Thursday, November 19, 2015

Melancong dengan bajet kecik?


Assalamualaikum~

Teringin nak pergi melancong kat Korea. Tengok gambar orang-orang yang dah pergi macam best je kan? Tapi masalahnya bajet very tight..huhu. Macam mana nak melancong kalau kita punya bajet ciput atau cukup-cukup makan. Kat sini ada bagitau tips-tips tu >> 9 Things To Do When Your Travel Plans Are Controlled By The Dreaded 'B' Word <<
Salah satu tips dia adalah amik yang pakej sekali flight + hotel. Ok, yang ni saya dah pernah google. Saya google harga flight sahaja dan hotel asing. Memang lagi mahal. Maklumlah nak ke Korea tu tiket flight pergi balik untuk dua orang dan hampir RM 2000++, hotel sahaja pulak dah RM1000++. Ni kalau 6 hari lah, Tapi bila saya tengok pakej hotel+flight, kita boleh jimaat beberapa ratus ringgit. 

Jadinya tips tu memang betullah. Nak tengok apa lagi tips boleh tengok link kat atas tu. Penat nak meng'copy paste'..hehe :p

Dua tahun lepas kitorang pergi Krabi, Thailand. Tapi masa tu tak amik pakej. Air Asia takde buat lagi kot rasanya. Tak ingatah pulak. Tapi oklah, tak mahal sangat sebab Krabi je. Hotel 4 hari 3 malam RM400 camtu lah. Flight RM600++ dua orang pergi balik kot. Tak ingat sangat. Tapi ok lah untuk honeymoon..hehe~

Satu lagi nak jimat, jangan amik tour guide. Travel macam backpakers aje. Tapi make sure study dulu tempat-tempat yang nak pergi sebelum pergi melancong tu. Kalau tak rugi je.  Masa kat Krabi tak teringat nak research sangat. Rugi gak rasa masa tu. 

Kalau Korea, saya google memang mudah kalau nak travel sendiri. Public transport ok, dan Korea adalah negara friendly tourist. So surely susah nak sesat.

Siapa yang tak nak pergi Korea oii~~

Bilalah kitorang nak pergi melancong lagi ni. Ada anak kecik ni mencabar sikit rasanya nak melancong luar negara. Risauuu. Lagipun sekarang bajet takde, setelkan hutang-hutang tertunggak dulu. Dah setel baru boleh fikir holiday! Tak sabarnya!

Banyak sangat tips perlancongan bajet kat sini. Korang tengoklah ye :)


6 comments:

  1. alahai memang teringin nak melancong ke oversea ni..tapi klu ada kecik mmg mencabar sgt.. takut pun ada.. Selain Korea, sy teringin sangat nak ke Jepun... insyaAllah suatu hari nti kan..kita kumpul duit dulu.. hihi

    ReplyDelete
  2. Anak anak masih kecil kecil lagi susah nak bawa melancong jauh jauh lagi. Tapi hati sentiasa berkobar kobar nak pergi melancong. InsyaALLAH satu hari nanti hajat di hati tercapai..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kami melancong tak pernah ikut agen. Sblm g google carik segala info. Tak pernah naik flight kecuali g bandung. Masa g bandung kami ambik tiket yg rm50 tu je. Dkt setahun booking masa tu. time tu pergi ank daru tiga.

    Hotel pun booking online je. Smpi sana takda masalah pun. Terus carik teksi g hotel, pihak hotel bantu carik supir utk ke mana2 yg jauh . Dkt2 g naik teksi je.

    Masa g dubai, oman dan abu dhabi dari qatar kami pergi by car. Seronok jln tgk tempat org. Seat belakang lipat bg anak tidur. Google segala info mudah nk gerak sana sini.

    G krabi ank dah empat, sarat hamil. Pun by car. Mmg kena tau nk g mana.. Nak buat apa, nk mkn kat mana.

    Masa g songkhla dulu pertama kali smpi siam tak tau dorang x reti sgt ckp omputih. Gps rosak genuh gak. Tu yg masa g krabi detail sket segala info takut gps rosak ke apa.

    Percutian bajet klu betul caranya seronok. Nak2 mcm kami yg ramai ni mmg kena plan betul2.

    ReplyDelete
  4. kita selalu kalau holiday memang yang budget2 jer.. hahaha

    ReplyDelete
  5. aida so far lom bwk anak ke oversea.
    next year mcm nak plan semula ke s'pore.
    ijat pun da besar.
    dek kenang kan anak2 kecik, tu yg tertangguh2.
    round dlm negara aje.
    aida akan survey pakej paling murah.
    then tgk keselesaan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA