Friday, March 30, 2012

I wanna grow old with you~~



Assalamualaikum~


Sekarang ni tengah curi masa jap dr kerja yang berlambak ni. Tapi tak leh lama sangatlah. Dulu saya peminat tegar kumpulan Westlife..hehe..sekarang ni rasanya dah lama sangat-sangat dah tak dengar lagu Westlife ni. Oleh sebab sekarang ni kat bilik ni saya sorang je, jadi aktiviti yang boleh mengurangkan stress adalah dengan berkaraoke dalam bilik..hehe :p


Tengah cari lagu apa yang nak karaoke saya terjumpalah satu lagu ni. Suka lirik dia. Jadi saya tujukan lagu ni buat leonerz yang jauh di mata tu lah..hehe~~


Jom layan~~ 




Another day 
Without your smile 
Another day just passes by 
But now I know 
How much it means 
For you to stay 
Right here with me 

The time we spent apart will make our love grow stronger 
But it hurt so bad I can't take it any longer 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you 

A thousand miles between us now 
It causes me to wonder how 
Our love tonight remains so strong 
It makes our risk right all along 

The time we spent apart will make our love grow stronger 
But it hurt so bad I can't take it any longer 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you 

Things can come and go I know but 
Baby I believe 
Something's burning strong between us 
Makes it clear to me 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you 




p/s: entri agak jiwang sikit hari ni disebabkan masalah jiwa dan masalah perut ni..hehe~~ :p

Thursday, March 29, 2012

Jagalah kesihatan organ dalaman anda~~


Assalamualaikum~


Orang selalu kata sakit tu penhapus dosa-dosa kecil kan?? Jadi kalau demam ke, batuk ke, selsema ke, kenalah sentiasa bersyukur kan?? Tapi saya jarang demamlah. Rasanya macam dah lama giler kot tak demam. Tapi, saya rasa saya ni walaupun tak demam, tapi badan tak cukup sihatlah.

Kalau dah nama pun hidup merantau, makan pun mestilah ikut suka sendiri ke kan? Kalau rasa lapar, makanlah. Tapi kebanyakan makanan yang dimakan tu banyak yang tak ada proportion zat yang betul untuk kesihatan badan. 

Jadi dari situ, muncullah sakit sembelitlah, buasir lah, anemia, badan kurang zat, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi lah~

Saya rasa saya ni kurang minum air dan kurang makan sayur-sayuran lah. Dua tiga hari ni rasa macam ada masalah kat perut dengan usus saya ni. Tahun lepas saya pernah mengalami sakit perut yang teramat sangat. Seram sejuk je badan. Tu semua sebab salah makan, mungkin saya ada makan makanan yang dah lama sangat. Ada orang kata kalau stress sangat pun akan selalu mengalami masalah dengan perut. Betul ke ye?? Saya ada terbaca kalau stress sangat boleh menyebabkan buasir.

Bawah ni saya ambil dari SINI.


Buasir
Kerap berlaku di kalangan masyarakat moden yang stres. Umum sudah amat mengetahui tanda utama buasir iaitu pendarahan di dalam najis dari rektum. Buasir terjadi akibat saluran darah pada bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Darah akibat buasir biasanya berwarna merah cerah.





P/s: Saya rasa dalam setahun ni saya banyak mengalami masalah yang berkaitan dengan perutlah. Pasni kena makan supplement la kot. Supplement apa yang baik ye??


Tuesday, March 27, 2012

Ke'busy'an melanda~~


Assalamualaikum~~


Rasa cam dah lama je tak update blog ni...tengok last update, Jumaat lepas..huhu..memang dah lama sangatlah tu~~

Sekarang ni kat ofis tengah berlambak-lambak keje..sebab last week pergi site, jadi kerja di ofis tu tertangguh. Datang je ofis, bos suh datang bilik dia nak bagi kerja baru lagi..alahai...nasib badanlah~~

Semua kerja saya kena buat sorang sekarang ni sebab kawan saya baru berhenti minggu lepas. Ada sesapa yang tengah cari kerja tak? Nak jadi assistant saya tak?? Kerje senang je..hehe~~

Oleh sebab saya kena buat kerja sorang-sorang, tiap-tiap hari balik lambat sebab nak siapkan cepat. Tapi tak siap-siap jugak. Kena pergi site lagi tadi. Penat lak rasa. Banyak betul merungut kan saya ni?? hehe..biasalah tu..walau macam mana pun, saya suka kerja ni. Bulan depan dapat naik gaji..seronoknya. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi dapat naik tu kira ok lagi lah kan daripada tak naik-naik~~

Apa lagi citer baru saya ye? Oooo....Minggu lepas dapat roommate baru. Ustazah sekolah menengah. Dia jadi cikgu ganti kat sekolah berdekatan dengan taman tempat rumah sewa saya ni. Harap-harap saya leh jadi lebih baiklah bila dapat roommate ustazah ni kan :)

Aduhai~~ malas pulak rasa nak memikirkan kerja esok...

Semangat!! Semangat!!

Sebenarnya saya memang tgh takde idea. Banyak sangat benda nak diceritakan, tapi tak tau nak ceritakan macam mana. Nanti ada masa, jiwa tengah tenang, baru boleh menulis dengan selesa kot..hehe~

Umur saya dah dekat nak masuk 25 tahum Oktober ni. Mak pun dah bising bila nak kawin...hmm..apa la akan jadi pada masa depan ye...bilalah nak kawin ni..macam-macam halangan la ada sekarang ni...huhu~~ (cam gatal ke? tak kot kan?? : P ) Emm..biarlah ALLAH SWT yang menentukan semuanya. Sekarang ni hanya dapat berusaha je~~~

Rasa sedih. Bila kita dah mintak maaf, tapi orang tu tak maafkan. Buat tak tau je kat kita. Padahal benda kecik je pun. Tak faham lah..malas nak fikir, tapi terfikir jugak sebab dah duk serumah, berkongsi tandas yang sama. Mungkin dia salah baca mesej saya hari tu. Mungkin dia baca mesej saya dengan nada yang salah. Mungkin dia ingat saya ni macam merendahkan dia. Tapi serius, memang takde niat langsung nak buat camtu. Banyak kali hari tu saya minta maaf. Takkan kerana benda sekecik tu tak nak bertegur sampai sekarang? Dah 2,3 minggu dah. Benda yang sangat kecik. Emm..biarlah..kalau dia nak buat macam tu terpulanglah. Yang penting saya takde niat langsung untuk merendah atau sakitkan hati dia. Sedih sangat sebab saya paling rapat dengan dia kat rumah sewa ni....





 P/s: Korang kenal Cik Nur tak?? Dia ni memang peramah dan selalu lawat blog kawan-kawan dia. Jom tengok blog dia ni~~


Friday, March 23, 2012

Penat~


Assalamualaikum..

Kalau dapat g bercuti lagi cam time ni kan best~~

Hari ni last outstation, tp dah alang-alang ada kat ngan kampung ni, saya mintak cuti terus la sampai hari Ahad. Kiranya esok cuti..hehe..tp rugilah sbb sok keje setengah hari je.

Takpelah, nak wat camne kan...

Tak payah nak dicari Leonerz yang konon-kononnya jiwang tu. Sekarang ni dia tengah berfoya-foya kat satu pulau di Terengganu tu. Sampai hati dia pergi berseronok tanpa saya..huhu~~

Balik nanti mesti dia hitam sebab asyik mandi laut je. Padan muka..nanti jadi macam orang bangla yang keje kat stesen minyak tu..dahlah memang dah hitam. Pasni confirm nampak gigi ngan mata je.. :p

Saja tak nak update cepat sangat. Terperanjat gak tengok post dia bawah ni..huhu..bila saya sibuk, tak leh nak balas mesej dia tahu plak dia nak marah. Bila dia wat camtu boleh. Padan muka..huhu..Tp sekarang saya pulak kena abaikan sebab dia pergi berfoya-foya...bestnye dia leh snorkling..

Dua tiga hari ni memang agak penat sebab keje kat luar. Berpanas, berhujan, berdebu. Dah hitam sikit sebab berjemur. Tapi yang pasti leonerz confirm lagi hitam..hehe..

Dulu cita-cita saya nak jadi cikgu. Kadang-kadang saya terfikir gak nak tukar keje jadi cikgu. Tapi saya suka jugak dengan keje sekarang ni. Cuma keje sekarang ni susah nak dapat cuti lama-lama je lah.

Banyak masalah yang saya hadapi sekarang ni. Masalah perasaan, masalah handphone rosak. Cuba bayangkan, handphone saya yang punyalah banyak sampai 3 tu, satu pun takde yg elok?? Ujian betullah. Satu dah kena antar kedai, tak tau bile leh dapat. Satu masalah ribbon, sebab hp slide. Dah banyak kali tukar ribbon, malaslah nak tukar lagi. Baik beli hp baru je. Satu lagi LCD rosak, tp hp tu je lah yang masih boleh diharap..huhu~

Last-last, semalam belilah hp RM50. Akhir bulan, tu je lah yang mampu..beli hp mahal-mahal pun cepat rosak watpe kan...bengang sikitlah rasa sebab layanan orang kedai hp tu tak memuaskan.

Sebenarnya takde point pun entri ni. Saje nak taip apa yang terlintas kat fikiran ni sebab dah lama tak menulis..hehe..

P/S: Oooh, lupa nak bagitau. Saya ada wat bloglist baru. Ni semua idea pemilik blog Bunga Hati Mama ni..trylah tgk blog dia..cam taman je rasa..huhu~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA