proses. Dia tanya lagi,'Berapa banyak hantaran?'

Saya jawab saya takde buat hantaran pun kawin ni. Cukuplah tunang dulu. Dia buat muka pelik dan tanya kenapa.

"Berjimat cermat", saya jawab. Dia senyap. Cara dia pandang macam saya ni tak mampu pulak. Ops, memang saya tak mampu pun..hehe..daripada habiskan beribu untuk hantaran, baik habiskan untuk jamuan tetamu. 

Biarlah apa orang nak cakap, buat besar orang mengata, buat kecik pun orang mengata. Kita buat mana yang termampu aje lah kan. Harap saya dapat berpegang pada ayat ni~

Saya rasa untuk majlis ni, saya banyak habis ke katering dengan mak andam aje. Door gift saya DIY, tak berapa banyak kos sebab saya buat sikit-sikit. Jadi tak nampak duit sekali keluar..huhu~

Saya takde warna tema lagi. Baju kahwin pun tak pilih lagi. Kad kahwin baru siap semalam. Tak tahu bila ada masa nak amik. Ada sesiapa nak kad kahwin? hehe~



Saya ada jual bedak arab jugak sekarang ni. Berminat bagitau tau~ :)

Friday, June 7, 2013

Pee Mak~


Assalamualaikum~

Lama tak post kat blog. Semalam tengok wayang cerita Pee Mak. Sebenarnya dari last 2 week kot dah nampak poster dia kalau lalu kat tempat wayang. Tengok poster macam menarik je walaupun tak tahu pun cerita dia pasal apa masa tu.


Tengok poster dia macam seorang manusia bercinta dengan hantu. Saya kalau benda pelik-pelik ni suka sangat. Werewolf ke vampire ke, asalkan tak seram..huhu~

Watak perempuan yang jadi 'Nak' memang cantik. Yang laki pun boleh tahan comellah. Tapi disebabkan cerita ni cerita lawak seram, nampak tak comel sangat sebab dia warnakan gigi depan tu warna hitam. Mungkin nak menunjukkan yang zaman dulu-dulu memang gigi diorang hitam kot~

Cerita ni sebenarnye mengisahkan pasal seorang perempuan yang sarat bersalin yang akhirnya gugur, lalu mati jadi hantu. Suami dia masa tu tengah berperang, jadi suami dia tak tahu apa-apa. Balik-balik perang je isteri dia sambut kepulangan dia dengan gembira.

Cerita dia lebih kurang macam Nang Nak, tapi lebih best sebab happy ending. Saya pun dah tak ingat sangat cerita tu. Tapi cerita Pee Mak ni memang tak rugi tengok. Kalau tension-tension tengok, best. Asyik ketawa je. Kejap-kejap ketawa. Part seram tu ada jugaklah, tapi tak banyak. 

Saya suka cerita ni sebab hantu dia tak seram. Ada satu ayat yang 'Mak' cakap pada 'Nak' di akhir-akhir cerita tu;

'Walaupun saya sangat takut dengan hantu, tapi saya lagi takut kehilangan awak!'

Sweet je cerita ni. Walaupun semalam main terjah je tengok sebab cerita lain banyak dah habis  tiket, tapi memang tak rugi!




Sunday, May 19, 2013

Tak bermakna..



Apa maknanya?
Bila seseorang tu bertanyakan secara baik.
Tapi dijawab dengan kasar.
Naik angin.
Seperti seorang pesalah.

Seseorang tu cuma nak dia rasa.
Apa yang seseorang tu rasa.
Bila asyik didesak dengan soalan-soalan.
Soalan yang langsung berunsurkan ketidakpercayaan.

Bila seseorang tu baru sahaja bertanyakan soalan yang serupa.
Dia mula berubah.
Ayat kasar.
Menggores hati.

Salahkah?
Cuma hendak dia rasa apa yang seseorang itu rasa.
Semua diungkit.
Kesalahan yang lepas.

Tak pasti hari yang mendatang.
Hati tak dapat terima.
Sanggupnya dia?

Mungkin 5 tahun ni memang tak bermakna..








Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja!


Assalamualaikum~

Tak tahu macam mana nak start sebenarnya. Serba-salah pun ada sebab lama giler tak melawat blog kawan-kawan ni..huhu..mohon dimaafkan~~~

Dalam sedar tak sedar sekejap je masa berlalu. Kadang-kadang macam tak percaya lagi 3 bulan lebih je majlis kami ni. Banyak yang saya kena prepare dan belajar untuk hidup dalam alam rumah tangga ni nanti. Kahwin untuk seumur hidup~

Weekend baru-baru ni saya dapat jumpa leonerz. Seronok sebab dah lama giler tak spend masa dengan dia. Jumpa pun atas alasan nak survey barang kemas untuk masa nikah nanti..hehe..maklumlah harga emas kan tengah turun sekarang ni~

Tapi, tak beli pun lagi. Terengganu lagi murah harga emas kalau nak dibandingkan dengan pantai barat ni. Balik mengundi ni lah kot dia beli dengan bakal mak mertua saya..huhu. Hari tu tengok2 design camne yang saya suka je. Kalau nak beli cincin pun saiz dah tahu. Jari manis saya memang sama saiz dengan jari kelingking dia. Jadi takde masalah cincin tak muat kalau dia beli cincin sekali pun..huhu~

Masa jumpa dia, leonerz ada keluarkan satu ayat ni.

'Masa makan semalam dengan adik Yana, abg tunggu je Yana isikan sup untuk abg..tp, Yana takde isikan pun. Tak kisah sangat pun sebenarnya, tapi kalau depan family abg jangan buat macam tu.'

Ye, kalau dah kahwin memang saya tak boleh buat macam tu. Rasa bersalah pulak. Lepas ni tak boleh terlalu fikirkan diri sendiri. Hidup berdua nanti. Fuhhh, banyak kena belajar dan ingat untuk hidup bersama ni~

Bila fikir lagi 3 bulan je lagi, saya jadi kelam-kabut. Nervous pun ada gak sebab banyak yang saya tak prepare lagi. Kasut nikah, selendang nikah dan doorgift tak siap2 lagi ni. Risau~

Harap semuanya dipermudahkan. Amin~






Sunday, April 21, 2013

Beli-belah di Zalora~


Assalamualaikum~

Dua, tiga minggu yang lepas tengok banyak kawan-kawan asyik post pasal Zalora aje. Mula-mula tengok je. Pastu baca, ramai lak yang dapat kupon dari Zalora. Rasa macam  nak cuba juga. Tak rugi pun kan~

Sebelum ni, banyak sangat masalah pasal Zalora yang saya pernah baca daripada bloggers-bloggers famous. Jadi, memang saya dah cop lah yang Zalora ni tak berapa nak ok. Jadi bila ada offer macam ni, saya tak ada expectation tinggi pun.

Jadi, nak dijadikan cerita, dapat je kupon tu saya terus msuk website zalora. Banyak betul barang-barang yang dijual kat sana. Harga pun ok, xdelah mahal sangat. Banyak gak barang-barang bawah RM50, ingatkan semua atas RM50...huhu~



Saya order Isnin malam tak silap. Dapat hari Rabu. Tengok kotak punyalah besar..huhu~


Tak tahu nak beli apa sebenarnya sebab banyak sangat barang yang nak dibeli. Last-last beli shampoo je lah. Shampoo pun dah nak abis. Baju banyak sangat pilihan, tak tahu nak beli mana satu~ :p


Expectation buruk pada Zalora dan berkurangan sebab saya dah cuba beli dan servis dari Zalora memang baik. Banyak barang yang free delivery dan barang yang dibeli sampai dengan cepat dan dalam keadaan yang terbaik!

Dah lama tak tulis dalam blog. Otak dah bekulah. Takde idea nak mengarang sekarang ni. Dengan banyak masalah lagi..huhu..mohon maaf sangat2 dah lama tak menjenguk semua geng-geng bloggers~



Thursday, April 11, 2013

Stress~


Assalamualaikum~

Lama tak ada peluang nak tengok blog lama-lama. Hari ni saya cuti, jadi bolehlah nak update sekejap. Tapi tak leh nak lama-lama sangat, ada hal yang perlu diuruskan jap lagi.

Minggu ni adalah minggu yang sangat stress bagi saya. Tak tahu lah kenapa. Tapi, asyik tekanan perasaan je disebabkan bos yang tak logik. Bos yang suka marah tanpa sebab. Bos yang suka tunjuk kuasa veto. Setakat bos kecik je kot, tak payah nak tunjuk lagak sangat..huhu~

Selama tiga tahun kerja, semalam first time saya rasa stress sangat dengan bos kecik ni. Stress yang amat sampai lelah yang dah bertahun tak pernah kena datang balik. Nasib baik dapat ketua yang memahami, bagi saya balik lepas lunch semalam. 

Jadi semalam saya pergi klinik dan first time juga kena guna gas. Asyik menangis je semalam sebab stress. Bila fikir balik macam kelakar aje saya boleh stress macam ni. Tapi, saya memang dah tak leh tahanlah dengan orang macam tu. Orang yang fikir, dengan duit dan kuasa yang tak seberapa tu dapat membuatkan dia rasa berkuasa.

Memang tak leh tahanlah saya. Kalau stress kerja saya boleh tahan lagi, tapi kalau stress dengan orang?? Rasa macam nak sambung blajalah. Teringin nak jadi tenaga pengajar. Dari kecik memang cita-cita nak jadi cikgu, tapi dah besar jadi engineer pulak..huhu~

Jumpa doktor semalam, cakap kat doktor tu nak mintak MC 2 hari. Rasa tak bersedia sangat nak tengok muka bos kecik tu. Mula-mula doktor tak nak bagi sebab dia bukan jenis suka-suka bagi MC. Tapi, bila dia tahu saya tak pernah MC selama ni, dia bagi la jugak. Kesian kot tengok muka sedih saya. 

Nasib baik dapat doktor yang memahami. Dapatlah ubat lelah, sakit kepala dengan ubat buang angin semalam..huhu~

Saya tak bersedia nak datang ofis hari ni, stress tengok muka bos kecik, takut meleleh lagi air mata sebab bengang yang teramat pada dia. Serius, 3 tahun kerja ni pertama kali saya rasa macam ni. Tak tahu lah kenapa.

Sabtu ni saya ada exam PTD. Ni kali ke-3 saya amik exam ni. Malas nak amik lagi sebab asyik gagal je. Tapi, dah alang-alang hari Sabtu dan kat Melaka. Mak pun suruh cuba aje, bukan kena bayar pun. Jadi, saya akan cuba yang terbaik Sabtu ni.

Dua hari MC ni akan digunakan sengan sebaik-baiknya untuk study exam ni. Tolong doakan saya ye kawan-kawan semua. Insya'Allah, bila keadaan dah semakin tenang saya akan melawat korang sikit demi sikit. 

Tolong doakan yang terbaik untuk saya~ :)

Thursday, March 28, 2013

Warm Bodies best!


Assalamualaikum~

Cuti hari tu saya pergi tengok wayang dengan kakak. Nak dijadikan cerita Sabtu tu saya kerja. Tengah-tengah kerja tu akak saya mesej ajak tengok wayang. Saya pun tak tahu pasal cerita warm bodies ni. Bila tanya, akak saya cakap zombie jatuh cinta dengan manusia.

Saya ni kalau cerita atau novel pasal vampire jatuh cinta ngan manusia memang minat la jugak. Ni zombie lak. First time dengar pasal zombie baik, jadi buat saya rasa nak tengok sangat~


Cerita ni pasal seorang zombie yang boleh berfikir. Dia asyik fikir kenapa dia boleh jadi macam tu. Dia tak ingat langsung macam mana kehidupan masa dia jadi manusia. Dia tak ingat ape nama dia. Dia cuma ingat huruf pertama nama dia je, R.

Satu hari masa dia dan sekumpulan zombie ni nak cari manusia untuk dimakan kat bandar, dia terserempak dengan satu kumpulan manusia ni. R suka makan otak orang sebab dengan makan otak tu, dia dapat rasa pengalaman manusia tu. Perasaan tu membuatkan dia rasa macam manusia.

Masa tu, dia jumpa Julie dan terus jatuh cinta. Lepas tu macam-macam berlaku. Sampai pada satu tahap tu, badan dia jadi semakin panas seperti manusia dan jantung dia berdegup semula. Lepas tu jadilah satu revolusi zombie. Yang akhirnya nak jadi manusia semula~

Memang best sangat cerita ni. Memang tak rugi tengok! Genre romantik komedi :)

Oh, sekarang ni kan saya sangat jarang ada masa nak tengok blog tau. Minta maaf semua kawan-kawan. Wassap pun saya tak sempat nak tengok skang ni. Kerja berlambak-lambak. Dua minggu berturut-turut dah kena kerja weekend. Pening kepala :(

Jadi, di kesempatan ini saya nak mengucapkan happy belated birthday untuk:

this is me~kinara kinatara~cumey saje~

Saya takut tak berkesempatan nak bukak blog, jadi saya nak wish juga mereka happy coming birthday:

CUTE MAMA

Lastly

Kak Izan~ (header tak leh nak copy la..huhu..dah lama tak guna laptop ni, mana ntah printscreen button..huhu..sori kak~)




Be happy always~ :)

Sunday, March 17, 2013

Mengira bulan~


Assalamualaikum~


Dah bulan Mac sekarang ni. Kadang-kadang rasa cepat masa berlalu, kadang-kadang rasa lambat pulak masa berlalu..

Rasa macam tak percaya je lagi 5 bulan nak menamatkan zaman bujang ni..huhu..tak tahu nak cakap suka ke tak. Tapi selagi tak setel, tak tenang rasa.

Bila tengok kawan-kawan bloggers yang nak kahwin lebih kurang sama bulan dengan saya semua cakap pasal preparations, saya rasa macam saya ni tak ada buat apa-apa preparations la pulak..huhu~

Apa je yang saya dah buat?

1. Ambil borang nikah.
2. Kursus pra-perkahwinan.
3. Baju nikah.
4. Door gift - in progress.
5. Wedding Planner - dah booked.
6. Photographer - dah booked.
7. Booking dewan - rasanya setel dah ni.

Hari tu ada akak saya kata, buat apa nak fotografer? Kata nak jimat. Tapi, bagi saya, yang paling penting dalam majlis ni adalah fotografer. Saya nak setiap moment dalam majlis saya tu nanti dirakam untuk kenangan kami nanti.

Masa tunang hari tu nasib baik mak cik ada bawak dslr. Cantik sikit gambarnya. Tapi, tak banyaklah. Sebab tu saya fikir, majlis besar saya nanti saya nak fotografer! Kalau tak saya akan menyesal nanti. Fotografer tu pun saya ambil yang sangat-sangat budget, tapi puas hati~ :)

Kalau tengok senarai tu macam sikit je preparations saya kan? Rasanya dengan adanya wedding planner, saya dah tak perlu nak fikir pasal pelamin, baju dan katering dah. Dia akan sediakan semua tu. 

Jadi apa yang saya kena setelkan sendiri ye?

1. Isi borang nikah - kena suruh ayah jumpa imam kampung.
                             - nak nikah kat mana? masjid atau dewan?
2. HIV test - bagi negeri saya, hanya boleh buat di negeri nak bernikah tu...huhu..bila ntah nak buat ni~
3. Kasut dan selendang nikah.
4. Kad kahwin.

Warna tema untuk majlis resepsi pun saya tak tahu nak warna apa sebab sebelum ni ingat nak buat kenduri makan kecil-kecilan je, tak nak pelamin bagai. Last-last, ada gak pelamin semua. 

Betul ke ni aje yang saya kena buat? Rasa macam sikitlah pulak? Tengok B2B semua macam kelam-kabut aje? huhu~

Harap majlis saya dan leonerz berjalan lancar. Kadang-kadang rasa risau sebab apa pun boleh jadi. Minta dijauhkanlah perkara-perkara yang tak diingini. Saya yakin dia untuk saya, insya'Allah~ :)

google~

Leonerz tengah berekspedisi sekarang ni. Moga selamat kembali dari sana ye! Nak fitting baju kahwin nanti baru kita jumpa okay. Sila pastikan saiz badan turun selepas berekspedisi tu! Huhu~~~

Minta tolong doakan semuanya berjalan lancar ye~ :)

Selamat Hari Jadi buat mereka~


Assalamualaikum~

Baru ada kesempatan nak tengok lama-lama blog ni. Buka-buka je terus asyik nampak entri birthday aje memanjang,

Jadi untuk entri ni saya nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat warga GSF yang menyambut besday sepanjang minggu ni!

H.A.T.I
~Moga akak dan keluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik!


...Mrs Erry Bercerita...
~Moga dimurahkan rezeki tau!

♥:: Mama Qhayra Bercerita ✿◕‿◕✿
~ Moga dikurniakan anak yang baik :)

!! kisah dya !!
~Moga sukses dalam pelajaran!

U Are My Sunshine !
~Belaja rajin-rajin kat sana ye :)

♥CIK ROSE CUTE OFFICIAL♥

Ooo, lupa ada lagi sorang..kak rose..huhu..lupe lak~ :)
~Moga panjang umur murah rezeki ye kak :)





p/s:Lelah nak kejar banyak yang tertinggal ni..huhu~

Monday, March 4, 2013

Review Gangster Celop~


Assalamualaikum~

Lama rasanya tak menjenguk semua rakan-rakan maya ni..hehe..weekend baru-baru ni sibuk dengan kenduri kahwin kawan rapat di Pahang. Memang jalan sakan~

Kebetulan leonerz ada di kampung waktu tu, jadi kami plan untuk balik ke KL bersama-sama dengan kawan saya. Kebetulan Pahang dengan Tganu dah tak jauh, bolehlah jumpa. Kalau tak memang sampai ke bila entah tak jumpa..huhu~

Sampai aje di KL, kami plan untuk menghabiskan masa dengan relaks. Tak nak rushing memandangkan leonerz perlu bertolak ke Johor malam tu juga. Jadi, kami bercadang untuk tengok wayang. 


Kami tengok gangster celop aje sebab cerita lain kebanyakannya penuh. Tak penuh pun, masa tayangan lewat sangat. Saya berminat nak tengok cerita beautiful creatures, tapi leonerz tak minat~ :(

Last-last kami end up tengok cerita gangster celop ni je la. 

Bagi saya cerita dia macam tak best sangatlah. Agak kecewa sikit. Saya tak berapa nak faham sangat point cerita ni. Tetiba je macam tu...huhu~

Mungkin ikut selera masing-masing jugak. Tapi, kalau sesiapa nak tengok cerita ni baik beli CD aje lah. Macam tak berbaloi tengok wayang. 

Oh, lupa pulak. Hari ni besday Jagau. Jadi di sini saya nak ucapkan Happy Birthday! Moga dimurahkan rezeki selalu & dapat belanja semua GSF kek besday besau punya~ :P

kek atas ni macam sedap je jagau~~~

Tuesday, February 26, 2013

Bahagiakah dia dengan saya?


Assalamualaikum...


Dalam kehidupan ni mesti akan datang pelbagai dugaan dan cabaran. Itu semestinya perkara yang normal kan? Saya dari kecil tak banyak terdedah dengan kehidupuan luar. Setiap masa hanya di rumah. Sekolah pula dari darjah satu sampai form 3 belajar di sekolah perempuan.

Agak kekok bila form 4 masuk ke sekolah campur. Saya jadi takut dan kurang keyakinan untuk berinteraksi dengan lelaki. Diorang pun takut untuk bertegur sapa dengan saya sebab saya ni sangat pendiam.

Bila usia dah makin meningkat. Saya jumpa dengan lebih ramai orang. Saya bernasib baik sebab berjumpa dengan seorang lelaki yang saya rasa memahami saya. 

Tapi sejak kebelakangan ni, saya banyak buat benda yang dia tak suka. Saya tak fikir jauh. Yang saya tahu, saya tak pernah pun buat macam ni. Saya rasa macam nak cuba. Benda tu semua tanpa sedar, saya dah menyakiti hati dia.


Saya menyesal dan cakap apa pun tak guna. Sedih jugak bila dengar dia cakap dia dah kecewa dengan saya. Nak marah dia pun tak boleh sebab memang salah saya. 

Bila dia rasa kecewa dengan saya, saya lagi kecewa dengan diri saya ni. Kadang-kadang saya fikir, you deserve better. Bila saya dah buat benda tu baru saya nak takut. Padahal sebelum nak buat tu dah fikir dah tak elok, rasa berbelah bahagi. Tapi, saya buat jugak.

Saya rasa malu dengan diri saya ni. Saya memang kurang yakin dengan diri sendiri. Bila saya buat macam tu saya rasa keyakinan bertambah sikit. Tapi, cara tu silap.

Saya sayangkan dia.

Tapi, saya rasa saya takde hak nak halang dia untuk buat apa-apa. Saya dah buat salah.

I'm really sorry..

Even my apologies does not have any significant to you..

I just want you to know..





Are you happy with me?

Are you?



p/s:Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua.. 

Thursday, February 21, 2013

Jom beramai-ramai~


Assalamualaikum~

Tak tahu macam mana nak start entri kali ni. Selalunya idea akan datang selepas beberapa patah perkataan dah ditaip..huhu..permulaan mesti susah~

Okaylah...entri ni takde ape nak cakap sangat pun sebenarnya..hehe..

Di entri kali ni, saya nak ajak kita beramai-ramai join GA Sis Deqla ni. Banyak hadiah menarik tau. Tak rugi join~~ :)


Klik Banner atas ni untuk join~

Rasa-rasanya dah dapat banyak dah sambutan untuk GA ni. Kalau tak nak terlepas, cepat-cepatlah join ye~ :) Tak ingat camne nak letak banner lah sis..banner tu nanti saya buat ye. Kemalasan melanda sejak dua menjak ni...ampun! huhu~

Ooohh, lagi satu..happy belated birthday jugak buat Masz, salah seorang ahli GSF~ :) Lama dah kot tak nampak batang hidung. Muncul semula secara aktif masa besday ye? hehe~

! Masz Sidek !
Jom terjah~





p/s: Masa CNY tu pergi Taman Buaya dengan leonerz...kelakar rasa..huhu~

Saturday, February 16, 2013

Tenang seketika~


Assalamualaikum~

Lama betul rasanya tak update blog. Cuti raya cina hari tu balik kampung, jadi memang takde kesempatan nak update. Bw pun berapa kerat je berjaya dilaksanakan. Rasa macam untuk aktif semula macam di tempat kerja lama tu agak kuranglah. Maaf sangat-sangat pada kawan-kawan yang rajin terjah sini..

Balik kampung hari tu bincang lagi pasal majlis dengan keluarga. Bertukar tarikh lagi. Alhamdulillah, dah ada tarikh tetap. Harap berjalan lancar.

Leonerz pesan, 'Jangan excited sangat' sebab lama lagi nak majlis tu. Doorgift dengan kad semua tu tak perlulah beli dulu. Tapi, saya tak sukalah buat kerja last minute. Saya tak suka kelam-kabut. Macam mana tu?

'Takut nanti kalau ada apa-apa jadi, ada yang menangis darah lak nanti.' sambung leonerz lagi masa saya cakap nak buat kad. Mintak jauhlah. Kita hanya boleh merancang, tapi Allah SWT juga yang menentukan apa yang akan terjadi. 

Kami hanya boleh doa yang terbaik. Tapi, memang awal sangat ke nak prepare semua tu dari sekarang ye?

Saya fikir, kalau dah buat awal, bila dah dekat nak majlis nanti takdelah banyak sangat duit nak kena keluar lagi. Tak terasa sangat kot kalau sesetengah benda yang boleh disiapkan awal ni dah setel.

Ada sesiapa nak sponsor tak majlis kahwin kami ni? hehe~ :p

Kalau tak nak sponsor pun, meh beli produk kat bawah ni. Kak Niena pun dah beli. Ok tak kak?? huhu~ :)


Pengguna Felinna PMCVC~


Rasa tenang sikit bila tarikh dah confirm. Macam tak percaya pemilihan tarikh dipermudahkan. Next step tak tahu lagi. Harap ok~



p/s:kadang2 rasa jeles bila ex-gf tunang baik dengan family tunang. boleh tak bermesra kat tempat yg saya tak leh nampak?  g la sembang kat chat ke, msg ke, mana2 yg saya tak leh nampak..huhu..sy jeles sangat ke? ~ :(

Sunday, February 3, 2013

Mari beriadah~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Ahad. Bila cuti dan takde apa nak buat memang rasa bosan sangat. Tapi kalau keluar enjoy pun, mesti duit akan mengalir macam air je..huhu..apa mahu buat? :p

Jadi, oleh kerana tak nak duit tu mengalir macam air, kita haruslah pilih aktiviti yang tak memerlukan duit kan? Seperti joging di taman kan~



Sebenarnyakan, kalau sesapa yang nak berdating sambil jimatkan duit pun boleh buat macam ni. Pagi-pagi pergi berdating sambil berjoging. Di samping dapat mengelakkan pembaziran duit, lemak-lemak yang terkumpul akan dapat dikurangkan tau~

Kalau tengah hari pulak, jangan pergi lunch di kedai. Suruhlah awek/tunang masakkan pape, pastu makanlah di taman rekreasi. Santai & menjimatkan ~ :p

Saya pernah diketawakan masa saya cakap macam tu pada officemate saya. Tapi, ada saya kisah? hehe :p Yang penting JIMAT~~~~ :D

Tahun ni saya harap majlis saya dan leonerz dapat dijalankan dengan lancar. Sekarang ni masih dalam masa kritikal. Harap korang tolong doakan semuanya ok ye~ :)

Bercinta ni memang banyak dugaan kot? Daripada kenal leonerz tahun 2008 sampai sekarang nak rancang kahwin pun masalah masih datang bertubi-tubi. Haish~

Minta maaf kalau saya jarang meghadirkan diri di blog2 kamu semua ye. Kalau dah lebih 2 minggu tak nampak batang hidung saya di sana, tolong bagitau. Takut saya ada terlepas pandang kan..huhu~

Sekarang ni tengah gila tengok Running Man~ :p




p/s: Selamat berweekend semua~~ nak beli apa-apa produk kecantikan & kesihatan rajinlah tanya saya di FB okay~ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA