Monday, April 13, 2015

Ruam susu Adam~


Assalamualaikum~

Lama tak update blog sebab masa banyak habis untuk family dan kerja. Maklumlah sekarang ni ada baby dah. Nak mintak melayan je kalau bangun. Ni tengah tidur boleh lah nak bukak laptop. Kalau dia nampak laptop ni memang kena serbu lah. 

Citer pasal ruam susu ni. Ruam ni biasanya terjadi pada pipi baby yang menyusu badan selalunya. Orang kata susu badan ni tajam. Saya pun tak pasti, tapi tu apa yang orang cakaplah. Adam start ada ruam ni masa umur dia 6 bulan. Sejak dari tu dah macam-macam saya cuba. Ubat klinik dah 2,3 ubat dah dapat. Shaklee pun saya dah cuba. Mula-mula tengok macam berkesan, tapi bila dah nak baik dia jadi berair lepas letak krim Shaklee tu. So, saya stop dulu. Letak balik krim doktor. Sampai satu masa saya macam give up, sebab dah tak tau nak letak apa untuk sembuhkan ruam tu. Sabun pun saya guna Sebamed sekarang. 

Satu malam tu saya letak gel aloe vera yang mak saya bagi masa pantang dulu untuk baby. Saya tak pernah guna sebab takut dan tak yakin. Tapi lepas letak, tengok macam elok sikit ruam dia. Memang nampak ada pengurangan. Tapi kena letak selalu. Dah seminggu guna, tengoklah camne boleh hilang atau tak. Satu hari tak letak gel tu, ruam dia macam jadi merah. Emm..takpe kite tengok camne.

macam nilah rupanya~

Ada orang tua2 kata letak ibu kunyit sebab kunyit ni ada antibiotik. Babysitter saya pernah try, nampak ok jugak. Sekarang ni semua kena try an error je semua benda untuk baby kesayang ni~ 
:)

Friday, April 10, 2015

Adam dah 8 bulan~


Assalamualaikum~


5 April 2015 genaplah Adam 8 bulan. Berat 6kg sahaja. Panjang je yang banyak bertambah. Berat dia naik 0.05kg je dari bulan lepas. Risau bila family semua tegur kenapa anak kurus sangat. Tak pasti kenapa berat dia naik sikit sangat. Tiap hari saya hantar aje bubur je rumah pengasuh, cuma Adam ni dah pernah rasa makanan sedap kot. Tu yang bubur takde gula garam dia rasa tak sedap je. Next time kena buat bubur yang manis2 sikit kot. Contohnya macam bubur labu + kurma, bubur labu+kentang+ikan bilis. Yang ni nampak dia laju sikit makan..huhu~

Takpelah, asalkan dia sihat aktif oklah. Agaknya sebab Adam ni aktif sangat tu yang lemak tak sempat nak berkumpul kot..hehe. Perkembangan nampak laju. Sekarang ni dah boleh berdiri sendiri dan pernah berdiri tanpa pegang apa-apa untuk beberapa saat. Tapi gigi memang tak ada yang tumbuh lagi.

Adam ni sebenarnya mula-mula perkembangan dia agak lambat. Dia start meniarap sendiri masa umur 6 bulan. Anak orang lain, umur 3 bulan dah pandai meniarap sendiri. Kadang-kadang borak kat nursing room pasal anak, dengar jelah orang lain citer. Anak kita lambat, tapi takpelah asal sihat kan.

Masuk je 6 bulan, dia terus pandai meniarap sendiri. Rasa memanh excited. Beberapa hari lepas meniarap sendiri, dia terus duduk sendiri. Tak lama lepas tu masa 6 bulan tu dia terus pandai merangkak. Laju kan? Bila start je, terus berturut2. Bulan ke-7 dah start nak berdiri. Sekarang dah pandai diri sendiri dan pandai dah bertatih2.

Tahun ni, bulan Ogos akan genaplah Adam umur 1 tahun. Tahun depan boleh dapat adik..hehe. Tapi kalau tengok gaya, Adam ni manja sangat. Tak tahulah camne kalau ada adik nanti. Ibu dengan ayah dia rapat-rapat sikit, dia terus serbu nak join sekali. Padahal masa tu tengah sibuk main tu.

Ada satu masa tu, saya pergi mandi masa dia tengah tidur. Tetiba dia bangun cari ibu dia tak jumpa, nangis2lah merangkak cari ibu dia. Tak tahu macam mana dia tahu ibu dia dalam bilik air, dia berdiri luar pintu bilik air pastu ketuk-ketuk pintu bilik air tu. Pandai betul. Nasib baik tak tergelincir ke apa. Tapi excited la masa tu, pandai dah anak saya ni. :) Kadang-kadang fikir balik kelakar jugak.

Tak sabar nak tengok perkembangan seterus Adam saya ni :)


Wednesday, February 11, 2015

Puree untuk Adam~


Assalamualaikum~

Masa check up 6 bulan hari tu, nurse cakap Adam nampak lapar sangat. Cubalah bagi makan bubur nasi. Tapi saya ada baca banyak sangat blog, cakap jangan bagi bubur nasi sebagai makanan pertama sebab nanti baby sembelit. Ye ke tak? Lagi satu, nurse tu cakap kalau nagi buah-buah manis, bila kita bagi bubur nasi yang takse rasa takut dia tolak nasi tu.

Mungkin ada betulnya jugak kot. Puree pertama saya bagi Adam adalah puree Pear. Tu sebelum pergi check up saya dah try bagi. Adam suka sangat, Babysitter pun cakap Adam makan macam tak cukup je. Padahal saya bagi banyak gak untuk baby yang baru nak kenal solid food ni.

Lepas je nurse suruh try bagi nasi, weekend tu, saya buatlah bubur nasi campur baby corn sikit. Sangat susah nak bagi Adam makan. Dia tak nak! Asyik luekk kan balik je. Kena banyak sabar jugak rupanya nak bagi baby makan ni. Dia makan dalam 3,4 sudu je, Lepas tu saya perasan hari tu dia macam susah sikit nak membuang la. Saya tak tahulah kalau disebabkan makan nasi ke atau sebab benda lain. Petang tu akhirnya dia membuang, masa bersihkan saya perasan macam ada darah sikit. Adoii...kesiannya. Saya bersihkan ganas sangat ke sampai berdarah? Sebelum ni tak pernah jadi macam tu. 

Dua hari lepas tu saya try lagi bagi bubur nasi, dia masih tak suka nak makan. Masa tu kat kampung, pagi tu nak gerak balik rumah balik. Baby adam asyik menangis aje sepanjang perjalanan. Menangis yang sangat teruk. Buat macam mana pun tak jalan. Satu je cara nak tenangkan dia, kena dukung dan dodoikan dia. Dalam kereta memang susahlah kan. Serius, memang saya tak faham kenapa jadi macam tu. Ruam susu kat muka dia pun makin teruk, tak tau sebab cuaca panas ke, kering ke jadi camtu. Asyik nangis tak henti-henti. Sampai kat rumah pun tak tidor. Tidur bila penat, tapi sekejap sangat.

Esoknya saya hantar babysitter sebab kena kerja, tengah hari babysitter dah wassap. Bagi tau Adam asyik nangis aje, kesian dia tengok. Dia suruh saya balik amik Adam. Takpelah, saya apply, cuti replacement hours. Anak lagi penting dari kerja. 

Kat klinik, semua saya citer kat doktor, muka, kepala dia, badan dia. Asyik nangis je. Doktor cek perut dia. Memang sangat kembung! Bergema-gema doktor tu tepuk-tepuk perut dia. Kesian baby Adam. Orang kata mungkin saya salah makan masa kat kampung sebab saya fully bf baby, so patutnya makan memang kena jaga. Tapi sebelum ni saya main makan je, tak pernah jadi camni. Lagi satu mungkin tak boleh bagi makan nasi dulu. So, saya stop dulu nasi. Bagi buah dan sayur je dulu. Laju je dia makan~

Tak sabar nak tengok dia membesar~ :)

Monday, February 9, 2015

Baby Adam dah 6 bulan~


Assalamulaikum~


Pejam celik, pejam celik 5 Feb 2015 yang lepas genaplah Adam umur 6 bulan. Masa dia baru 5 bulan saya risau sebab dia masih banyak tak pandai lagi. Masih tak pandai meniarap sendiri, tak pandai golek sendiri. Tengok anak orang lain, 3 bulan dah pandai meniarap sendiri. 4 bulan ada yang dah tumbuh gigi. Huhu~

Tapi, bila banyak baca blog-blog lain, perkembangan bayi tu berbeza ikut individu tu sendiri. Baby Adam baru pandai meniarap sendiri masa dia masuk 5 bulan lebih. Tak sampai seminggu meniarap sendiri, dia dah pandai duduk. Sekarang dah 6 bulan dia dah pandai merangkak dan nak berdiri. Laju je dia. Tak boleh lepas pandang langsung. Kiranya baby Adam ni, walaupun lambat, tapi sekali dia dah start, memang laju terus. Speed up terus. Tak terkejar ibu ayah dia ni..hehe~

Hari tu pergi check up 6 bulan. Berat naik 100g je. Total berat baru 5.8kg. Panjang 62 cm. Tanya anak orang lain, masing-masing semua anak baru 3,4 bulan berat dah 6 kg camtu dah. Risau gak kenapa Adam ni kurus sangat. Bulan ke-7 kena check up lagi sebab berat naik sikit sangattt.

Baby Adam ni bijak je saya tengok. Normal la kan mak puji anak sendiri. hehe. Masa nak kena injection tu muka happy je, tapi bila dah duduk kat kerusi untuk kena inject, masa nurse tengah prepare barang dia pandang aje. Muka makin sedih. Macam faham je dia nak kena inject jap lagi. Lupa la nak transfer gambar. Masa kena cucuk tu, walaupun saya dah pegang sekuat hati, dia meronta-ronta sekuat hati dia jugak. Masa jarum dalam kaki dia, dia gerak kaki, menjerit sekuat hati dia. Sedih tengok. Nasib baik lepas ni , setahun kot baru next injection. Tak payah nak tengok anak kena inject lagi. Kesiannn.

Tak sabar nak tengok dia dapat kaki. Mesti lagi pening kepala ibu ayah dia ni nanti...huhu~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA