Sunday, February 23, 2014

Week ke-16~


Assalaualaikum~

Harap semua tak bosan dengan title saya sekarang ni. Semua pasal minggu aje. Maklumlah nak blog pun weekend je baru ada masa. Dah alang-alang macam tu saya update ikut week je la..hehe..

Tahun ni semua dah tahu kan Johor sekarang weekend adalah pada hari Jumaat dan Sabtu SAHAJA? Manakala, Selangor pulak masih cuti macam biasa, Sabtu dan Ahad SAHAJA. Nampak tak perbezaan hari minggu untuk saya dan leonerz sekarang ni? 

Jadi, sekarang ni hari yang saya dan leonerz ada masa bersama adalah pada hari Sabtu SAHAJA. Nampak tak kesulitan duduk dan kerja di tempat yang tak satu negeri ni? Seksa rasanya. Macam hari ni, hari Ahad saya cuti, tapi leonerz semalam dah kena balik Johor sebab dia kerja hari ni. Dahla weekend je dapat jumpe, pastu masa berkualiti untuk kitorang pula hanyalah satu hari aje. Memang kena gunakan sebaik-baiknye SATU hari tu.

Lepas ni dah lah dua minggu sekali je plan nak jumpa disebabkan nak kumpul duit untuk bakal anak yang nak lahir ni. Jadinya lepas ni, dalam sebulan kami ada 2 hari je masa berkualiti untuk bersama. Seksanya rasa..huhu~

Rasa sayu je hari ni sebab duk kat rumah sorang-sorang. Teringat-ingat hari semalam bersama leonerz..huhu..terbayang-bayang la kelibat dia dalam rumah ni. Kakak saya pulak balik kampung minggu ni, lagi lah terasa sunyi je rumah ni..

Apa boleh buat. Nak cari kerja bukan senang. Kalau saya ni siapa lah yang nak amik kerja sebab tengah pregnant kan. Jadinya harapan hanya pada leonerz aje lah untuk cari kerja dekat-dekat sini. Itulah, dulu leonerz dah dapat kerja kat Johor dari Terengganu, saya pulak yang lari dari Johor ke Selangor. Sekarang ni siapa yang terseksa? huhu.. :(

Nak menyesal pun tak guna, sebab mungkin ada hikmahnya kat mana-mana. Cuma tak nampak je lagi.Sekarang ni kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan.

Hari ni entro sayu-sayu sikit sebab malam tadi baru hantar leonerz pergi naik bas balik Johor..huhu~~ :'(

Doakan urusan kami ni dipermudahkan ye. Saya pun tak nampak lagi jalan mana yang terbaik untuk kami. Sama ada saya ke sana atau dia ke sini. 

Oklah, panjang gak entri kali ni..huhu..sekarang ni AmirYana's Health & Gadget ada buat promosi nak habiskan stok. Jom window shopping kat bawah ni. Kalau berminat bagitau lah ye..hehe..tumpang promote barang skali dalam entri ni~~


Set 1: Bedak Arab + Charcoal Mask = RM 45

Set 2: Bedak Arab + VCO liquid + Sabun beras = RM 75

Set 3: Catalyst Hair Revitaliser + Bedak arab + Sabun beras = RM 75

Set 4: Catalyst Hair Revitaliser + VCO liquid + Sabun beras = RM 80

Set 5: Sabun Marine Essence/SK + Bedak Arab + Sabun beras = RM 150


Sekian..terima kasih sudi scroll sampai bawah..hehe~ :p

Saturday, February 15, 2014

Minggu ke 15 dah~


Assalamualaikum~

Entri kali ni pun tak ada banyak sangat benda nak cerita. Nak selitkan promosi page FB je..hehe. Jom like ramai-ramai page NI! :) Ada banyak produk baru sekarang ni kat page tu. Mari-mari window shopping..hehe~ :D

Saya rasa semua pun dah dapat agak tajuk minggu-minggu ni kan..hehe. Dah nak masuk 4 bulan dah. Tak sabar nak tahu jantina baby dalam perut ni.  :)

Last week saya kena refer ke hospital sebab dehydrated. Baru saya tahu betapa bahayanya dehydrate ni pada ibu-ibu mengandung. Nasib baik boleh elak duduk wad..huhu..

Mula-mula jumpa doktor, dia tanya nak duduk wad ke tak? Mestilah saya tak nak kan. Bila tanya je dia apa effect dehydrate ni, terkejut bila dengar benda ini boleh akibatkan masalah dalam perkembangan baby. Ingatkan effect pada diri sendiri ke. Yela, selama ni apa-apa hal diri sendiri je. Sekarang ni dah ada lagi satu nyawa kena jaga rupa-rupanya.

Tak pasal-pasal kena masuk satu botol air. Nasib baik sekejap je...huhu. First time rasa masuk air. Pedih gak rupenye. 

Masa mengandung ni jugak rupa-rupanya kita senang dapat penyakit. Selsema, demam, batuk. Kadang-kadang rasa seksa gak. Dahlah suami duk jauh..huhu..sayu je rasa kena alami semua sorang-sorang :(

Rasa macam nak sambung belajar je. Dapat duk dekat dengan dia selain dapat ilmu jugak. Tapi, akan kena susah sikitlah kalau amik jalan tu. Dilema jugak. 

Berapa banyak perbelanjaan diperlukan untuk persediaan menyambut orang baru ni ye? Akak-akak leh tolong advise tak? hehe :)

Sayanya dah dekat 4 bulan dah~~ :)

P/S: Saya nak promote page FB atas tu. Kalau ada sesiapa nak buat contest dan perlukan sponsor bagitau ye. Nak banyakkan like :)




Monday, January 27, 2014

12 weeks~


Assalamualaikum~

Lama sangat-sangat rasa tak update blog ni. Jenguk pun kadang-kadang je ada masa.  Biasalah, orang kuat tidur macam nilah. Maaf sangat-sangat pada member-member yang ada singgah sini tapi lama tak takde kunjungan dari saya. Saya sedang berusaha..huhu..

Sekarang ni fikir nak carik duit banyak-banyak supaya dapat jumpa leonerz selalu...huhu..entah bila lah boleh start menyimpan kalau macam ni caranya kan. Live in the moment~

Dua hari ni saya rasa murah betul rezeki. Semalam rasa nak makan sotong, malam tu dapat sotong. Semalam rasa nak makan kek, hari ni ada orang belanja kek kat ofis. Tak payah susah-susah nak singgah kedai kek lepas kerja..hehe~

Bulan depan rasa macam nak ke Sabah aje. Hotel apa yang budget dan selesa di KK ye? Siapa yang tinggal di Sabah atau pernah pergi Sabah boleh bagi tips tak?

Kalau pergi 3 hari 2 malam, mana je tempat sempat pergi eh? Macam tak banyak kan? Dalam keadaan macam ni boleh ke nak jalan sakan ni? Insya'Allah semua ok kan?

Sekarang ni leonerz ada jual handphone samsung clone. Sesiapa yang berminat bolehlah tanya ye..hehe..sempat promote jap~

Maaf kalau entri sangat simple. Lain kali, ada masa dan idea saya akan cuba yang lagi baik ye. :)


Tuesday, November 19, 2013

Nak jadi fulltime housewife boleh?


Assalamualaikum~

Sejak dah kahwin ni susah dah nak buka blog. Maklumlah biasanya saya buka blog masa weekend selalunya. Sekarang ni weekend banyak dihabiskan dengan travelling ke kl-jhr-mlk ulang-alik. Bergantung dengan perbincangan katne nak jumpa.

Camnilah nasib pasangan jarak jauh. sampai duit gaji pun habis kat travelling je semata-mata supaya kami dapat jumpa. Mungkin ada hikmahnya semua ni kan. Tapi, saya harap sangat saya dan dia dapat bekerja di tempat yang berdekatan.

Kalau dulu bercinta, tak jumpa sebulan sekali pun ok lagi. Tapi sejak dah kawin ni, tak leh dah nak buat camtu lagi. Tanggungjawab sebagai orang yang dah berkahwin ni lain dah. Cuti tahunan dah tinggal satu dah sebab asyik cuti untuk bersama dengan suami..huhu~

Kadang-kadang stress rasa. Dah kawin pun susah nak jumpa. Tapi, kalau jumpa pun gaduh. Hai, macam-macamlah. Sekarang ni kena kuatkan hati ni supaya bertahan lagi. Kena usaha & doa lagi. Hari tu pergi interview kat Johor, tapi macam dah takde harapan dah yang tu.

Kerja sekarang memang dah bagus dah, banyak benefits. Tapi, kalau duduk jauh dengan suami pun buat apa kan? Gaji habis balik kat kos travel tu. Kadang-kadang rasa macam nak jadi suri rumah aje, dapat duk sama selalu.

'Amboi, senangnya kalau jadi suri rumah' leonerz cakap. Jadi, di sini saya nak tanya geng-geng yang surirumah tangga tu. Senang ke jadi suri rumah tangga ni? Cuba komen sikit biar leonerz terbuka mata dia..hehe~

Leonerz cakap camtu sebab hari tu saya ada cuti seminggu & selama seminggu tu saya jadi housewife. Dia balik kul 3 petang saya tengah relaks2 baca novel...huhu..tapi, relaks baca novel pun, kerja-kerja rumah macam vacuum, mop & masak saya buat tau~ :p

Tak serius pun nak jadi full time housewife. Tapi tak puas hati apa yang leonerz cakap tu. Cuba komen sikit. Saya nak tengok gak pendapat orang lain. Kalau takde anak mungkin relaks lagi lah, tapi kalau dah ada anak, saya tak rasa senang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA