Assalamualaikum..
Kalau lelaki mesti sukakan isu poligami ni? Yang perempuan pulak mesti benci. Dengar madu pun tak nak..hehe..cam saya lah :p
Semestinya poligami sesuatu yang disukai lelaki. Asyik sebut eloklah, ape lah. Pastu keluarlah sunnah-sunnah , hadis semua. Kalau bab tu memang terer!
Tapi cuba tanya dia pasal tangunggjawab. Dia tau tak benda tu sangat berat. Nak bimbing sorang isteri pun tak lepas, ni kan pulan lebih dari satu?
Nak kawin dua memang boleh, tapi MAMPU kah anda, wahai lelaki?
Saya dah merasai dah poligami ni. Tapi bukan sayalah, saya tak kawin lagi..hehe..ayah saya berpoligami. Jadi saya taulah tak mudah untuk laki tu berlaku adil. Dah 16 tahun saya merasai benda ni..huhu..mmg tak best langsung!
Saya yang sebagai anak ni rasa tak best, mak saya mestilah lagi teruk dia rase kan??
Sedih bila raya tanpa ayah. Sedih bila tengok ayah dan keluarga no. 2 dia tu pakai baju matching warna masa raya. Padahal masa tu dia bawak dua-dua family dia raya bersama. Sedih bila tengok mak saya hidup macam orang takde suami. Orang kata biasanya waktu tunang anak perempuan ni., ayah dia akan tanggung sebab masih di bawah tanggungawab dia, tapi saya tak.
Tapi semua ni mengajar saya hidup lebih berdikari. Saya sayang dia biarpun dia buat macam tu. Sebab dia ayah saya.
Start masuk universiti, saya rasa saya memang tak bergantung dah ngan dia. Duit pendaftaran U pun, mak saya yang bayar. Alhamdulillah, masa U saya dapat biasiswa. Dalam masa yang sama saya masuk palapes, dapatlah elaun sikit. Sem ke-2 semasa di universiti, saya berjaya beli laptop guna duit biasiswa dan elaun palapes. Saya bangga sebab tak menyusahkan sesiapa untuk dapatkan apa yang saya nak.
Masa tu laptop mmg penting sebab saya belajar ACAD. Masa sem 1 saya gunakan laptop mak saya yang dah rosak skrinnya. Saya terpaksa. Alhamdulillah, rezeki saya murah sebab sem 2 tu dapat biasiswa~
Kalau korang baca ni, korang rasa macam saya ni anak dari keluarga orang miskin kan?
Tak.
Ayah saya ada syarikat sendiri. Cuma lepas dia kawin no. 2 tu, satu demi satu anak syarikatnya ditutup. Last-last, semuanya tutup. Yang ada hanyalah hutang bank yang sangat banyak. Sehingga nama dia dan nama mak saya diblacklist oleh bank. Duit dia habis untuk manjakan isteri no. 2 dia dengan kereta sport mewah dan kondominium mewah.
Macam mana korang rasa bila malam raya tu dia ada, tapi lepas subuh je dia tergesa-gesa nak balik ke rumah isteri no. 2 dia? Salam raya pun tak lagi dengan kitorang. Malam tu kul 10 malam, barulah dia ajak salam dan bagi duit raya. Apa korang rasa kalau ada kat tempat saya dan adik-beradik saya?
Banyak lagi yang sedih-sedih, tp malaslah nak citer. Sampai pernah satu masa tu, saya rasa saya nak jadi isteri no. 2 kalau dah kawin nanti. Sebab saya rasa jadi isteri no.2 tu best. Selalu diutamakan. Dululah~
Kat sini saya cuma nak ingatkan lelaki, jangan asyik nak ingat seronok je. Fikirkanlah isteri pertama dan anak-anak anda bila anda nak kawin lain tu ye~~
p/s: Minta maaf sebab saya tak boleh percaya dan terlalu bergantung kepada lelaki. Semuanya disebabkan pengalaman hidup saya. I really hope you understand why~
Entri seterusnya nanti saya citerkan macam mana pengalaman saya bekerja sebagai waitress di restoran milik ayah dan mak tiri saya tu pulak ye.Memang macam anak tiri betullah..huhu~~