Thursday, May 31, 2012

Catatan Hari Khamis~


Assalamualaikum~

Dah lama tak menulis panjang-panjang kat blog ni. Sekarang ni saya hanya boleh online kat ofis aje sebab bil broadband saya tak bayar lagi..dah kena potong..hehe..pas dapat gaji nanti saya bayarlah~ :p

Jadi sekarang ni malam-malam memang tak boleh online la. Waktu keje je boleh online. Nasib baik kerja kat ofis tak banyak sangat sekarang ni. Cuma minggu depan ofis ni ada audit ISO la..huhu..seram gak rasa nak kena interview dengan orang ISO ni~~

Kalau update kat rumah, boleh upload gambar-gambar dari handphone. Tapi kalau update guna laptop ofis ni, susah sikit la.

Leonerz tengah marah dengan saya sekarang ni sebab saya asyik paksa dia kahwin je..huhu~

Salah ke kalau saya nak hubungan ni ke jinjang pelamin? Saya nak sangat hubungan yang halal. Bercinta macam ni buat saya rasa serba salah. Nasib dia lah dapat awek lagi tua daripada dia. Kalau dia tak rasa nak kahwin awal, bagitau aje lah. Takdelah saya tertunggu-tunggu kan?

Rasanya macam banyak sangat halangan dalam hubungan ni. Nak tunang pun terpaksa ditangguhkan. Nak kahwin cepat pun duit tak cukup lagi kalau nak buat besar-besaran. Bukan saya tak yakin dengan dia. Tapi dia selalu tak nak kongsi plan dia dengan saya. Mungkin dia tak nak saya desak dia. Saya mengaku, kadang-kadang saya tak yakin dengan dia sebab dia selalu tak nak kongsi plan dia dengan saya. 

Memang dia baru je kerja, tak stabil lagi. Orang yang tengah belajar pun boleh kahwin, inikan pula orang yang dah bekerja? Kadang-kadang rasa yang dia sebenarnya macam tak bersedia nak terikat lagi. Tak puas enjoy lagi dengan duit sendiri. Dengan tanggungjawab untuk tanggung keluarga dia lagi.

Saya cuma tak nak dia buat tindakan yang tak sepatutnya disebabkan mulut-mulut sedara-mara. Saya hanya nak dia buat sesuatu ikut kemampuan dia. 

Kadang-kadang duduk jauh ni, buat saya penat berharap benda yang tak pasti~ 





Tuesday, May 29, 2012

Review Filem 'Aku Ada, Kau Ada???'


Assalamualaikum~

comel je diorang ni~

Sebelum ni kan saya ada buat entri pasal saya kecewa dengan filem ni kat SINI? Pastu kak Dieyna komen, suruh saya buat review pulak. Mungkin bagi saya tak best, bagi orang lain best ke kan? Lain orang, lain citarasanya~

Kalau korang nak tau pasal sinopsis, cari je kat google banyak. Yang review dari saya ni, personal review..huhu~~

Cerita ni lokasinya di Korea. Boleh nampak adalah beberapa orang korea dalam cerita tu. Tapi saya peliklah kenapa cikgu-cikgu dia cakap bahasa melayu? Mungkin kononnya kolej tu kat Malaysia kot.

Salah sorang cikgunya adalah Angah Raja Lawak. Dia memang lawak, tapi saya rasa macam takdelah lawak sangat kot. Watak dia cam watak Shah Rukh Khan dalam citer Mohabbatein. Gaya je la. Dengan biola dan sweater kat bahu tu~

Yang Yana Samsudin ni jadi Tina dalan cerita ni. Dia ni mempunyai panas baran yang tahap melampau. Kadang-kadang cam psiko pulak. Dia dihantar ke kolej tu untuk menjalani program 99 cara untuk mengatasi masalah panas baran.

Sam ni pulak pegang watak Nordin Ahmad. Nordin dengan Tina ni memang kenal sejak kecik, tapi diorang memang tak serasi dari kecik. Asyik nak bergaduh aje. Si Nordin ni, setiap kali menghadap Tina je mesti darah gemuruh yang melampau datang. Sampai termuntah-muntah. Tina ni tak suka Nordin sebab Nordin pernah kutuk rambut dia kerinting cam megi masa kecik dulu.

Sebab tu Tina fobia. Pergi mana-mana pun bawak iron untuk luruskan rambut tu. Setiap masa nak luruskan rambut dia., walau tengah bercakap dengan cikgu dia.

Tina dengan Nordin ni satu group untuk persembahan musikal. Ni kira cam assignment gak lah. Macam-macma jadilah masa nak dekat persembahan tu.

Akhirnya, mestilah korang sendiri boleh agak kan? huhu~~

Takpelah, asal happy ending oklah tu. Kalau sad ending, lagilah tak puas hati tengok citer tu~~ :p






p/s:Kak Dieyna ada jual serbuk Cheese yg sedap tau..nak tau tengok SINI.

Sunday, May 27, 2012

Mengecewakan~


Assalamualaikum~

Hari tu saya ada buat sati entri pasal citer Aku ada, kau ada?? kat SINI kan? Tengah hari tadi saya pergi tengok dengan member saya.


MBO punya tiket wayang macam kertas resit je..huhu..nak jimat sangatlah tu kot. Tapi MBO kat Johor ni tak memuaskanlah. Sound system pun kureng.

Bagi saya jalan cerita dia macam jalan cerita budak-budaklah. Kadang-kadang rasa meluat pulak tengok. Bagi pendapat saya la. Sebabnya jalan cerita agak bosan. Tipikal. saya agak kecewa sebab dah excited sangat nak tengok..

Alamak, cam banyak pulak kutuk kan? Tapi satu je yang saya suka. Lagu 'Beginilah Caranya'. Lagu tu memang best. Jalan cerita je yang tak best..huhu~~

Pas dah habis tengok cerita tu, kitorang saje lah nak pergi round Bandar Dato' Onn tu. Kitorang lalu highway Kempas. Nak dijadikan cerita, masa dalam perjalanan ke Bandar Dato Onn tu, ada sekumpulan mat-mat motor tengah berkumpul kat tepi jalan raya tu.

Ada sorang member mat motor tu bawak motor arah bertentangan dengan arah lalu lintas.

'Matilah diorang ni. Main-main pulak' kata kawan saya dengan penuh emosi. Saya senyap je. Peliklah jugak tengok. Kenapa dengan budak-budak tu duk berkumpul kat highway pulak. Macam nak racing pun ada jugak.

Dalam sejam pastu, kitorang patah balik lalu jalan yang sama. Nampak lane sebelah tu jem sangat-sangat. Tempat jem tu tak jauh dari tempat mat-mat motor tu berkumpul tadi. Saya tengah drive, jadi tak leh nak tengok sangat. Member saya yang tengok. Saya hanya nampak ada sorang lelaki terbaring kat atas jalan. Tak nampak darah. Nasib baik takde darah. Saya memang takut dengan darah..huhu~

Saya fikir nasib baik macam takde pape. Tapi budak tu terbaring je, tak bangun-bangun pun. Member saya kata posisi kaki dia dah nampak lain macam. Mungkin patah. Ngeri je dengar. Nasib baik tak perasan tadi. Seram~~

Oklah, jadi pengajarannya kat sini, berhati-hatilah di jalan raya. Jalan raya bukan tempat mainan. Lagi-lagi highway, kereta semua laju-laju. Ingatlah orang yang tersayang dan sayangilah diri anda sendiri. Bayangkan macam mana nak hidup tanpa kaki atau tangan atas kesilapan sendiri.

Gunakanlah cuti yang ada dengan sebaik-baiknya~~~ :)




p/s: leonerz skang ni outstation ke Kedah. Baru gerak pagi tadi. Masih dalam perjalanan. Moga selamat tiba. Jauhnye~ :(

pesanan buat leonerz: lain kali double lane jangan nak motong! Padan muka kena saman tadi!!! :p

Thursday, May 24, 2012

Coretan malam hari~


Assalamualaikum~

Malam ni nampaknya broadband dah mula laju. Tapi masalah sekarang saya takde idea nak tulis apa. Dah lama rasanya saya tak menulis panjang-panjang dalam blog ni..huhu~~

Dulu saya buat blog ni sebab nak tulis pasal isu-isu yang saya tak puas hati. Untuk meluahkan pandangan saya. Dulu nama blog dan url lain..hehe. Semuanya terpaksa ditukar atas sebab isu-isu hangat yang saya tulis. Oleh sebab tu sekarang ni saya lebih selesa kalau orang tak tahu siapa saya. Takkan ada yang sakit hati..hehe~

Lagi bebas nak menulis apa saja kalau orang tak kenal. Nak jiwang yang terlampau pun boleh..huhu :p

2 dan 3 Jun ni cuti kan? Korang ada plan ke pergi mana-mana? Saya? Patutnya ikut mak saya bercuti ke Sabah, tapi tak jadi sebab dulu saya pernah bagitau yang saya nak tunang kan? Mungkin ramai tak tahu, sebab saya pun tak nak orang tahu sebenarnya. Tapi dah ada beberapa orang yang bertanya. Jadi saya cuma nak bagitau, saya dan leonerz tak jadi tunang minggu depan. Majlis kami kena ditangguhkan. Bila? Biarlah rahsia :p

Apa pun tolong doakan yang terbaik buat kami ye :)

Rasa tak best lah duduk jauh dari family dan orang tersayang ni. Rasa sunyi la. Kawan memang ada, tapi takdelah selalu sangat jumpa. Bila duduk kat bilik sorang-sorang, rasa cam bosan aje. Kalau kat rumah, tak sempat nak rasa bosan sebab banyak benda boleh dibuat. Kucing pun banyak, boleh hilangkan rasa bosan.

Macam mana tak bosan kan? leonerz tu sampai sekarang masih di tempat kerja dia. OT. Memang bagus dia kerja, dapat duit lebih sikit. Tapi serius, nak borak-borak, cerita apa jadi hari ni atau semalam pun tak sempat. Selalunya tengah malam baru dia balik rumah. Call saya pukul 1 pagi. Saya tak sedar pun saya borak apa denga dia..huhu~~

Banyak sebenarnya nak cerita kat dia. Contohnya semalam masa lunch, saya jumpa member dia. Semalam officemate saya main bukak aje pintu kete tak tengok belakang sampai pintu kereta saya kena langgar dengan motor. Dan dia langsung tak minta maaf pada saya. Sakit hati saya. Nak cerita kat leonerz? Emm...kalau dah tengah mamai, semua benda yang saya nak cerita dah tak ingat dah.

Macam manalah kalau dia kena kerja kat pelantar? Macam mana kalau dia kerja kat laut?Kalau 2 minggu kat laut, 2 minggu gaklah tak leh nak contact langsung. :(

Memang boleh kumpul duit banyak sikit macam tu....tp..dahlah sekarang nak jumpa pun susah. Camne nak kahwin camni?? (ada kaitan ke??)

Sekarang hanya kerja dan blog buat masa saya terisi..huhu~~


Tetiba teringat kejutan yang leonerz buat hari tu~ :p





p/s:malam ni mood nak menulis~ :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA