Assalamualaikum..
Kalau lelaki mesti sukakan isu poligami ni? Yang perempuan pulak mesti benci. Dengar madu pun tak nak..hehe..cam saya lah :p
Semestinya poligami sesuatu yang disukai lelaki. Asyik sebut eloklah, ape lah. Pastu keluarlah sunnah-sunnah , hadis semua. Kalau bab tu memang terer!
Tapi cuba tanya dia pasal tangunggjawab. Dia tau tak benda tu sangat berat. Nak bimbing sorang isteri pun tak lepas, ni kan pulan lebih dari satu?
Nak kawin dua memang boleh, tapi MAMPU kah anda, wahai lelaki?
Saya dah merasai dah poligami ni. Tapi bukan sayalah, saya tak kawin lagi..hehe..ayah saya berpoligami. Jadi saya taulah tak mudah untuk laki tu berlaku adil. Dah 16 tahun saya merasai benda ni..huhu..mmg tak best langsung!
Saya yang sebagai anak ni rasa tak best, mak saya mestilah lagi teruk dia rase kan??
Sedih bila raya tanpa ayah. Sedih bila tengok ayah dan keluarga no. 2 dia tu pakai baju matching warna masa raya. Padahal masa tu dia bawak dua-dua family dia raya bersama. Sedih bila tengok mak saya hidup macam orang takde suami. Orang kata biasanya waktu tunang anak perempuan ni., ayah dia akan tanggung sebab masih di bawah tanggungawab dia, tapi saya tak.
Tapi semua ni mengajar saya hidup lebih berdikari. Saya sayang dia biarpun dia buat macam tu. Sebab dia ayah saya.
Start masuk universiti, saya rasa saya memang tak bergantung dah ngan dia. Duit pendaftaran U pun, mak saya yang bayar. Alhamdulillah, masa U saya dapat biasiswa. Dalam masa yang sama saya masuk palapes, dapatlah elaun sikit. Sem ke-2 semasa di universiti, saya berjaya beli laptop guna duit biasiswa dan elaun palapes. Saya bangga sebab tak menyusahkan sesiapa untuk dapatkan apa yang saya nak.
Masa tu laptop mmg penting sebab saya belajar ACAD. Masa sem 1 saya gunakan laptop mak saya yang dah rosak skrinnya. Saya terpaksa. Alhamdulillah, rezeki saya murah sebab sem 2 tu dapat biasiswa~
Kalau korang baca ni, korang rasa macam saya ni anak dari keluarga orang miskin kan?
Tak.
Ayah saya ada syarikat sendiri. Cuma lepas dia kawin no. 2 tu, satu demi satu anak syarikatnya ditutup. Last-last, semuanya tutup. Yang ada hanyalah hutang bank yang sangat banyak. Sehingga nama dia dan nama mak saya diblacklist oleh bank. Duit dia habis untuk manjakan isteri no. 2 dia dengan kereta sport mewah dan kondominium mewah.
Macam mana korang rasa bila malam raya tu dia ada, tapi lepas subuh je dia tergesa-gesa nak balik ke rumah isteri no. 2 dia? Salam raya pun tak lagi dengan kitorang. Malam tu kul 10 malam, barulah dia ajak salam dan bagi duit raya. Apa korang rasa kalau ada kat tempat saya dan adik-beradik saya?
Banyak lagi yang sedih-sedih, tp malaslah nak citer. Sampai pernah satu masa tu, saya rasa saya nak jadi isteri no. 2 kalau dah kawin nanti. Sebab saya rasa jadi isteri no.2 tu best. Selalu diutamakan. Dululah~
Kat sini saya cuma nak ingatkan lelaki, jangan asyik nak ingat seronok je. Fikirkanlah isteri pertama dan anak-anak anda bila anda nak kawin lain tu ye~~
p/s: Minta maaf sebab saya tak boleh percaya dan terlalu bergantung kepada lelaki. Semuanya disebabkan pengalaman hidup saya. I really hope you understand why~
Entri seterusnya nanti saya citerkan macam mana pengalaman saya bekerja sebagai waitress di restoran milik ayah dan mak tiri saya tu pulak ye.Memang macam anak tiri betullah..huhu~~
Banyak lagi yang sedih-sedih, tp malaslah nak citer. Sampai pernah satu masa tu, saya rasa saya nak jadi isteri no. 2 kalau dah kawin nanti. Sebab saya rasa jadi isteri no.2 tu best. Selalu diutamakan. Dululah~
Kat sini saya cuma nak ingatkan lelaki, jangan asyik nak ingat seronok je. Fikirkanlah isteri pertama dan anak-anak anda bila anda nak kawin lain tu ye~~
p/s: Minta maaf sebab saya tak boleh percaya dan terlalu bergantung kepada lelaki. Semuanya disebabkan pengalaman hidup saya. I really hope you understand why~
Entri seterusnya nanti saya citerkan macam mana pengalaman saya bekerja sebagai waitress di restoran milik ayah dan mak tiri saya tu pulak ye.Memang macam anak tiri betullah..huhu~~
sedihnya baca...kpd lelaki2 klu nk poligami tp x reti nk adil jgn la mengada2 nk kawin lebih...
ReplyDeletebetul2..efek kat ramai orang terutama anak2 yang masih kecik~
ReplyDeleteyana..sedihnye kisah awk. Memang linda pun xsuke dgr perkataan poligami tu. memang laki suke poligami, tp yg menjadi mangse adelah isteri dan anak2..sabar ye yana..
ReplyDeletetulah.. tabah yea.. mang mcm tulah laki kalau ikut sunnah betul2 macam nabi buat kan..takper awak memang sgt tabah... =)
ReplyDeletesaya tak tabah mana pun~ :)
ReplyDeletetp saya tak nak nangis atau tunjuk lemah depan mak ngan adik2 saya.. :D
benda ni pun dah lama~~ :)
hmmm...kak yana, bersatabahlah T_T
ReplyDeletesorilah melebih lebih pulak...uuuuu
yana seorang yg kuat...salute yana...nak haramkan poligami x ley sebab tuhan kata halal....T_T
ReplyDeleteyeke?? laaa..berat mata memandang, berat lgi bahu memikul kn..
ReplyDeletesedihnya bila cik nur baca.. :)
ReplyDeleteTapi alhamdulillah, semua ni buat yana pandai bdikari.
beruntung tau kita yg perempuan ni pandai bdikari, sekurang-kurangnya bila terjadi apa2 pada kita, kita tak lah frust sgt, sbb kita ada kemampuan kita sendiri...
apa2pun yana, seburuk2 mana pun dia, dia ttp ayah kitakan..
cik nur salute dgn yana.. :)
lagi satu..tertinggal nak komen... hehehe...
ReplyDeletelelaki kalau nk bpoligami, tolonglah fikir masak2... :)
sabar tau.hm ada sesetengah lelaki yang boleh imbangkan dua keluarga.. takpe, apepun dia ayah awak. lagpun saya pernah dengar, kalau isteri pertama benarkan suami kawin lagi, syurga tempatnya. awak sabar tau =)
ReplyDeletesabar ye yana..
ReplyDeleteimej poligami ni dah tercemar dek kerana insan² yg tak reti melaksanakannya. ;)
ReplyDeletebe strong!! hehe =)
ReplyDeleteTak ada lelaki berani nak komen ke? Huhu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteni kesah benar tuan blog ker???
ReplyDelete3benda yg mudah wat lelaki tewas ialah harta, pangkat dan perempuan..
kejayaan seorang lelaki dibelakangnya adalah perempuan, jatuhnya seorang pn boleh disbbkn perempuan...
see, betapa besarnya pengaruh perempuan ke atas lelaki kn...
Tabahnya awak yana...kagum saya..
ReplyDeletepoligami bgantung la pd kes. bkn sume laki same. kalo same, pmpuan pn sume same ke?? dugaan dalam khidupan.. dari sini la penilaian kesabaran dan ketabahan juge erti sbnar pngorbanan dan tggungjawab leh di ukur.. nak dunia ke akhirat?? laki pmpuan same2 la pk ye.. Tuhan yg beri kbahgiaan bkn kite=)
ReplyDeletesedey baca entri ni
ReplyDeletetahniah,kamu memang seorang yang kuat dear:)
semoga Allah terus memberi kamu serta keluarga kekuatan dan ketabahan hati untuk mengharungi setiap ranjau dalam kehidupan dunia ini:)
be strong ok :)
salam kenal dari kami sekeluarga....
ReplyDeletesedih pula baca n3 ni yee... memang susah kalau nak poligami untuk memuaskan semua hati... baik tak yah poligami dari banyak kena tanya soalan di akhirat nanti...
be strong big girl :)
ReplyDelete:( hai yana..
ReplyDeletetapi kan yana.. dont know y.. most men yang poligami tu at first mesti yang dah success n kaya.. tapi pas kawen 2 ramai yang 'drop'.. hurmm i wonder y? maybe hak first wife diketepikan? so rezeki jadi kurang berkat? wallahualam..
mana sambunganya...?? best ni.. nak kumpul2.. wat satu filem, semua orng ada kisah mereka kan...
ReplyDelete:))
ReplyDeletekisah kita sama. sebab yang utama adalah ayah kita berpoligami kan? tapi sekarang bila dah meningkat dewasa, baru saya sedar, kesedihan itu tak boleh kekal lame dlm kehidupan sehari-hari. kesedihan itu akan membuatkan kita murung, terluka. apa yang terjadi bukan silap kita. tapi silap dia yang tak pernah menghargai ibu kita dan kita adik-beradik. percayalah, apa yang terjadi ALLAH S.W.T yang lebih mengetahui. dan segala kesakitan itu akan terbalas dgn kebahagiaan. Kami bahagia skrg yana. tersangat bahagia tanpa dia :)) semua ini disebabkan kekuatan, semangat dan ketabahan umi dlm membesarkan kami adik-beradik. Alhamdulillah, orang-orang disekeliling kami menerima kami dgn hati terbuka, bahkan tak pernah mempersoalkan kenapa, bagaimanana semua ini terjadi. Kita mampu bahagia yana, Allah s.w.t tetap bersama kita :))
yana juga bahagia kan? kita mesti tabah :))
nak nangis baca ape yg LittleGurl tulis..huhu~~
ReplyDeletethanx :')
just sharing for what i feel my dear :)) apa yg penting, kita jgn salahkan sesiapa. benda da jadi kan. now, just prove to everyone that you can be the best among others. prove to your dad that you can be a successful person in life. yana kena ingat satu je, orang lain lagi susah dr kita yana, tinggal ngn atok nenek,anak yatim piatu. tapi kita? masih punya mak, adik beradik yg lain kan? kita kena panjatkan kesyukuran sbb kita masih sihat, hidup teratur dan bahagia ;) jangan lupa setiap kali solat, doakan yg terbaik utk ayah kita, ibu kita dan adik beradik kita. jgn putus-putus berdoa. kita tak layak menghukum, yang layak hanya Allah s.w.t. Mungkin sedikit perit, tapi itu yang harus kita terima. Saya tau apa yang awak rasa, sebab saya juga alami benda yg sama, dan mungkin lebih lagi, tiada sape yg tau, sebab segalanya rahsia hidup :)) tunjukkan dkt sume yg kita mampu bahagia sebagaimana org lain. ok?
ReplyDeletealways keep smiling yana. you have a beautiful smile on your face!
harap dapat bersabar ^^, nice blog - tho entri2 pun best
ReplyDelete