Saturday, November 7, 2020

Baby PKPB Oktober 2020: Day 10

 

Assalamualaikum & Selamat sejahtera~


Harini dah hari ke -10 Baby AZ ditahan di NICU. Perkembangan nampak semakin positif. Banyak tiub dah dibuka, antaranya dua tiub di tali pusatnya & ubat untuk support jantung pun dah beberapa hari dah dibuka.

Sekarang baby masih kena on antibiotic & monitor udara dalam paru-paru dia. Semalam tiub yang tebuk paru-paru dah ditanggalkan, masih ada sedikit udara tapi tak menganggu pernafasan baby, jadi doktor akan monitor saja dulu.

Morphine sebagai sedation pun dah dikurangkan dos petang semalam. Doktor mungkin akan buka malam tadi. Sekarang tinggal tiub pernafasan di mulut dia & tiub susu kat mulut baby. Semalam minum susu gun tiub dia boleh minum sikit saja. Banyak yang dimuntahlan balik. Tapi nampak baby kenyang sebab dia terus lena lepas nurse bagi susu.

Harapnya harini tiub pernafasan kat mulut dah boleh dibuka & malam ni dia semakin ok. Tak sabar nak bawak balik baby. Hari-hari kena ulang -alik NICU dengan luka caeser ni memang bukan senanglah. Nasib baik Hospital Putrajaya tak besar mana. Jadi jalan pun takdelah berapa nak jauh sangat kalau compare dengan hospital sebelum ni saya pernah pergi.

Doakan baby AZ saya cepat-cepat sihat & kuat ye. Kalau kenangkan balik kali pertama saya tengok dia, memang sedih sangat sebab berselirat wayar kat badan dia. Sekarang dah semakin kurang memang rasa lega sangat. Suara dia masih tak dapat dengar lagi sebab tiub pernafasan masih ada. Baby nampak lasak walaupun on morphine dia still asyik bergerak lasak. Memang dari dalam perut dia aktif, harap baby AZ sihat sepenuhnya tanpa komplikasi lain. Aminnn...


Monday, November 2, 2020

Pengalaman Bersalin ke-3 Secara Caeser & BTL Musim PKPB di Selangor~

 

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera ~


Harini genap hari ke-5 selepas pembedahan secara caeser untuk anak yang ketiga dan yang terakhir. Macam seram je bila fikir kita dah tak ada peluang untuk mengandung lagi lepas ni, tapi kena fikir balik secara positif. InsyaAllah semua ni ada hikmahnya.

Apa tu BTL?

BTL tu saya tak ingat terms hospitalnya, tapi senang cerita, BTL tu kira proses pemandulan dengan cara mengikat tiub peranakan kita. Jadinya tak akan ada persenyawaan sebab ovum takkan boleh terlepas ke dalam rahim kita.

Kenapa caeser & BTL?

Sebabnya ini adalah kandungan ke-3 saya & dua kelahiran sebelum ni pun dah emergency caeser. Jadi kali ke-3 dah tak ada peluang untuk mencuba kelahiran normal atau VBAC lagi. BTL sebab doktor sarankan ikat terus sebab kemungkinan untuk dapat komplikasi pada kelahiran seterusnya adalah tinggi. Selepas berbincang dengan husband, kami pun setuju ini adalah yang terbaik.

Bersalin masa PKPB di Selangor.

Agak mencabar. Kami memilih Hospital Putrajaya sebab dekat dengan rumah. Sebelum ni pergi ke Serdang tapi agak jauh perjalanan berulang-alik & kawasan pun besar, agak jauh nak kena berjalan. Hospital Putrajaya kawasan lebih kecil, jadi nak jalan tak perlu jauh sangat. Orang pun tak berapa ramai mungkin disebabkan PKPB jugak.

Untuk pengetahuan semua, Hospital Putrajaya hanya ada wad FPP dan First Class sahaja. Oleh itu kalau bercadang bersalin di sini, pastikan rancang kewangan anda sewajarnya. Minggu lepas saya warded di dalam four bedded ward. Bagi saya wadnya sama seperti second class di Hospital Serdang, ada 4 katil di dalam satu bilik & bilik selesa ada aircond dan toilet di dalam wad tersebut.


Saya planned caeser pada 28 Oktober 2020, jadi warded pada 27 Oktober 2020 iaitu pada hari Selasa. Sehari sebelum warded, saya perlu menjalani swab test untuk COVID-19 di sana. Hari Selasa petang baru saya warded disebabkan wad penuh. Malam bermula jam 12, saya telah disuruh berpuasa untuk persediaan pembedahan keesokan harinya.

Keesokan harinya drip air dimasukkan & saya diberitahu bahawa saya adalah orang yang kelima dalam list hari itu. Orang pertama ditolak seawal 7.30 pagi, jadinya saya dianggarkan dalam pukul 2 petang baru akan masuk ke bilik pembedahan. Dalam menunggu tu, nurse menyuruh pakai terus baju operation di dalam baju wad pink tu. 

Lepas solat Zuhur, nurse datang suruh bersedia ke bilik pembedahan. Tiub kencing dimasukkan, baju pink kena buka & cap pembedahan dipasangkan. Saya terus ditolak ke tingkat satu untuk ke bilik pembedahan. Walaupun ini adalah kali ke-3, kali ni adalah yang paling mendebarkan untuk saya sebab memang saya dah tahu saya akan dibelah perut kali ni.

Selepas dipindahkan ke katil lain, doktor bius datang interview saya sebelum menolak saya masuk ke bilik pembedahan. Dia menerangkan prosedur sementara menunggu doktor pembedahan tiba. Tak lama lepas tu, saya dicucuk ubat bius di tulang belakang, drip air dimasukkan ke tangan. Tirai antara perut dengan muka saya dinaikkan supaya saya tak nampak sepanjang proses pembedahan itu.

Bius separuh badan, kita masih merasa pergarakan tangan orang di badan kita. Cuma 'sensory', iaitu rasa panas, sejuk, tajam, sakit tu sahaja yang hilang. Jadi jangan panik bila kita rasa orang melapah perut kita, sebab kita memang boleh rasa, cuma rasa sakit tu tak ada. Nasib baik saya dapat doktor bius yang baik & sabar menerangkan semua tu sebab sejujurnya saya memang sangat takut sebab sebelum ni memang saya rasa, tapi saya tak tahu, jadi saya agak banyak meronta masa pembedahan kali ke-2 sebelum ni.

Tak lama lepas tu doktor penbedahan pulak menjalankan tugasnya. Agak susah untuk bedah disebabkan lekatan daripada pembedahan sebelum ni agak teruk. Agak banyak jugak doktor bedah tu merungut, tapi apa je saya boleh buat. Dengarkan saja lah..huhu~

Agak lama sikit masa diambil sebab lekatan teruk tu. Doktor beritahu dia mungkin ada tercederakan pundi kencing disebabkan lekatan tu. Masa tu telan air liur je la. Dahlah tak nampak apa dia buat, redha saja lah. Saya selalu tanya doktor bius lama lagi ke, nanti dia akan jawab lagi sikit, otot tengah jahit. Tak leh nak bayang otot kita tengah kena jahit. 

Saya ada beritahu agak susah nak bernafas, doktor bius tu bagi mask oksigen untuk bantu saya bernafas. Saya memang cuba berlagak tenang aja untuk pembedahan ni. Tak lama lepas tu dengarlah suara baby menangis dengan sangat nyaring & lama tak berhenti. 

Lepas cuci, jantina bayi ditunjukkan pada saya & pipi bayi dilagakan ke muka saya sambil doktor menjahit semula perut saya.

Tak sangka itu kali terakhir saya dengar suara bayi saya. Petang tu dia dikejarkan ke pakar kanak-kanak disebabkan nampak sukar untuk bernafas. Menyusukan pun tak sempat. Tiba-tiba lewat petang doktor pakar kanak-kanak datang & suruh husband datang berjumpa dengan dia malam tu..

Harini dah hari ke-5, baby masih ditidurkan dengan morphine untuk merawat dia. Banyak mesin diperlukan untuk support dia untuk survive sekarang ni. Tolong doakan baby cepat sihat & kuat dan boleh keluar NICU secepat mungkin. Petang ni kami akan pergi jenguk lagi baby di NICU. Berharap untuk perkembangan positif setiap kali kami lawat dia. 


Tuesday, July 30, 2019

Almost coming to our 6th Anniversary ~


Assalamualaikum~

Lama sangat tak meluahkan perasaan kat sini. Kebetulan hari cuti ni kena bekerja pulak, kita amik masa sikitlah update blog. Tadi ada buat satu entri luahan perasaan, tapi terpkasa hide sebab personnal. Orang yang follow dari 2012 mungkin tau pasal apa.

Sekarang saya dah ada dua orang cahaya mata. Sepasang Adam dan Aisya. Yang ketiga not too soon la. Enjoy dulu sekarang ni..hehe. Adam dah  5 tahu, Aisya dah 2 tahun. Bulan 8 ni adalah bulan besday husband & Adam. Juga adalah bulan anniversary kitorang. 

Alhamdulillah, berjaya menempuhi 5 tahun yang pertama.

Masuk je 5 tahun tetiba yang senyap tu datang balik, Tapi saya anggap ianya dah setel. Kalau masih timbul saya akan direct deal dengan dia. Baru tau garang ke tak saya ni:p

Tahun ni memang murah rezeki, saya naik pangkat di tempat kerja dan kerja part time bakery pun laku alhamdulillah. Dapatlah tukar oven besar sikit dan peti ais besar sikit untuk letak kek :)

Next plan rasanya nak buat bilik Adam & Aisya. Haritu jalan ikea, Aisya yang paling excited nampak katil-katil comel. Siap naik baring pastu buat-buat tidur :p

Tak sabar nak tunggu bajet untuk katil baru diorang ni. Saya berharap keluarga kami sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari anasir-anasir jahat. Amin....

Friday, November 17, 2017

Jom Shopping Online~

Assalamualaikum~

Dah akhir tahun ni mesti banyak jualan akhir tahun kan??
Korang selalu shopping kat mana je?         
Kalau saya, prefer beli online senang sebab dah kawin ni, anak-anak lagi. Banyak sangat nak kena mengangkut :p

Dulu rasa macam tak best pun shopping online, tapi sekali terjebak, memang tak boleh stop tau!
Teringat dulu beli online sebab dapat voucher. Maklumlah, first time takut sikit dulu. Bila dapat voucher takdelah rasa ragu-ragu nak try kan. First purchase beli seluar untuk husband..hehe. Isteri mithali betul kan?? :p

Puas hati pakai, sampai sekarang tahan lagi seluar tu. Sejak dari tu macam dah tak ragu-ragu sangat nak beli secara online ni. Cuma masalahnya, rambang mata tengok dan main klik suka hati je. Maklumlah banyak offer dan harga kadang-kadang jauh lagi murah dari pergi kedai. Kalau ke kedai kena fikir duit tol, minyak dan masa.

Sebelum bersalin haritu, bulan Jun lepas memang habis beratus borong barang baby. Dah dekat due barang baby banyak tak beli lagi. Jadi gitulah gayanya. Nasib baiklah dapat bonus time tu. Alhamdulillah. Kesian Aisya Zaara, ibu ayah sambut ala kadar je dia lahir. Dulu time Adam Zahin awal-awal complete dah barang baby. Time Aisya baju newborn pun ada 3,4 pasang je. Memang masa pantang, husband kena beli lagi top up baju baby :p

Buat masa sekarang ni saya prefer beli barangan anak-anak secara online. Sebab kadang-kadang online boleh dapat lagi murah dari pergi kedai. Siap free postage lagi..hehe~

Kalau nak bershopping, mesti sesak Nak cari parking pun susah. Dengan kena berhimpit lagi. Memang tak dapatlah nak pergi kalau ajak husband :p

Sebab tu saya haruslah bershopping secara dalam talian @ online saja. Senang sangat, dengan anak-anak kecik lagi kan. Memang bagus sangatlah Lazada buat Online Revolution ni.


Dengar kata banyak barangan masa sale Lazada OnlineRevolution tu nanti. Sale bermula dari 1 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Haruslah set dalam calendar ye. J
                                                                   


Target nak cari beg macam ni senang nak bawak barang anak-anak :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA