Wednesday, November 18, 2015

Adam 1 year 3 months~

Assalamualaikum~

November 5 hari tu genaplah Adam setahun lima bulan. Makin aktif. Makin banyak akal. Tapi kecikkkk je orangnya. Kurusss. Ikut mak dia kot...huhu..

Pantang nampak straw. Suka makanan manis. Susah nak makan. Kena paksa. Haih! Pening ibu~

Layan sikit gaya dia ni:










Kan dah bagitau pantang nampak straw. Tu air jus mangga ayah buat sendiri ye. Bekas air tu recycle sebab cantik. Dapat masa makan kat boat noodle hari tu..hehe~

Bila entah Adam nak start cakap perkataan yang boleh difahami. Dia faham dah kalau kita cakap dengan dia. Kadang suruh amik remote TV, dia amikkan. Suruh pergi kat ayah, dia pergi. Memang nampak dia faham dah. Tapi bila nak start cakap ni Adam oiiii~~~ tak sabar! Mesti comel...hehe


Simply share your best outfit and hashtag #My120Look to win RM250 worth of Zalora vouchers before 30 Nov 2015! Click here for more details.

Tuesday, November 17, 2015

15 Barang Penting Sebelum Melahirkan Anak!


Assalamualaikum~

Menunggu kelahiran baby baru memang sesuatu yang menyeronokkan. Perasaan tak sabar tu confirm ada kan? Di sini saya nak share 15 barang penting yang perlu ada.

B102

1. Dokumen berkaitan.
2. Selipar yang selesa.
3. Toiletries secukupnya.
4. Sarong atau apa-apa pakaian yang selesa.
5. Back massager. Kenapa? Klik sini untuk tau.
6. Handphone dan charger! Sangat penting.
7. Baby wipes.
8. Makanan ringan seperti roti, biskut.


2ef4
Bila saat melahirkan:
9. Kamera untuk rekodkan saat penting.
10.Dry shampoo. Apa tu? Klik sini.

Masa nak check out:
11.Pakaian dalam yang selesa.
12.Diapers.
13.Extra bags.
14.Herbal soup.
15. Pelbagai kelengkapan baju bayi.

Simple kan? Tapi penting. Untuk tahu lebih lanjut klik sini. Atas tu saya summarizekan saja..hehe~

Pray for humanity..

Assalamualaikum..

Sekarang kecoh pasal bom di Paris. Macam-macam teori keluar. Badan berkecai, tapi passport elok pulak. Tak pasal-pasal Syria dibom oleh perancis atas nama balas dendam. Takde bukti lagi tapi terus serang Syria.

Yang jadi mangsa orang yang tak bersalah. Rakyat biasa, kanak-kanak. Tak kesian ke tengok gambar tu semua? Kenapa bila Paris kecoh satu dunia? Macam mana dengan Syria, Palestine, rohingya dan lain-lain negara yang ditindas?

Saya tak berani komen siapa salah atau siapa betul. Sama-samalah doa agar umat Islam di dibebaskan dari fitnah. Kenapa Islam asyik difitnah dan dicerca? Kadang-kadang terfikir jugak. Kita tak kacau orang pun kan. Islam kan mengajak pada keharmonian.

Takut. Dunia dah akhir zaman. Macam mana kita esok? Apa nasib kita?






Gambar FB

Monday, November 16, 2015

Santai Ahad~

Assalamualaikum~

Selamat ber'monday blues' semua! Biasalah hari Isnin banyak kerja kena catch up. Maklumlah kerja kilang 24 hours production. Semalam pun kena ot. Tapi, atas hasutan husband saya datang, tapi sekejap je. Tak sampai setengah jam. Biasalah orang tu injured main bola Selasa hari tu. Sampai sekarang tak baik lagi luka tu. Kesian pulak nak tinggal dia berdua je dengan Adam yang lasak tu.

Lagipun ahad je ada masa untuk hang out satu family. Sabtu husband kul 7 pagi dah keluar ada program ofis pastu meeting sampai rumah pukul 8 lebih malam. Bosan betul seharian duk rumah tanpa dia Sabtu tu.

Semalam dia ajak breakfast dekat teh tarik place bangi. Tapi jauh sangat sebab saya kena masuk ofis. Malas nak terkejar-kejar. Saya ajak pergi kat Putrajaya je. Kat Ayer8 pun ada teh tarik place. Tapi tak pernah try pun lagi.

Tapi bila tengok oder baru tau menu antara bangi dengan putrajaya tak sama. Husband nak makan nasi dagang, tapi Putrajaya takde. Banyak gaklah yang bangi offer. Dah sampai pun kan, oder je la apa yang ada. Nasi lemak ayam, roti planta, keropok dan teh tarik cawan besar kongsi dua orang. Bajet-bajet romantik.. :p




Kitorang duduk sebelah tingkap. Cantik view ngadap tasik. Nampak masjid besi kot skali. Overall view best. Nampak feri lalu lagi. Makanan okay jugaklah. Standard lah. Tempat pun selesa.

Lepas tu pergi klinik cek kaki husband & pergi kerja. Takde mood pun nak kerja semalam. Nak berjalan..huhu~

Lepas setengah jam kerja, pergi beli barang dapur sikit. Singgah menyinggah akhirnya balik tapau makanan je~

Tak puas weekend camni :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA