Monday, June 19, 2017

3rd Pregnancy: 36 weeks dah sekelip mata!


Assalamualaikum~

Semakin dekat nak raya, semakin berdebar pulak rasa. Minggu ni dan masuk 36 minggu pregnancy. Macam manalah rupa baby bila keluar nanti. Risau jugak sebab kali ni makan tak berapa nak jaga sangat macam masa pregnantkan Adam dulu. Harap-harap comel dan sempurna sifatnya baby ni nanti, Aminnnn~

Nak raya pun, bisnes online tengah rancak sebab banyak promo raya. Sarat-sarat pun bisnes tetap bisnes. Masih merangkak dalam online bisnes ni, tapi Alhamdulillah makin nampak perkembangan sikit-sikit. Sambil menjual sambil memperkenalkan produk yang lebih selamat kan? Ada stokis mesej saya tanya kenapa saya tak amik bayaran postage. Saya bukan tak amik, cuma pembelian atas RM 100 buat masa ni memang saya tak cas pos.Orang baru nak bisneskan, kena try and error lah :) InsyaAllah ada rezeki ~ 

Raya tahun ni insyaAllah akan beraya di Terengganu dulu. Raya tahun ni paling lama saya rasa cuti beraya. Agaknya sebab start raya pun hari Ahad. Jumaat malam kami akan bergerak ke kampung. Huhu..kena siap-siapkan bekal untuk bersahur sekali la nanti. Mesti jem teruk nanti, lenguhlah pinggang T_T.

Semoga perjalanan kita semua selamat. Selamat pergi dan selamat balik ye :)


5 comments:

  1. Wah bakal menyambut kelahiran tak lama lg ni...semoga dipermudahkan urusan ye...mmg tempoh mengandung sgt sekejap di rasakan.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah harp dipermudahakn, tak lama dah tu baby nak keluar..harap2 sempat la makan rendang kan.hehee

    ReplyDelete
  3. selamat pulang ke kampung dan berhari raya. have a safely journey and take care :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA