Assalamualaikum~
Catatan hari Sabtu, 21 April 2012.
Hari ni hari Sabtu. Sabtu yang tak ada apa-apa keistimewaan. Kecuali kejutan menyeramkan dai
stalker. Nak tau cerita, baca
SINI. Masa menunjukkan pukul 10.00 pagi. Lambat lagi rasanya nak pukul 1.00 pm. Hari ni
mood nak buat kerja hilang sebab terkejut dengan kertas yang saya jumpa pagi tadi.
Buat apa pun tak jadi. Asyik termenung fikirkan siapalah agaknya gerangan orang yang buat macam tu kat saya. Takde sorang pun yang terlintas di fikiran saya. Rakan sekerja saya tak ramai yang tahu tempat tinggal saya. Yang tahu hanyalah kawan-kawan perempuan.
Awal pagi tadi, sampai aje kat ofis. Saya terus jumpa ofismate. Saya ceritakan apa yang berlaku pagi tu. Saya bercerita hingga keluar air mata. Saya tak pasti sama ada itu air mata sedih atau takut. Pagi tu pun sebelum keluar untuk ke pejabat, saya ada sedikit perselisihan faham dengan leonerz.
Pagi tadi,nampak aje kertas tu saya terus call dia.
'Nak tanya ni. Baik mengaku. Ada komplot dengan member2 kat sini untuk kenakan yana ke?? Jangan tipu!' saya tanya leonerz. Walaupun jarak saya dan leonerz agak jauh, tapi dia mempunyai ramai kawan kat area saya ni.
'Tolonglah, takde masa nak suruh diorang tu buat benda ntah pape. Amik la no. membe ni, tanya sendiri dia.' Jawab leonerz.
'Yana ada layan laki lain eh? Nape dia sampai buat macam tu? Baik mengaku siapa.'sambung leonerz lagi.
Saya rasa cam nak nangis je. Boleh dia tuduh saya camtu.
'Dahlah, kalau setakat nak tuduh yana macam-macam, baik tak yah cakap pape langsung!' Saya marah.Saya perlukan dia untuk menenangkan saya bila jadi camni. Tapi, dia lagi buat saya jadi marah.
'Serius abg tak buat. Pergilah report polis. Pagi ni abg bz sikit, kena tolong pak cik abg. Jadi tak leh nak mesej sangat.' kata leonerz lagi sebelum meletakkan telefon.
'Pape bagitau! Jangan lupe repot polis! 'mesej leonerz pada saya. Jam masa tu menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Tak sabar nak abis office hour rasanya.
'Yana, nanti call. Ada benda nak bagitau.' mesej leonerz lagi.
Tanpa berlengah, saya terus call leonerz,'Benda apa nak bgtau??'
'Nantilah, tengah tolong mak ni. Nanti dalam pukul 12.55 call balik boleh?'
Saya dah tak leh nak duduk tenang. Apa yang dia nak bgtau agaknya. Dia nak bgtau mak ayah dia nak batalkan pertunangan kami ke. Saya mula risau.
Tapi tak lama saya risaukan benda tu. Lepas tu saya sibuk siapkan kerja sampai saya lupa nak call leonerz semula. Leonerz yang call saya.
'Apa yang penting sangat tadi nak bagitau?'tanya saya pada dia.
'Adalah, benda ni panjang sangat. Abg citer kat rumah lah. Baliklah dulu.' jawab leonerz. Jawapan yang membuatkan rasa ingin tahu saya jadi sangat tinggi,
Saya tak boleh balik awal sebab ofismate ajak keluar makan sama untuk meraikan salah satu rakan kami yang nak berhenti bulan ni.
'Takpelah, pergilah makan dulu.Dah habis makan bagitau lah.'kata
leonerz. Masa tu saya dah start rasa nak marah aje.
'Tak nak bagitau dah lah. Jangan harap yana nak
call lagi pasni.' jawab saya. Masa tu ofismate dah tunggu dalam kereta.
'Abg ada kat restoran depan ofis yana lah sekarang.'
'Haaa??? Jangan main-main boleh tak??' Saya dah macam nak jerit dah. Saya tengok scan luar ofis saya. Saya tengok restoran depan tu, tapi tak nampak sebab agak jauh jugak. Saya dah lah rabun.
'Serius, yana pakai baju warna merah kan?'tanya
leonerz. Saya jadi hampa. Saya pakai baju warna hitam masa tu.
'Tipulah, malas nak caya. Dahlah nak pergi makan ni.'
'Datang amik abg kat restoran ni.'kata
leonerz lagi. Masa tu saya dah rasa cam
excited sangat dah. Tapi takut gak kalau-kalau kena tipu dengan
leonerz ni. Bukan boleh percaya sangat~
Saya terus pergi ke kereta dan
start enjin. Tak lama lepas tu saya nampak
leonerz keluar dari restoran depan ofis saya.
Terkejut yang amat!
Tak pernah-pernah
leonerz datang tanpa beritahu saya. Kitorang memang dah lama tak jumpa, tiga bulan lebih kot....huhu~~
Saya mula terfikir, entah-entah
stalker yang tinggalkan kertas A4 kat kereta saya pagi tadi tu
leonerz???
dari google
p/s:nak tau lebih lanjut tunggu
next entri lah~~ :p