Monday, July 18, 2016

Adam yang menguji kesabaran~

Assalamualaikum~

Weekend baru ni duk melepak di rumah saja. Nak jalan raya confirm jem kan. Sabtu pagi-pagi husband keluar mencari rezeki sampingan. Nasib baik kakak datang, takdelah bosan sangat.

Tengah hari tu husband balik makan. Lepas zohor keluar balik. Adam mengamuk teruk nak ikut. Sungguh-sungguh nak ikut ayah dia. Sejak dua menjak ni saya perasan Adam suka sangat nak keluar rumah. Jadi kaki jalan sekarang ni pulak. Confuse jap ikut sape..huhu~

Masa mengamuk pujuklah, pastu bawak kat kakak, konon dengan harapan dapat jadi penyelamatlah. Hampa. Dia pun nak balik, ada janji dengan kawan dia nak pergi shopping. Kesian tengok Adam beriya-iya nak keluar. Kalau masa tu tak hujan lebat memang dah pergi ikut kakak dah T_T

Ada amik gambar, tapi tersnap sekali diri sendiri pulak..huhu..memang budak2 pe'el camtu ke? Semalam masa ayah dia keluar main bola pun perangai menguji kesabaran ibu dia ni. Dah jadi tarzan dah rase. Segan la jugak kat jiran, tapi geram sangat!

Adam please be a good boy. Ni baru anak sorang. Risau lak rase :p

Friday, July 15, 2016

Coretan 10 Syawal~


Assalamualaikum~

Hari ni lawat blog orang, ramai lagi yang share gambar raya sekeluarga. Sedih jap, sebab kitorang takde gambar raya satu keluarga. Yang ada, wefie saya, husband & Adam. Comel sangat Adam masa tu sebab tengah senyum lebar sampai mata sepet..hehe..tapi memory kad problem pulak. Tak leh nak tengok balik. Kena tengok kat handphone husband la... T_T

Adam yang paling untung masa raya, dapat kereta mainan yang boleh duduk dalam tu. Ayah saya ngan mak mertua sumbangkan dana untuk beli. Kena tambah sikit je la duit raya Adam. Terpaksa guna dulu la sebab ibu dia sekarang takde bajet lebih..huhu~

contoh~

Gambar dalam handphone hilang sebab memory card crash. So, tengok gambar google je la ye. Sori..huhu. Weekend ni boleh bawak Adam main kereta dia kat mana-mana tempat lapang. Putrajaya pun ok gak kan? Hehe~

Saya sekarang ni terjebak dengan page IIUM.Suka pulak baca pengalaman-pengalaman bebudak sekarang ni. Yang popular sekarang yang 'Alim konon'..hehe. Teringat kenangan lama dengan husband dulu. Dah jadi memori dah pun, benda dah lepas. Cuma bila teringat, buat saya terfikir tak semestinya orang yang berlagak alim tu baik. Dia pun manusia biasa seperti kita juga. Cuma saya fahamlah, orang akan sakit hati dia buat macam tu sebab akhlak dia tak menggambarkan perlakuan dia...huhu~

Apa yang penting? Kita jagalah diri kita dulu. Cuba jadi yang terbaik, luar dalam. Nak judge orang lebih-lebih pun kita ni banyak gak kekurangan. Dulu time bercinta selalu gak saya kutuk-kutuk orang tu. Tapi sekarang belajar untuk jadi lebih matang..hehe. Masing-masing jaga hidup masing-masing kan~~ :)

Thursday, July 14, 2016

Raya ke-3 sebagai isteri orang~

Assalamualaikum~

Pejam celik pejam celik dah hari khamis dah. 4 hari bekerja lepas cuti seminggu. Tak habis lagi beraya rumah sedara. Weekend ni kalau takde apa-apa pergilah kot beraya. Mood raya masih terasa ni..he he

Tahun lepas mana ada mood raya. Seminggu sebelum raya dah cuti sebab ayah mertua masuk hospital, major operation. Habis duit untuk beraya kat bilik hotel..huhu..sebab hosp Kuala tganu, rumah mertua kemaman. 2 jam perjalanan, takkan nak patah balik kan...

Teringat husband dapat gak beli satay, makan kat bilik hotel. Pagi raya terus pergi hospital balik. Memang kat sana setiap hari ulang-alik hospital je. Baju raya pun beli kat sana sebab memang tak bawak baju banyak. Ingat nak lawat sekejap je sebab patutnya tahun lepas kampung saya pulak. Sekali tengok, teruk gak keadaan ayah mertua masa tu. Husband je anak laki yang besar, lagi sorang baru 6 tahun. Memang tak beraya tahun lepas, cuti pun habis kat situ je. Alhamdulillah ayah mertua ok la..

So, tahun ni camne pun kampung saya pulak la kan. Hati parents saya kena jaga gak walaupun saya tak kisah sangat beraya mana dulu. Mak saya adalah seorang yang tak menunjukkan sangat perasaan dia. Susah nak tau. Sebab tu camne pun kena adillah. Dahlah mak saya baru ada sorang je cucu.

Pagi raya try call Mak mertua nak wish raya, call tak berjawab sebab sibuk open house. Pukul 11 lebih call lagi baru dapat. Husband cakap dulu, sayu je tengok. Anak Mak la katakan..huhu.. Nangis Mak mertua sebab first time raya pertama tanpa anak dia sorang ni. Saya lak tak leh orang nangis-nangis ni..

Sekejap je beraya kampung saya sebab tu saya ajak husband balik awal. Takdela terasa tak adil sangat kan? Petang tu terus gerak ke tganu dengan baju raya tak tukar pun ~ :p

Wednesday, July 13, 2016

Selamat Hari Raya~


Assalamualaikum~



Walaupun macam dah terlambat nak wish, saya di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan yang membaca blog ni~ :)

Cuti seminggu, walaupun cuti tak banyak. Sampai kena ambil unpaid leave..huhu..bertabahlah ye, kalau tak dapat KPI bagus tahun depan redhaaaaa je laaaa. T_T

Raya tahun ni kitorang sambut sederhana saja. Tahun ni Adam dengan ayah dia recycle baju tahun lepas aje. Setahun sekali je pakai pun kan. Saya pulak Alhamdulillah ada baju baru, tu pun sebab mak saya bagi semua anak-anak perempuan dia baju..hehe. Kalau tak saya pun recycle saja. Sayang jugak nak beli mahal-mahal. Pakai sekali-sekala je. Pergi kerja pun pakai jeans dengan t shirt je. 

Mak bagi dua pasang baju kurung. Sehari sebelum raya ayah pulak bagi sepasang lagi. Sehari sebelum nak raya, husband bagi lagi satu jubah. Dah cakap tak yah beli, simpan je duit sebab raya memang banyak nak guna duit. Tapi dia beli jugak, setahun sekali katanya. Moga dimurahkan rezeki semuanya. Amin~

Adam walaupun takde baju melayu baru, tapi ada beli jugak baju jalan lain untuk dia. Husband banyak beli baju pakai siang dia. Berapa pasang jersi euro 2016 la T_T. Saya pulak dapat je gaji terus beli sepasang baju jalan Adam; seluar jeans dengan t-shirt polo. Mahal jugak baju budak ni kan..huhu. Biarlah, Adam tak banyak pun baju jalan. Kesian dia. Nak raya ni kan. Kat Jusco jumpa lak 3 t-shirt RM30. Amiklah lagi..hehe. Balik kampung mak saya ada bagi lagi sepasang, jenis macam coverall. Comel sangat! Alhamdulillah~

Oh, husband dapat gak satu t-shirt raya. T-shirt Man U, beli kat warehouse sale The Store. Dari RM88++ jadi RM20++. Oklah, nampak smart gak dia pakai. Hensem :p

Raya tahun ni berlalu dengan tenang kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun lepas beraya kat hospital. Semua lari plan. Tahun ni, saya rasa adil la. Dua-dua belah rumah sama lama habiskan masa. Mula-mula gaduh gak pasal balik kampung. Last-last saya amik cuti awal, jadinya puas la hati sikit walaupun gaji kena tolak T_T

Mula-mula takde idea nak tulis apa. Tapi bila dah tulis ni, rasa macam nak mengarang je lagi. Tak puas rasa :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA