Thursday, August 20, 2015

Adam yang rajin~

Assalamuakaikum~

Adam..hari ni nak cerita pasal Adam je. Nanti kalau anak dah 2 baru citer benda lain pulak kan.. :)

Adam sekarang rajin sangat buat sepah rumah. Seret beg 1 rumah. Tolong 'kemas' pinggan mangkuk. Macam-macamlah anak bujang sorang ni.

Kelmarin dia nangis teruk sangat. Macam kembung perut. Saya suspek sebab saya minum teh banyak sangat. Kesian Adam. Asyik berak-berak je. Pastu mengamuk je macam sakit sangat. Nasib baik sehari je. Semalam kakak saya jaga, dia kata Adam kentut kuat giler..huhu..lega kot tu dapat buang angin. So next time tak leh nak minum teh sampai tahap melantak la nampaknya. Sian Adam sebab bf lg.

Adam suka kartun robocar poli. Dia suka main vakum. Dia suka main air. Marah sangat bila nak angkat dia bawak keluar dari bilik air pas mandi. Siap duduk atas lantai tunjuk protes.

Adam pandai dah sekarang. Kalau nak masuk bilik air, dia tunggu saya pegang tangan dia. Sebab dia pernah jatuh terbaring. Nasib baik takde apa.



[Nak vakum mana lagi ni ibu~]

Terhibur dengan setiap telatah dia :)




[Selfie sikit~]

Monday, August 17, 2015

Happy 2nd Anniversary~

Assalamualaikum~

Hari ni genap 2 tahun usia perkahwinan saya dengan incik suami. Kejap je masa berlalu. Bulan lapan ni penuh dengan celebration. Birthday husband, birthday Adam dan wedding anniversary kami :)

Panjang lagi perjalanan ni. Moga semua urusan dipermudahkan Allah SWT~

Hari tu ada borak-borak pasal bersalin kat pantry masa lunch hour. Diorang cakap masa nak bersalin tu jangan sembarangan doa tau. Nak doa tu biar jelas dan terang. Sebabnya ada sorang ni citer pengalaman dia. Dia takut sangat nak bersalin, doa dimudahkan. Last2 memang senang, tapi krna czer. Wallahualam.

Tapi masa saya nak bersalin dulu pun, saya mintak bersalin awal sikit sebab minta cuti awal seminggu dari due date. Pastu orang tengok asyik komen lambat lagi ni.

Last2 memang saya bersalin awal seminggu, sebab leaking. Pastu kena induce. Jalan lambat bukak. Last2 kena czer..huhu..kebetulan je kot. Tapi memang tak rugi la cuti awal. Memang masuk hospital awal seminggu. Sambung cuti raya sebab due saya seminggu pas raya dulu. Nasib baik sempat makan puas2 time raya..he he.. :)

Jauh lari tajuk.. :p

Thursday, August 13, 2015

Budak baru belajar~

Assalamualaikum~

Adam dah setahun. Raya hari tu ada bawa dia main kat taman permainan. Main gelongsor, tapi saya pegang.

Baru-baru ni bawa dia main, tapi saje lepaskan dia. Camni gaya dia..huhu ;















Haha~

Monday, August 10, 2015

Adam dah setahun!

Assalamualaikum~

Pejam celik pejam celik dah setahun dah umur Adam. Satu-satunya anak saya setakat ni. Babysitter pun dah asyik tanya bila Adam nak dapat adik..huhu..sabarlah ye kak. Takde rezeki lagi~

5 ogos hari tu besday Adam yang pertama. Takde celebrate pun, kecik lagi tak tahu benda pun lagi.

Adam tengah membesar dengan pesat sekarang ni. Seminggu dua ni saya perasan dia suka ikut apa orang buat walaupun baru sekali je tengok. Kena berhati2 sekarang ni. Tak nak dia ikut yang tak elok.

Kadang2 bila dia nak perhatian, dia letak jari kat hidung macam nak korek hidung. Sebab dia tahu saya akan tegur dia. Ketawa mengekek2 dia kena tegur. Banyak kali buat. Ayah dia la ni yang ajar. Sebelum ni dia korek telinga je, ayah dia pergi letak jari kat hidung pulak.

Adam dah makin pandai sekarang. Hari tu amik cotton bud nak korek telinga sendiri. Thermometer telinga tu pun dia tahu kena letak kat telinga.

Harapan saya agar Adam dapat membesar dengan sihat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA