Saturday, April 25, 2015

Sweet Escape: Cameron Highlands~


Assalamualaikum~

Lama tak pergi bercuti. Kebetulan pulak Jumaat lepas babysitter ada hal, tak boleh jaga Adam. So, hari tu ambik cuti, uruskan hal-hal untuk rumah baru. Sebenarnya tak plan pun nak pergi bercuti. Tu plan B, kalau-kalau urusan habis awal kiotrang decide nak naik Cameron Highlands. Lama dah terasa nak pergi sana, tapi takde kesempatan lagi.

Hari Jumaat tu tak ramai pulak orang berurusan kat pejabat kerajaan tu. Dalam pukul 10 habis urusan, pergi breakfast dulu kat kedai mamak depan tu. Sebelum gerak singgah 99mart, beli makanan Adam. Kat sana tak leh nak masak bubur untuk dia. Siap je beli biskut, puree dengan nestum dia kitorang terus gerak.

Nak pergi sana guna Waze je sebab dua-dua tak tau jalan. Masa pergi tu ikut jalan Tapah. Barulah tahu jalan Tapah tu punyalah berbengkang-bengkok. Baru half perjalanan sakit kepala asyik pusing-pusing. Tetiba kat selekoh jumpa Lata Iskandar. Tak sempat nak singgah sebab tak tau ada air terjun cantik kat situ. Parking pun takde. Sayangnye. Memang cantik sangat air terjun dia. Nak amik gambar pun tak sempat. Terkejut nampak air terjun tetiba. 

Sambung lagi perjalanan, masa tu dah tersandar dah. Lama dah tak rasa mabuk kenderaan. Last masa sekolah dulu kot. Memang tak tahan. Nasib baik Adam elok je tidur dari highway awal-awal tadi. Takdelah tambah pening kepala nak layan dia..huhu~

Pusing-pusing lagi, nampak satu kedai. Dia tulis Bharat Cameron Valley kot tak silap. Saya ajak hubby singgah jap. Hilangkan pening duk dalam kereta lama-lama ni. Dapatlah merasa scone. Asyik baca kat blog aje. Teringinnn sangat makan scone kat Cameron ni.


Pergi toilet dia, rasa angin nyaman je. Air dia pun sejuk je. Tenang je tengok ladang teh tu. Berbaloi la jalan pusing-pusing tadi~


Sampai Brinchang terus check in hotel dalam pukul 4 lebih. Tapi malangnya diorang ni tengah repair air panas. Sampai malam baru dapat air panas :(

Malam tu pergi pasar malam aje la sebab semua tempat dah tutup. Banyak gak makanan kat sana. 

Sanpai sini je la cerita dulu. Adam dah datang terkam laptop ni..huhu~


2 comments:

  1. bestnyaa jalan jalan , releasekan tension . adam comeyyy

    ReplyDelete
  2. Best kan pegi Cameron Highland... Tapi malang, manusia kat situ tak tau nak hargai keindahan alam... dia orang menceroboh sesuka hati mengondolkan bukit... sekarang nie dah tak berapa nak sejuk lagi kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA