Wednesday, November 11, 2015

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip


Assalamualaikum~



Terjumpa satu giveaway yang menarik!

Sejak dua menjak ni hati ni tersuka pulak dengan AJ, Dulu pelik kenapa orang suka sangat dengan AJ..hehe.

Komen pasal blog ciktulip:
1. Sangat simple.
2. Kemas.
3. Tak serabut pening kepala.
4. Nice~ :)

Kena tag kawanlah pulak.
1. MV. (sebab peminat AJ)
3. Kak Dieyna
Kalau boleh nak tag semua geng..hehe~

Monday, November 9, 2015

Segmen Kembara Burung Hantu~


Assalamualaikum~

Terjumpa satu segmen ni. Cantik banner dia. Tajuk pun misteri je kan? hehe~

Jom cuba nasib!


Hehe :)

Warehouse sale karangkraf di Shah Alam~

Assalamualaikum~

Semalam hari terakhir jualan gudang karangkraf. Pagi tu mood husband baik, pagi-pagi dah ajak keluar. Dalam kereta baru discuss mana nak pergi. Saya cubalah cadangkan tempat warehouse sale ni. Kalau ramai tak yah singgahlah. Tengok dulu.

Pukul 9 sampai sana. Orang pun baru sampai, tak ramai lagi. Parking dapat depan khemah je. Apa lagi, terjahlah. Ingatkan nak pergi sorang je. Husband pun nak ikut gak..huhu~

Pada pendapat saya jualan ni memang berbaloi-baloi. Banyak sangat novel murah. Semurah RM3 dan RM5!! Juling mata tengok banyak sangat! Nasib baik takde bajet je. So, boleh amik sikit je la..huhu~



Gambar tak clear sangat.


Banyakkkk sangatttt!


Novel tu semua RM14. Caya tak?? Serius kalau ada bajet memang borong habislah. Ni nak baca nye pun tak tahu lagi ni. Abaikan tangan dengan kaki si kecik Adam tu. Sejak ada Adam memang satu novel amik masa berbulan gak nak habis..hehe~


Ada gak bahagian husband :p sibuk je~
Yang ni mahal sikit. RM48 untuk 3 buku.

Sekejap je singgah. Masa nak balik tu tengok penuh dah parking. Orang baru nak ramai. Bestlah dapat pergi warehouse sale ni. Terbaik! Next time harap boleh pergi lagi ;D

Thursday, November 5, 2015

Bila nak siap busy book ni??

Assalamualaikum~


Sebulan dua ni aktif tengok page homeschooling. Terjebak nak buat sendiri. Barang-barang dah beli untuk starting. Zip, butang, kain felt dan alatan menjahit. Punyalah excited

Tapiiiii....sampai hari ni hanya ni je yang berjaya. Seterusnya tak tau bila nak sambung..huhu




Kenapa tak siap-siap?

Kalau kat rumah masa banyak main dengan Adam je. Tak berani pegang jarum depan dia. Tajam tauu. Maklumlah jarum baru tu..huhu~

Bila Adam tido? Saya pun tido. Dah tu bila nak siapnya lahaiiii. Yang zip ni pun Adam tak pandai sangat nak bukak. Tapi zip beg dengan purse saya laju dia bukak..

So, nak teruskan ke tak nak ni ye. Tangguh-tangguh mahu tahun depan tak siap-siap gak ni.. :p

Emm..ikut mood je la nampaknya. Adam kena bersabarlah dapat ibu macam ni ye :p

  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA