Assalamualaikum~
Sejak dah kahwin ni
mood untuk berblog agak kurang. Biasanya
weekend lah masa nak bukak blog lama-lama. Sekarang ni disebabkan saya ni
weekend wife, jadi masa tu telah diperuntukkan sepenuhnya untuk suami tersayang :p Mohon maaf banyak-banyak bagi kawan-kawan yang selalu komen sini. Saya akan pergi jugak, jangan risau tapi sikit-sikit lah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit jugak kan? hehe :)
Minggu lepas saya cuti dari Khamis sampai Isnin jumpa
leonerz. Rindu sangat, padahal tak sampai dua minggu je pun tak jumpa. Mungkin sebab
last week, hari Selasa besday saya yang pertama sebagai seorang isteri. Jadi haruslah saya nak suami ada di sisi kan. Masa besday, datang ofis macam biasa je kerja, takde rasa
special.
Normallah kan nak rasa dihargai dan disayangi masa hari jadi kita kan? Tak gedik pun kan? huhu~
Sehari lepas besday saya, saya buat keputusan untuk cuti dan pergi ke berjumpa dengan
leonerz. Masa tu dah tak peduli dah, company nak pecat ke nak bagi apa ke. Kalau pecat, saya jadi suri rumah tangga je lah. (
sila jangan tiru perbuatan ini) ~ :p
Leonerz tanya saya Sabtu tu nak buat apa? Saya tak kisah, duk rumah dengan dia aje pun okay aje. Tapi dia bosan, nak keluar. Selepas beberapa lama berbincang, kami buat keputusan untuk ke Mersing. Pukul 5 Jumaat tu, saya ambil dia kat ofis dan kami terus bergerak ke sana.
Leonerz ikut jalan Kluang untuk ke Mersing. Ingatkan dekat, lagi jauh kot ikut Skudai-Kluang-Mersing. Baik ikut Kota Tinggi je camtu..huhu.Pukul 9 lebih jugaklah baru sampai di Mersing. Pusing-pusing cari hotel pun dah berapa jam. Ingat nak stay kat budget hotel je maklumlah sebab ni kira percutian
last minute,
last-last duk hotel Havanita. Harga lebih kurang je dengan hotel budget.
Sebenarnya mula-mula nak duduk Timotel Hotel, tapi datang balik nak
book bilik, habis pulak. Kami tak
prefer sangat Havanita sebab ada pub bawah hotel tu. Pekerja hotel pun agak seksi, tu kata-kata dari
leonerz la. Kalau Timotel hotel semua sopan pakai tudung.
macam ni lah rupa bilik kitorang~
Rasanya ni
first time kot lepas kahwin pusing-pusing cari hotel untuk bermalam. Kebanyakan orang yang jaga budget hotel tu macam pandang serong je. Mungkin diorang ingat kami ni belum kahwin lagi kot. Tak pun saya ni terlalu sensitif? Tapi
leonerz pun rasa camtu gak. Dahlah masa tu sijil nikah tak dapat lagi. Sijil sementara pun takde, kalau kena tangkap mesti kecoh gak kan..huhu~
Esoknya kami jalan-jalan ke Pantai Air Papan. Tak best sangatlah sebab tak berapa nak cantik.
Leonerz mula-mula nak ajak pergi Tioman, tapi bila fikir panjang,
budget bulan ni untuk
enjoy lebih-lebih takde. Lagipun sekarang ni musim hujan. Macam rugi je la pulak kan. Sabar jelah~
Gambar kat Pantai Air Papan semua kat
handphone leonerz. Tak leh nak
uploadlah kat sini. Tapi dulu saya pernah pergi gak Air Papan ni. Gambar-gambar leh tengok kat entri bawah ni:
1.
Aktiviti Hari Ahad
2.
Air Papan
3.
Guest House tengah sawah
Masa belum ada anaklah nak pergi berjalan puas-puas orang kata kan? Lepas ni
next destination; Langkawi boleh? huhu~~~
p/s: harap maaf sebab kelajuan saya untuk bw sangat slow mengalahkan siput.