Friday, November 13, 2015

Hati-hati di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Assalamualaikum~

Ahad lepas pergi Bukit Cerakah lepas singgah Karangkraf. Sebelum tu breakfast kat PKNS Shah Alam dulu~



Bhaiya teh tarik satu! :p

Tak leh tahan tengok Adam. Tak nak duk baby seat tu. Boleh dia panjat sendiri kerusi tu. Berani tak berani dia? Tak padan dengan kecik!

Kalau ada dia, memang tak leh makan dengan tenang. Lari ke sana ke sini. Fuhhh, sabar je la.

Pastu baru gerak pergi Bukit Cerakah tu. Ada nama baru, bukit seri cahaya alam ke? Tak pasti lah. Ingat nak pergi rumah 4 musim, tutup pulak. Winter memang dia tak bukak ye?

Kitorang gerak dalam tu naik shuttle bus je. Panas, lagipun ada Adam. Singgah pun kat taman haiwan aje.

Sampai-sampai je dengar budak nangis. Tengok jari dia berdarah. Masa tu tak tahu kenapa. Jalan depan sikit nampak sangkar burung kakak tua.

Rupa-rupanya jari dia kena patuk dengan burung kakak tua. Aduii, kesiannya budak tu tadi. Mesti sakit sangat, dahla budak lagi. Dalam 2 tahun kot. Terus jaga-jaga pastu. Takut.




Untuk ibu bapa luar sana. Harap tengok-tengok anak. Jangan bagi dia hulur jari dalam sangkar.

Overall, memang seronok dapat jalan-jalan satu family :)

Rabun ke sombong?

Assalamualaikum~




Tengok-tengok fb terjumpa gambar atas tu. Saya salah seorang yang ada kaitan dengan statement tu..huhu~

Saya ni memang seorang yang rabun, tapi tak suka pakai cermin mata. Contact lens lagi la tak suka. Rabun sejak sekolah asrama form 4 dulu. Bajet nak study dalam dorm lepas light off la dulu. Study atas katil atas guna lampu koridor je. Result teruk gak, rabun yang dapat. Sabar je laaaa~

Sampai sekarang cermin mata buat letak kat kereta je. Kalau drive malam atau hujan lebat memang wajib kena pakai. Bahaya ooo tak nampak jalan.

Kalau kat ofis ke memana ke, saya lebih suka jalan pandang bawah. Sebab kalau pandang depan selisih dengan orang dari jauh tak nampak. Kabur je. Orang tu dah dekat baru berani nak pandang.

Ada je orang yang tak rapat fikir saya ni sombong. Tapi, takpelah. Nak buat macam mana. Tak nak pakai spek, ni la makannya. Ada kebaikan jugak kot. Orang kata dapat jaga pandangan. Tak gitu? :p

Thursday, November 12, 2015

Pengalaman urut + bekam ~

Assalamualaikum~

Isnin hari tu wassap akak yang urut saya masa pantang dulu. Minta akak tu buat pakej urut + bekam. Harga, saya rasa berbaloilah sebab dia datang dari Melaka kot. Jauh tu. Tu pun dia dah bagi diskaun, patutnya mahal lagi sikit..huhu. Time kasih ye kak Sal~

Sebelum ni last saya buat bekam time belajar dulu. Tahun 2008~2009 ke? Tak ingat sangat. Buat tu sebab kaki naik lebam lepas training Palapes. Sebulan pun ungu je lagi kaki tu. Masa tu nak urut refleksologi kaki tu je. Pastu akak urut tu offer buat bekam sebab saya cakap ada lebam kat kaki. Macam orang mengantuk disorongkan bantal, saya ikut je lah. Buat 3 cup je kot masa tu. Satu kat kaki lebam, 2 kat bahu. Maklumlah masa tu Palapes training selalu kena lari angkut beg pasir 10kg, Berat ok! Huhu~

Masa tu seram je tengok akak tu hiris kulit guna pisau cukur tu. Tahan aje lah. Tapi lepas sehari dua tu memang lebam tu hilang. Bayangkan sebulan tak hilang-hilang, lepas bekam terus hilang. Masa tu fikir bagusnya bekam ni, Bekam ni kan sunnah. 

google~

Pengalaman bekam tahun 2015 pulak. Lepas 6~7 tahun saya buat semula. Tapi kali ni saya buat satu badan belakang. Sekarang tak pakai pisau dah. Dia pakai jarum. Tapi pedih gak lak, macam kena gigit semut tu. 

Sebelum bekam, urut satu badan dulu. Last saya urut masa pantang dulu. Adam baru umur seminggu lebih. Lambat urut sebab saya kena duk hospital 5 hari sebab caeser. Adam pun kena tahan 3 hari dalam nursery untuk masuk antibiotik. Dulu takde lah sengkak bagai ni sebab operate. Patutnya lepas 44 hari kena urut lagi tapi saya tak buat. Takde bajet..huhu~

Masa dia tolak rahim ke atas boleh dengar ruang-ruang kosong dalam perut. Bergerak-gerak nak bagi ruang untuk rahim tu ke atas. Kagum jap saya. Maklumlah first time. Akak tu urut tak sakit pun. Selesa je, macam spa je rasa. Sedap je rasa.

Yang tak sedap tu bila start bekam. Berdebar-debar rasa. Mula-mula bekam tarik angin, lepas tu dia cucuk-cucuk pin. Pedih rasa. Masa tarik angin tu pun dah rasa sakit sikit. Macam kena cubit kulit belakang tu..huhu. Dari leher sampai ke kaki buat. Badanlah yang paling baanyak toksik. Pekat. Kaki ok je. Leher pun macam kurang. Biasanya leher banyak kalau ada darah tinggi. Kaki pulak selalunya orang tua la banyak.

Hari ni 3 hari lepas bekam. Lebam-lebam lagi badan ni. Sakit pun terasa-rasa lagi. Malam lepas bekam tu lagi teruk. Nak sandar sakit! Kena cari tempat lembut-lembut je nak sandar. Macam alien je berbonggol-bonggol belakang. Huhu~

Harap-harap cepatlah hilang parut jarum-jarum ni..huhu~

Jangan takut untuk bekam. Saya rasa contraction berkali ganda sakit dari bekam ni...huhu~ :p

Untuk kesihatan sendiri jugak. Lepas saya siap, saya minta akak tu urut Adam sekali sebab dia tak berapa sihat dan asyik meragam je. Banyak angin, kaki pun berbunyi-bunyi kena urut. Bagus la kot~

Bila nak bekam lagi? Tunggu dulu lah kot...hehe~~

Wednesday, November 11, 2015

Adam main buai ~

Assalamualaikum~

Semalam cuti Deepavali. Selamat Hari deepavali bagi yang menyambutnya. Lambat pulak wish.

Semalam officemate husband ajak berbbq di Bukit Ekspo, UPM. Segan sebenarnya, semua saya tak kenal. Jadinya saya ajak kakak..he he..

Semua geng-geng alim. Maklumlah geng usrah husband. Rendah je diri rasa..huhu. Cakap pun ana anta anti ukhti zaujah. Saya tak pandailah. Cakap biasa-biasa je. Banyak senyap melayan Adam je saya semalam. Agak kekok, maklumlah saya ni bukan jenis peramah.

Ada taman mainan kat situ. Layan Adam je la. Gambar aktiviti BBQ tak amik sebab memang macam join tak join je. Tapi kambing sedappp..hehe~




Adam dah pandai main buai sendiri. Saya nak pegang dia tak bagi. Siap suruh saya main buai sebelah lagi. Pastu ketawa-ketawa..comel! Besar dah Adam ni..dulu kecikkkk je..huhu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA