Saturday, April 14, 2012

Teringin~~


Assalamualaikum~

Saya sejak dia menjak ni rasa cam malas je bila dah balik keje ni. Nak buat apa pun malas. Semua malas. Habislah saya dah kena virus MALAS yang serius ni. Apa penawar dia ye??

Agaknya asyik keje tiap-tiap hari kot buat saya rasa bosan.Tak pun sebab dah berbulan tak jumpa leonerz? Tiga bulan dah kot..huhu..susahlah nak jumpa selalu. Kos banyak sangat. Perjalanan pun jauh. Sabtu saya keje. Manalah nak curi masa jumpa dia sangat.

Saya sebenarnya teringin sangat nak pergi bercuti ke pulau-pulau. Macam tenang aje rasa. Hari tu tengok gambar-gambar leonerz masa pergi Pulau Redang cam best je. Air biru jernih. Cantik sangat~



Tapi nak pergi sana jauh sangat tu. Kat pantai timur. Dari selatan nak ke sana dah berapa jam habis.

Pulau Tioman pun cantik juga kan? Air dia pun biru jernih. Dulu masa sekolah pernah pergi sekali. Nak pergi sekarang ni susahlah. Cuti hari Ahad aje. Cuti tahunan pulak memang tak banyak. Sekarang ni tinggal untuk cuti raya dan emergency je ni..huhu..


1 Mei ni kan cuti? Hari Selasa. Isnin kalau cuti bolehlah cuti lama. Tiga hari. Tapi, tak boleh jugak. Saya ni dah lama tak balik kampung jumpa mak,jumpa adik2. Jadi kena balik kampunglah masa cuti panjang tu. 

Sedihlah. Bila saya boleh ada masa nak enjoy ni?? Orang kata sebelum kahwin ni la masa untuk kita berjalan ke sana ke sini. Tapi saya serius takde masa. Macam takde life pulak rasa. 

Bila cakap ngan leonerz yang saya nak pergi bercuti. Dia akan jawab,'Tunggy honeymoon je nanti.' Cakap senanglah. Entah bila entah nak kahwin. Geram pulak rasa. 

Perasaan untuk pergi bercuti dan lari dari masalah kerja ni sangat kuat sekarang ni. Kerja tak banyak sangat pun kat ofis, tapi tak tahu kenapa saya rasa bosan. Saya rasa nak berjalan-jalan..huhu~~

Saya ni mengada-ngada ke?? huhu~ :p



33 comments:

  1. saya pon dah lame tringin..tp blum berkesempatan

    ReplyDelete
  2. cik nur dah rancang dah nak bcuti kat pangkor 27, 28, dan 29 april ni, tapi di batalkan sebab gempar bumi baru2 ni.

    mmg kena jauh dari pantai sekarang. lagipun perak termasuk dalam kawasan berjaga2..

    kalau yana nk bcuti, tggu keadaan semuanya selamat..baru syok..xpun tggulah honeymoon nanti...hihih

    ReplyDelete
  3. tape k.yana... mse cuti tu akan tiba insyaallah.. takut lak keje nnti xleh cuti dah kan.. buat mse ni jalan2 lah sekitar johor tu dulu.. boleh jugak kot relaks kan diri.. =)

    ReplyDelete
  4. su, insya'Allah ade rezeki pergilah nanti kan~~

    cik nur, tu la...tapi pulau redang bahagian pantai timur..yang gempa bumi tu pantai barat kan?

    ReplyDelete
  5. HaniAsyira, johor ni hutan batu..jem pulak tu..lagi tensen ade la nanti..huhu~~ :p

    ReplyDelete
  6. jernih n cantik ny air dy. hehehe.
    yela. asyk bekerja jer. sesekali nk rehat2 kn bnd n minda gak kn..tol x?

    yana dgn leonerz sgt sweet la bila gaduh2 ni. hihihi

    ReplyDelete
  7. dak fisha, mmg cantik sangat air dia kan? tgk kat fb ade sorang kawan ni pergi pulau perhentian. Tu pun cantik sangat.jernih je~~~



    sweetla sangat~ :p

    ReplyDelete
  8. sy dok ganu ni pun tak pernah g pulau2 lagi sbb kos besau.. kih2.. johor sume hutan batu ei

    ReplyDelete
  9. zaza teringin nak pi p.tioman..huhu =)

    ReplyDelete
  10. HaniAsyira, awak duk ganu area mane ye??

    zaza, saya pun..teringin nak pergi lagi..huhu~~ :)

    ReplyDelete
  11. sy belaja kat ganu je pun k.yana.. heee~~ k.trengganu.. area situ lah

    ReplyDelete
  12. oooo..memang asal ganu ye..hehe~ :)

    ReplyDelete
  13. tidak sama sekali.. anak jati perak meyh... =)

    ReplyDelete
  14. kalau saya kena ada jalan2 ....baru idea dan ilham datang >_<

    ReplyDelete
  15. HaniAsyiran, ooo..cam ramai je blogger perak..jadi confuse..hehe~~ :P

    Karukord, jalan2 ke mana? tempat yang jauh ke dekat?

    ReplyDelete
  16. huhu. betul tu. org tranung pun belum sampai ke pulau tu. bile ntah nak gi.

    ReplyDelete
  17. mmg geram kalo tak dpt pergi bercuti..lagi geram kalo kt opis duk ngadap wajah n keja yg sama.. ambil mc jela yana.. hihi

    ReplyDelete
  18. akak ada hati nk p redang..tp x kesampaian lg hajat=)))

    ala lepas kawin pun ble je jalan2, lg seronok dsamping HB..hehee

    tp gempa BUMI aritu, takut nak kemana2 kan..

    ReplyDelete
  19. 9nol4, org tganu kena blanje org luar pergi ke pulau tu la..hehe :p

    sweet honesty,tak pandailah nak amik mc..takut..huhu :p

    kak AA, takut gak masa tengah kecoh pasal gempa bumi tu, tapi rasenye tu bahagian pantai barat aje~

    ReplyDelete
  20. lepas gempa bumi bebaru ni. Takut dah nak p pantai. Hihik =D

    ReplyDelete
  21. Salam...
    saya pun teringin sekali nak pergi pulau tioman.. cepatnya orang kata cantik sangat... tapi, tak de kesempatan nak pergi..
    pulau tioman the best!

    ReplyDelete
  22. kalau dya nk pergi redang..seronok snorkelling..hehe.. kalau pergi 5 hari baru puas..

    ReplyDelete
  23. hurm..teringin jgk nk pegi bercuti...tp hubby deqla skng bz ngan keje...kena tggu dye abiskan keje2 dlu baru dye amek cuti pjg..insyaAllah...lps tu boleh la pegi honeymoon lg...hihi

    ReplyDelete
  24. bestkan kalau dpt pergi...
    sy pun teringin nak pergi cuti...

    ReplyDelete
  25. hehe , bercuti memang lar best , rehat2 minda , tenang jer rasa ,

    ReplyDelete
  26. btul kata leonerz tu yana. tggu je honeymoon. pergi berdua lg best. :)

    ReplyDelete
  27. hi yana;, baca entri awak, sy pun mmg nak pergi jln2.;) best kan klu dpt jalan2, makan angin relaxkan perasaan.;) nnt cari masa n tarikh sesuai, then, blh la pi jalan2;)

    ReplyDelete
  28. subhanALLAH perghhh laut dia..smpai nmpak daratan..x per moga tercapai lh impian nk pegi sana,maybe mnang cbtan bertuah ker,siapa tahu..hehehe

    ReplyDelete
  29. huhu. takde lombong emas nak jual utk belanje gi pulau. :p

    ReplyDelete
  30. adakan aje lombong emas tu..hehe~~ :p

    ReplyDelete
  31. bercuti je bila mahuuuu...hihi


    manjakan diri dengan percutian bajet kalau boleh...boleh saving duit kawen..haha

    ReplyDelete
  32. tu lah, tapi tak tau nak kemana..hehe~~ :p

    ReplyDelete
  33. hehe,cuti adik pun sama,banyak dihabiskan dengan buat kerja kursus.. btw,my mom said kalau kita cakap bosan,nanti akan jadi bosan.. Sebab setiap perkataan yang keluar itu adalah satu doa=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA