Wednesday, February 15, 2012

Hawa Idaman...

Assalamualaikum... 


Entry ni ditujukan khas buat kaum hawa.. especially my luv, Yana Libra.. Baca la yer~~~


Ciri-ciri "HAWA IDAMAN" yg di idamkan oleh seorg lelaki..
Dibawah adalah hasil research yg telah dibuat..


*tercuri dari Mr goolgessss...sori...




1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak cerewet.

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :

  • Bersopan satun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain.

Ok, tu lah dia 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat pada Anda dan menjadi pengukur dalam peribadi Anda dan pasangan.

Satu lagi tips..sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan!


*Di 'research' dari http://shueqry.blogspot.com

Pe2pun, ciri2 tersebut memg betul.. Xcaye tanyela laki len yer...
N last but not least, xde org perfect dlm dunia ni...
Tp xslh mencube kearah kesempurnaan itu
At least, kite perbaiki kekurangan diri kite...

LEO,
v(>,^)V

18 comments:

  1. Kepada leonerz:

    Emm..

    1. Agama yana masih tak kuat.
    2. Yana ni gilakan duit~
    3. Selalu pakai baju yang selekeh.
    4. Suka membebel.
    5. Tak memahami leonerz. Tapi kalau
    leonerz sorokkan pape confirm
    yana dapat detect!
    6. Sejuk ke mata memandang yana
    ni?? huhu~

    Camne?? banyak giler xde ni? Tak leh kawinlah camni?

    ReplyDelete
  2. 1.agama? sderhana alhamdullillah..same..kite same2 baiki..
    2.Duet bkn sgalanya tp sgalanya mmerlukan duet.. tp jgn smpai jd hamba duet!!
    3.Baju?? leo ngorat libra dulu pun bkn libra tgh pkai cntik2 seksi2.. u just simply nice in my eyes=p
    4.Membebel?? hehe kurgkan nnt jgn smpai wujud pnemuan kanser baru plak, kanser tlinge=p
    5.Understanding?? same.. same2 la prbaiki ye bcukkkk~~
    6.Kalo xbebel sejuk la huhu

    leh je kawin kalo niat dah bek Tuhan permudahkan,, InsyaALLAH.. =)

    ReplyDelete
  3. wah..romantiknyer you all..:)

    nad pon masih banyak yg perlu di perbaiki..:)

    p/s :: pp nad mmg tembam kan..:D

    ReplyDelete
  4. ermm..sama2 kita berusaha ke arah kebaikan yg tersenarai di atas.. :)

    yang bab manja tu...cik nur garang..! huhuhu

    ReplyDelete
  5. nad: pp tembam bkn ciri2 tp perwatakan hehe

    cik nur: erkkk garang cik nur leh lwn yana L ke?? huhu

    ReplyDelete
  6. biarlah tidak cantik dimata org lain.. tidak sempurna dimata org lain.. tp ttp cantik dan sempurna dimata suami...

    ReplyDelete
  7. wahhh lomantik nyeee...
    hehee syukur dgn apa yg ada...tkut la nk membebel ada plak yg kena kanser telinge...hikhik

    ReplyDelete
  8. comelnyaaaa.. insyaAllah :)


    yana libra, thank u ya.. hehe boleh isi form atau mesej kat 019-5439544 :) hehe

    ReplyDelete
  9. nice sharing :)

    -kerna aku sorang wanita..hihi

    ReplyDelete
  10. bagus/best...utk tatapan semua..jom jadi wanita idaman lelaki.. ;)

    ReplyDelete
  11. hamboooi yana ngan leonerz ni, tak cukup kat fb.. romantik2 lak kat blog eh?.. ahaha.. smoga u all couple sampai kawen nnt!!err mcm tak btul laa wish ni.. smoga u all cpat kawen!! amin! :)

    ReplyDelete
  12. Kat fb kitorang tak romantik2 pun la..hehe~~


    p/s:sorry la kalau wat korang menyampah ke ape ye~~~ :p

    ReplyDelete
  13. hope linda boleh perbaiki diri ke arah yang lebih baik untuk menjadai hawa idaman

    ReplyDelete
  14. hemm~ gades tak manja (ganas gila) tak reti nak make up semua tu, cerewet gila..huhu teruk3 xde langsung ciri3 idaman tuh..huhu

    ReplyDelete
  15. saya pun tak reti pakai make up la..hehe~~ :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA