Assalamualaikum...
Entri saya kali ni pasal harta iaitu duit, aset dan lain-lain yang berkaitan. Duit memang penting, tp duit yang banyak tak menjanjikan kebahagiaan. Kata kebahagiaan itu datang dari Allah SWT, tp kenapa tetiba timbul isu kena ada duit baru boleh bahagia?
Pada pendapat korang semua, kalau nak kawin adakah WAJIB untuk ada sebijik rumah dan sebijik kereta? Adakah korang perlu jadi betul-betul stabil baru boleh nikah? Kalau macam tu, lelaki-lelaki yang berumur 20-an ni kenalah cari pelajar sekolah rendah atau menengah sebagai bakal isterinya.Macam tu ke?
Macam mana pulak dengan yang masih belajar, tapi dah berkahwin? Adakah mereka dah cukup stabil? Saya tak rasa begitu.
Ada seorang kawan perempuan saya terpaksa menangguhkan majlis mereka disebabkan harta. Keluarga lelaki tu menyuruh bakal suami kawan saya ni menangguh tarikh majlis mereka kerana dia merasakan yang si lelaki ini masih tidak bersedia. Si lelaki ni baru setengah tahun bekerja, masih tidak mempunyai kereta dan rumah.
Adakah itu satu tindakan yang wajar? Bagaimana perasaan kawan saya ni? Benda yang dah dirancang, dah prepare tetiba mintak ditangguhkan ke tarikh yang tak diketahui. Rasanya kena tunggu si lelaki ada rumah dan kereta baru boleh kahwin.
Sekarang ni masalah pada keluarga lelaki. Pelik kan? Sepatutnya keluarga perempuanlah yang selalu demand lebih-lebih.
Mengapa menghalang orang nak mendirikan masjid? Mengapa perlu dibiarkan mereka digelumangi dosa-dosa sebelum bernikah?
Mungkin betul serba sedikit apa yang ayah si lelaki tu minta. Tapi, fikirkanlah lebih murah rezeki orang yang berkahwin ni. Saya kesian tengok kawan saya ni. Dia dah setahun lebih bekerja. Dia dah ada kereta dan rasanya harta dia mungkin lagi banyak dari bakal suami dia ni.
Tapi, dia tak pandang semua tu. Dia sanggup tolong bakal suami dia dari segi kewangan lepas kawin nanti.
Sekarang ni dia tengah fikirkan cara macam mana nak bagitau keluarga dia yang keluarga bakal suami dia ni minta majlis tu ditangguhkan. Pada tarikh bila, tak dia tahu.
Sebagai seorang perempuan, mestilah dia tak nak jadi andartu. Tunggu-tunggu sekali tak jadi kahwin plak. Tak ke haru? Usia makin bertambah, bukan makin meningkat. Adakah keluarga lelaki tu tak merestui hubungan dia ngan laki tu?
kena ada harta banyak ni ke baru leh kawin?
Apa pendapat korang mengenai isu ni?
p/s:emosi memberontak masa tulis entri ni..huhu~ :p
dunia n mentaliti orang kita skrg mmg macam tu..hanya pandang rupa, harta...
ReplyDeleteperhubungankan , bila melibatkan cmpur tangan parents ni susah kan. ye , tahu parents nakkan yg terbaik tp perasaan org yg nak kawin tu kena ambik kira jugak. kesian tgok cousin yg tk dpt kawin sbb parents tak suka dll. haihh padahal everything okay je. hmm pada nia , seboleh2nya , kukuhkan diri dulu lah sblm nak pinang anak dara org, dan nia sendiri pun kalau boleh sblm kahwin ada lah sebbijik rumah/kete sendiri. tapi jodoh kita tak tau. kot2 awal ke. alaaa , selagi ada usaha , takde hal lah.kn?
ReplyDeletealamak tpanjng :P hehe
p/s : hehe betul , takpe. kita tunggu diam2 je, hehe
menurut pengalaman dpr org2 d sekeliling sya la kn,sblm kawin,xda apa2..tpi selepas kawin, murah rezeki...maka, kawin ne berkat..rezki pn melimpah2..
ReplyDeletenia, mmg kena kukuhkan, tp kalau saya lah, saya tak nak kumpul dosa lama2..umur pun dah 25..huhu~ :)
ReplyDeletesetuju ngan sweet honesty..hehe..lepas kawin pasti rezeki lagi mudah sbb kita wat benda baik, bukan benda yang bukan2..hehe :)
nak kahwin kewangan kena stabil. tapi klo demand benda yg bukan2 tak masuk akal..
ReplyDeleteBukankah kalau mampu dari segi zahir dan batin...dah kira "bersedia" utk berkahwin??
kdg2 trtny2 ketika bercinta susah sng bersama..takkan time kahwin tak boleh??
selalunye keluarga perempuan yg demand..pelik ni..erm, pada linda if dah ade kereta tu kire ok dah. Rumah kite boleh beli lepas kawin, lagipun lepas kawin rezeki lagi murah. Bende yg baik nape nak ditangguh2 tangguhkan..
ReplyDeleteApa yg penting keikhlasan..duit bagi aku perkara no.2
ReplyDeletekawen itu menyempurnakan sebahagian Agama , insyaALLAH , mencari keberkatan dalam hubungan , insyaALLAH dipermudahkan urusan .
ReplyDeletepayah bila family masuk campur..ada sumting x kene la tu bila asik2 kene tunda..wallahualam...berdoa la semoga ada jodoh di antara mereka...soal jodoh ni, rahsia Allah..apa yg berlaku hanya penyebab nya..wallahualam
ReplyDeleteklo byk harta..tu kelebihan die ade...ditambah lg dgn ciri2..jejaka budiman n beriman...
ReplyDeletejalau dh ader keje sume kira baik lah,, tapi kalau tunggu ader umah truk tuh.. yelah, mcm lah senang2 nk beli umah kan.. lgpun beli umah cm cnfirm jer dok kat situ.. kira bagus bersedia nak kahwin.. hmmmm...
ReplyDeletependapatn CN, kalau nak kawin, pertama kewangan perlu kukuh. tapi xdelah sampai kena ada 1 juta baru boleh kawin..cukup sekadar kukuh, bab rumah, kereta dan sebagainya tu bukanlah perkara wajib bila nak kwin, kalau dah ada, alhamdulillah, ianya cuma satu bonus..
ReplyDeleteyang penting kewangan tu harus kukuh, seandainya rm500 sebulan itu dah mampu tampung isteri bila kwin nanti, dan xde terbeban bila sudah brumah tgga, teruskan..
dan InsyaALLAH, ada rezeki kwin lepas berumah tangga nanti.. :)
assalamualaikum sume=)
ReplyDeletebased on experience..
pas kawin insyaALLAH murah rezeki..
akan tetapi kite harus mmikirkan sblum dan slepas watever kes skalipun.. balik pd 'kawin'..
akad nikah adalah titik prmulaan khidupan bru yg akan dilalui oleh stiap psgn yg bgelar suami isteri..
nsihat pakcik pd si bakal isteri, cuba faham keadaan bakal suami anda. die xrela untuk anda hdup dlm kesusahan brsame die.. untuk itu die WAJIB untuk menyediakan diri die dgn ZAHIR DAN BATIN selengkap yg mgkin untuk bakal isteri die. if u really concern bout ur rlationship, pls keep calm n try to support ur fture husband.. bkn mnambah kusut pmikirannya..
nasihat pakcik untuk si bakal suami, anda perlu menyediakan diri anda dgn ZAHIR DAN BATIN selengkap yg mampu..
ZAHIR= mampu dari segi harta..
BATIN= ehem3...
tang ZAHIR tu alhamdullillah kalo anda dri golongan brada. tp bg yg serba sdrhana, itulah ujian bg anda. anda akan lbih bdikari utk mncapai pe yg anda inginkn especially kbhgian d dlm umah tgga..anda akan blaja mcm mane skarnye nk dpt duet. tp jgn plak sng nk lupekn mcm mane nk cri duet nnt. anda akn lbih myayangi isteri anda insyaALLAH..
NASIHAT UNTUK DUA2!!
Cubelah saling mmahami dan mengalah.. nasihat ibu bapa adalah penting kerana di situlah trletaknya restu kbhgiaan yg ingin d miliki.. kite hanya mampu mrancang, Tuhan menentukan.. tp igt, perancangan ALLAH lebih sempurna.. Allah sntiasa mnguji kite sbb ALLAH sygkn kite.. =)
haha kelakarla pakcik tumpang lalu tetapi saya skong la. dia tgguhkan tunang bukannya akad nikah.. lagi lama ikatan pertunangan itu lagi banyak dugaaannya. pengalaman saya la. yangg penting akad nikah itu. saya rasa elok la pasangan bakal suami isteri kukuhkan dulu apa yang patut.. Ilmu dan juga sumberrr kewangan. zahir dan juga batin. kalau udah jodoh tidak bisa ke mana~~
ReplyDeleteDUIT DAN HARTA BUKAN SEGALA-GALANYA~~
ReplyDeleteTAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT DAN HARTA.. kcuali kasih syg yg suci dan hakiki=)
p/s: luvs u dear=)
saya sokong pakcik tuh..
ReplyDeletebefore kawen kena siap kan diri zahir dan batin dulu..sebab bagi saya perkahwinan bukan perkara main-main macam just untuk hari tuh je. kahwin neh melibatkan persediaan mental, fizikal, kemampuan hidup bersama untuk hari-hari mendatang. mampu ke kita nak going thru that day, bukan waktu senang je, waktu susah pun.
bak kata orang lepas kahwin, rezeki bertambah...kalau ada anak, lagik rezeki bertambah..tapi what if, 1 hari Allah swt nak duga kita, mampu ke kita nak menghadapinya?
kahwin bukan untuk seronok2..tuh tanggungjawab..Semua pasangan ada masalah sendiri, ada yang boleh terima, ada yang tak...
Kalau ada perasaan ragu2 kat pasangan, lebih baik tangguh dulu dari teruskan...takut nanti in future ada yang mengungkit...tuh yang tak nak tuh...
pasal harta tuh, saya tak sure kalau nak cakap zaman skang org lebih pandang harta...bagi saya, tak perlu banyak, cukup untuk kukuhkan or stabilkan diri sebelum hidup berkongsi...sebab perkahwinan kan kena ikhlas? share duit together, support each other...takkan lelaki je nak keluar duit? Lain lah kalau dapat lelaki kaya.
bab kumpul dosa tuh, saya rasa kalau iman kuat takde pape yang akan jadik kowt..bak kata orang, tepuk dada tanya hati...kalau nak cari dosa, dosa lah jawabnya..kalau iman kuat, syaitan bisik apa pun tak jalan... hehehe..
p/s : kalau salah tlg betulkan.
-saya orang yang dah ada semua, tapi jodoh belum sampai...insyaAllah 1 ari nati.
sepatutnye, kite permudahkan la niat dorang nak menikah..
ReplyDeleteskang ni byk kes2 zina berlaku sbb kan hal ni...
tp perlu ingt jugak, lelaki n pompuan tu perlula mmg betul2 mentally prepared..
kalau nk nikah tapi tanggungjwb pun xreti nk pikul, baik xyah lagi la...
tp kalu dah matured n tahu tanggungjwb masing2, and kalau setakat xde harta, ayu rase xperlu la smpai jd cenggini..rezeki kan Allah dah janji buat masing2 kalu usaha:)
wallhu'alam
kalau nak tggu btl2 kukuh tu...lg berapa tahun pulak nak tguuuuuuu......hmmmmm kite niat baik, nk mendirikan masjid, buat yg wajib dululah :)) yang penting akad :p
ReplyDeletememang pelik.. bese belah pompuan yang akan demand pasal mampu tak mampu pihak si laki tu.. ni terbalik lak.. semoga jodoh mereka ade.. amin.. =)
ReplyDeleteinsya'Allah, kalau ada jodoh, tak ke mana..
ReplyDeletetapi pak cik tumpang lalu tu sape ye?? kite kenal ke~~ :p
sebijik mcm kenalan zaza jg...
ReplyDeleteooo, kawan zaza pun ada masalah yang sama ye?
ReplyDeletepelik la dgn family blah laki tuh. tah ape-ape jer. member fisha rilek jer kawin. dua2 blaja lg. chill jer. hope family blah laki tuh boleh pk dgn lebih rasional lagi. :) sbr yer cik yana. heheheh
ReplyDeleteapa pn sumer tu terletak pd ketentuan Allah...Kita dh sedia sumer pn klu blum masa nya Allah kata xjd maka x jadi la...cuma yg perlu kita kena igt restu dr org tua amat lah penting utk kebahagiaan kita nnt..
ReplyDeletenak tunggu harta cukup?? harta boleh dicari...kasih tiada ganti...
ReplyDelete*restu mak ayah penting jugak dalam perhubungan....mungkin dia tak nak anak dia hidup susah nak tanggung anak orang (bakal isteri) kot...hmmmm
kalau sama-sama dah bersedia, da stabil kewangan elok2, lebih baik cptkan majlis :)) stabil kewangan tak semestinya ade duit berjuta-juta, kereta-kereta mewah, rumah banglo atau apasaja kemewahan lain, cukup saja kestabilan bermksud masing-masing sudah boleh menanggung kehidupan sama2. rasanya itu yg tbaik. memang btol restu ibubapa yg utama, faktor kebahagiaan dlm rumah tgga. tapi ibubapa kena juga buka minda, mane lebih baik cptkan majlis/ biarkan anak-anak bergelumang dgn dosa? jika anak2 dah bersedia pikul tggungjawab, umur pun dah betul2 sesuai, apa salahnya kan? :)) yg penting niat baik utk mendirikan masjid.
ReplyDeletebende2 camni kdg2 normal blaku kat org nakk kawen..tp ade gakk yg ok..ikut rezki masing2 la~
ReplyDeletedoa la akak dimurahkan rezeki, dikurniakan jodoh ^_^
ReplyDeletesaya ada kenal someone. lelaki ni kahwin awal. umur 21..isteria dia lebih berusia..sebab tu nak kahwin cepat..tak ada kerja tetap. tak ada kereta..tak ada rumah..semua orang agak mempertikaikan, "boleh ke dia tanggung anak orang.?" tapi alhamdulillah..lepas kahwin, dia jadi rajin. walaupun kerja kampung. tapi semua kerja dia buat. dah ada anak dua..dah ada kereta..sekarang tengah buat rumah..
ReplyDeletethanx bg komen...hehe~~ :D
ReplyDeleteanis, tu kisah benar ke tu? bestnye kalau dapat jadi camtu kan~~
hermm , nak kahwin ni bukanlah satu benda yang senang , esop kahwin , dan lusa cerai , tulat cari ang lain ,
ReplyDeletekahwin ni bukan senang macam yang kita tengok . semua aspek harus diambil kira , tapi bila sampai aspek kewangan ,
macam2 demand , nak tu , nak ini , macam2 , yelah , rezeki tu dah ditentukan , just tunggu kita nak pergi ambil@cari ,
tapi kalau benda baik di lambat2 kan , takut menjadi fitnah plak ,
Emosi yang dimaksudkan emosi memberontak nak kahwin ke apa nie? haha
ReplyDeleteapix, betullah kan..tp susah kalau family tak setuju kan? doa & tawakal je la moga mereka dilembutkan hati~ :)
ReplyDeleteaishah, haha..memberontak nak kawin ni.. :p
Kakak menikah 17 tahun dulu belum ada rumah walau masing-masing telah punya kereta sendiri. Kami duduk rumah sewa dulu. Sebaik duduk berdua barulah kami merancang beli rumah itupun rumah kos sederhana rendah, bila dapat anak kedua baru kakak beli besar sikit dan kemudian ada rezeki baru beli lagi....
ReplyDeleteKalau tunggu semuanya lengkap memang agak susah melainkan dilahirkan terus dari kalangan keluarga yg kaya. Kesian kawan Yana tu...