Friday, January 8, 2016

Adam Setahun Lima Bulan~


Assalamualaikum~

Rabu hari tu hari Adam check up 17 bulan. Macam biasa sekarang klinik kesihatan kena bayar RM1 kalau anak dah setahun ke atas. Oklah, tak kisahlah kan. Cek berat, cek panjang, cek kepala. Berat Adam maintain sama je macam dua bulan lepas, 7.7kg. Kecik je kan? Hari tu pergi klinik pakar pun doktor cakap kecik Adam ni. 

Oklah tu tak turun sebab Adam kan baru baik muntah-muntah & cirit-birit. Kalau ikutkan kena pergi pakar zat pemakanan / check up 2 bulan sekali sebab berat tak cantik. Tapi nurse tu bagi 3 bulan lagi. Ok lah. Cuti manalah ada kan. Ni pun tak tahu nak pergi ke tak. Rasa macam nak terus ke 2 tahun punya check up je. Sebab ada injection kan 2 tahun tu. Emm...

Untuk check up baru ni Adam kena buat saringan Autism. Ada M-chart kalau tak silap dalam buku check up tu. Untuk disaring masa umur 18 bulan dan 3 tahun. Banyak  gak dia saring. Alhamdulillah, nurse cakap Adam ok setakat tu. Nanti 3 tahun buat semula sebab sekarang memang tak boleh nampak sangat lagi.

Banyak yang dia tengok, antara yang saya ingat:
1. Kepekaan Adam
2. Pemahaman 
3. Boleh bertentang mata lebih 2 saat
3. Kalau suka main benda bulat - ada kemungkinan Autism
4. Dah ada 2,3 patah perkataan yang boleh difahami- yang ni Adam memang tak lepas. Lambat gak Adam nak cakap ye..huhu~
5. Boleh berinteraksi dengan kita
6. Suka berkawan - sebab kalau Autism tak suka bergaul.
7. Suka tiru apa yang kita buat

Banyaklah lagi. Tak ingatlah. Kena tengok balik buku check up tu. Baguslah check. Kita pun tak tahu ada check kan benda-benda macam ni.

Tapi, budak laki memang lambat cakap ke eh? Adam jalan cepat. 9 bulan dah berdiri dan terus jalan. Cuma meniarap sendiri tu lambat, 5 ke 6 bulan gak kot. Bila pandai je meniarap sendiri terus boleh duduk & berdiri. Laju terus perkembangan dia. Cakap je tak boleh faham lagi.

Tapi, Adam faham dah kebanyakan apa yang saya cakap. Arahan yang saya bagi dia boleh buat. Rambut je tak lebat-lebat lagi. Adik sedara dia dah berapa kali cukur & potong rambut dahhh...dia baru sekali je cukur....huhu~

Sayang Adam...hehe~






Kalau Korang Nak Travel, Ini Ada Satu ‘Barang Baek’ Untuk Korang. Nak Tahu Apa?

Thursday, January 7, 2016

Pejabat pos & ber coffee~

Assalamualaikum~

Semalam half day sebab babysitter cuti. Pagi mintak tolong kakak jaga. Nasib baik ada kakak duk dekat..hehe~

Tengah hari balik kerja singgah pejabat pos. Dapat no 1095. Masa tu baru 1055. Mak oiii..40 orang lagi tuuu. Tunggu punya tunggu saya decide balik amik Adam dulu. Sebab pukul 2pm ada check up Adam setahun lima bulan.

Balik solat, tunggu kakak makan. Pastu kuar balik. Masa tu tawakal je harap no tak terlepas lagi. Masuk je pejabat pos, no 1094 baru panggil. Alhamdulillah. Rezeki..huhu~

Setelkan urusan dan terus ke klinik. Klinik kerajaan biasalah kena tunggu lama kan. Nasib sejam lebih setel dah cek. Adam kena isi M chart. Saringan untuk autism. Setakat ni alhamdulillah OK. Next cek bulan 3.

Pastu kakak ajak pergi zawara coffee. Nak cuba churros. OK lah. Jom~


Cuba cari benda tersembunyi :p


Budak tak leh duk diam.

Habis satu kedai Adam explore. Payung orang pun dia nak amik. Malu ibu Adam oii. Nasib tak ramai orang masa tu.

Try churros with ice cream dengan butterscotch machiato. Gambar takde..huhu~

Bagi saya churros cam kureng la. Agak dense isi dia. Air plak mungkin saya patut order frappe kot. Silap la....dahla mahallll..huhu~

Takpelah. Teringin nak try je zawara ni. Oklah dah try. Next~~~ :p




19 Most Jaw-Dropping Then-And-Now Photos Of Hollywood Celebs You Need To See


Tuesday, January 5, 2016

Melaka Bird Park~


Assalamualaikum~

Ni aktiviti lama. Baru nak post. Hehe. Cuti krismas hari tu balik kampung di Melaka. Rasanya saya pernah cerita kat entri NI.~

Mula-mula plan nak balik Sabtu sebab malas nak tempuh jem. Tapi selalunya kita hanya merancang..huhu. Balik Ahad gak, tapi pagi lah. Malam tu tengok berita jem teruk highway. Nasib baik balik pagi tu..huhu~

Adam pun masa tu tak berapa sihat, tapi aktif. Kesian dia nak sangat berjalan. Sebelum masuk highway husband ajak singgah Melaka Bird Park.

Harga tiket: RM17 kot tak silap. Boleh tengok senarai harga kat gambar bawah ni ye. 





Burung-burung dalam tu memang semua lepas bebas. Ayam pun ada tau..hehe. Ada jual makanan burung gak. Kita boleh bagi sendiri. Tapi burung kat sana ganas lah. Main rampas-rampas pulak bekas makanan tu. Habis terabur. Macam tak cukup makan je gaya.

Bagi saya tempat menariklah sebab harga pun ok lagi. Tak besar mana, tapi ada jambatan kena memanjat untuk tengok burung dengan lebih jelas. Lif adam tapi rosak masa tu.





Puas hati lah dapat berjalan si Adam tu. Tapi kerja dia asyik menyorok belakang ibu dia. Takut tengok burung tu. Hehe. Tapi bila nampak ramai budak-budak dia yang berlari pergi sesuka hati dia. Nak berkawan lah tu :)




Geram dengan Adam ni. Dah makin banyak akal. Dalam geram terhibur gak dengan telatah dia. Hari ni ayah Adam takde outstation. Kena jadi supermom lah 3 hari ni. Nasib baik kakak duk dekat, boleh mintak tolong..huhu~

Rasa macam nak drive pergi Johor jumpa husband je kalau ikutkan. Peduliklah emergency leave pun..hehe. Esok memang dah apply half day. Nasib baik fikir esok ada check up Adam je kat KK dan kena amik barang kat pejabat pos. Kalau tak bila lagiiii~ :p


Travel Excuses: What’s Stopping You from Traveling?


Monday, January 4, 2016

Selamat Hari Pertama Sekolah~


Assalamualaikum~

Hari ni rasa lemau je. Sebab biasalah kan hari pertama sekolah. Jalan dah start banyak kereta. Hari ni pun babysitter minta cuti sebab anak dia darjah satu. Jadinya saya pun kena cutilah. Rabu pun babysitter minta cuti lagi sebab anak masuk asrama...huhu..nak buat macam mana. Nanti anak dah besar saya pun macam tu kot.

Ofis pun lengang hari ni. Ramai yang hantar anak sekolah. Team saya dua orang je tinggal dari 6 orang. Kalau ikutkan saya pun takde, tapi tak jadilah. Saya minta half day je la. 

Nasib baik Adam dah ok. Malangnya lepas Adam ok, saya pulak berjangkit. Cirit-birit dan tak selera makan. Sejak hari Khamis hari tu. Nasib baik semalam dah ok. Dah start boleh makan semua. Kuat betul virus Adam ni. Seksa rasa, dahlah husband kena pergi outstation, dengan kerenah Adam nak kena layan  lagi. Kepala dahlah tengah pening tak larat sangat rasa..huhu~

Nasib baik dah berlalu. Jadi untuk peringatan masa akan datang ni. Make sure handle najis anak yang kena virus tu dengan baik. Jangan share minuman atau makan.



11 Must-Read Stories Of Malaysian Heroes In 2015


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA