Tuesday, March 18, 2014

Permulaan~


Assalamualaikum~


Sekarang ni tak boleh nak up entri-entri gambarlah. Internet kat rumah sangat slow, sekarang ni curi masa tulis blog kat ofis je ni. Nasiblah tengah rehat sekarang ni. Leh mengular kejap..hehe..lunch tapau dengan kawan je. Jerebu kat Cyberjaya sangat teruk hari ni. Dalam bangunan pun boleh bau asap. Kesian baby ni kena hidu asap jerebu..huhu~


Oleh sebab tak leh nak up entri gambar, jadi tak leh lah nak up entri Sabah lagi. Jadinya, saya teringin nak cerita saat bermulanya saya tahu saya pregnant..hehe..mungkin bosan sikit~

Ramai tak tahu, leonerz sebenarnya nak sangat anak cepat. Tak sabar-sabar sangat..hehe. Saya pulak, malas nak fikir. Ada, adalah. Kalau takde, kite enjoy je lah dulu kan~

Nak masuk bulan ke-2 kawin, bila period aje, leonerz tunjuk muka kecewa. Kadang-kadang stress lak. Awal lagi kan, kite enjoylah dulu kan..hehe. Setiap bulan bila period aje, nampak dia sedih sikit. Maklumlah, kitorang ni duk jarak jauh kan. Jarang jumpa, kenalah sabar sikit kan. Leonerz asyik berharap je setiap bulan. 

Satu weekend tu dalam bukan Nov 2013, kitorang dating kat Alamanda. Masa tu hari Ahad tak silap. Malam tu dah kena hantar leonerz balik naik bas ke Johor semula. Saya masuk Watson, sekali nampak pregnancy test. Masa tu memang saya rasa dah lambat beberapa hari lah. Tapi, beberapa hari je lambatnye. Sebelum ni pernah gak test, pastu esoknya terus period...huhu~

Saya beli senyap-senyap je sebab leonerz tak bagi beli. Dia takut berharap sangat. Saya beli masa tu saje je nak test. Beli yang murah je pun sebab sebelum ni beli yg mahal sikit, tapi tak positif pun..huhu. Leonerz macam marah je saya beli, agaknya sebab takut kecewa kot.

Esoknya, bangun pagi saya terus test. Saya tengok kat test kit tu keluar dua line yang memang pekat. Biasanya kalau awal-awal kan warna dia cair-cair sikit. Macam tak percaya je tengok. Masa tu dah lah sorang-sorang, nak jerit kat leonerz dia kat Johor dah. Saya nak sangat leonerz tahu masa tu jugak. Jadinya, amik gambar dan mms ke leonerz pagi tu jugak. 

Saya call dia jugak sebab dia mesti tengah tidur lagi. Dalam mamai-mamai, dia kata tunggu dia datang hari Khamis ke Jumaat. Saya tak ingat. Dia nak teman saya check lagi sekali dekat klinik. Sanggup ponteng kerja tu. Dalam masa takut sangat berharap.

Pagi Khamis/ Jumaat tu, saya ajak dia cari klinik kesihatan aje sebab nanti kalau betul pregnant dah tahu nak buat buku katne. Alhamdulillah, bila test sekali lagi memang betul positif. Terus nurse suruh buat buku. Nasib baik leonerz ada sekali masa tu sebab dia nak tengok ic suami sekali kan. Kalau ikutkan hati, saya memang tak nak tunggu leonerz sebab nak sangat tahu betul ke tak saya pregnant masa hari Isnin saya test tu.  Sabar tu ada hikmahnya..hehe~

Masa check tu estimate dalam 5 minggu umur baby ni. Pastu, dalam bulan Dec 2013 hari tu pergi travel ke Tganu, balik kampung leonerz. Gerak awal pagi. Malam tu, masa tengah makan kat kedai rasa sakit perut sangat. Pergi ke toilet, tengok ada darah fresh keluar. Rasa takut sangat masa tu.

Keluar toilet, bagitau mak mentua pasal benda tu. Dalam masa yang sama rasa takut sangat sampai menangis dalam kedai tu..huhu..malunye..tapi, masa tu memang rasa risau sangat. Mak mentua kata darah tu kadang-kadang normal sebab baru lagi. Saya pun tahu tapi kemungkinan untuk terjadi sesuatu tu tetap ada kan.

Tengah malam tu terus pergi hospital Kemaman. Bila sampai turn, doc yang check tak nampak janin tu.Lagilah saya takut. Dahla menangis je on the way dari kedai makan ke Kemaman tu. Baru nak berhenti, dengar doc cakap camtu lak. 

Diorang refer pada pakar, doc pakar tu guna scan yang masuk bawah tu. Seriau je rasa. Pastu dia terus jumpa janin tu. kecik je. Jantung pun tengah berdegup lagi. Masa tu rasa lega sangat. Doc awal-awal tadi tu buat takut orang aje lah. 

Tak sangka saya akan rasa macam ni.  Mungkin sebab leonerz memang nak sangat kot anak. Atau saya sendiri tak tahu perasaan diri sendiri? huhu~

Macam ni lah gaya 5 bulan~


Pape pun, minggu ni dah nak masuk 20 weeks @ 5 bulan. Harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin~


Monday, March 10, 2014

Honeymoon Ekspress~


Assalamualaikum~

Dalam entri sebelum ni saya ada bagitau nak pergi Sabah dengan leonerz kan. Untuk pengetahuan korang, kami dah pun pergi dua minggu yang lepas. Kak Aima, jangan risau baby masa tu dah lepas 1st trimester dah, sebab tu berani pergi..hehe~ :)

Kitorang pergi 3 hari 2 malam aje, masa yang sangat-sangat singkat. Tapi puas hati la jugak. Destinasi percutian ekspress tu adalah Kundasang dan Kota Kinabalu. 

Kitorang tiba kat airport KK dekat-dekat jam 11 pagi. Terus call orang kereta sewa sebab dah kena rushing nak ke Kundasang terus. Kat sana dah booking hotel Kinabalu Pine Resort. Esoknye terus kena gerak ke KK, sebab flight Ahad pagi..huhu~

Gambar-gambar semua kat hp lagi, kamera tak mampu lagi nak beli. Guna hp pun cantik je..hehe. Gambar-gambar entri nanti-nanti la saya upload. Sekarang kat ofis, curi masa sikit sebab rasa macam dah lama tak update..huhu~

Sekarang ni kecoh pasal pesawat MH 370 yang hilang kan. Harap pesawat tu cepat-cepatlah dapat ditemui dengan selamat. Risau rasa, dahlah bulan 6 nanti mak, kakak dengan adik nak pergi Beijing. Harap semuanya okaylah.


baby development


Week 18: Dah boleh rase pergerakan halus dari baby..huhu~

Sunday, February 23, 2014

Week ke-16~


Assalaualaikum~

Harap semua tak bosan dengan title saya sekarang ni. Semua pasal minggu aje. Maklumlah nak blog pun weekend je baru ada masa. Dah alang-alang macam tu saya update ikut week je la..hehe..

Tahun ni semua dah tahu kan Johor sekarang weekend adalah pada hari Jumaat dan Sabtu SAHAJA? Manakala, Selangor pulak masih cuti macam biasa, Sabtu dan Ahad SAHAJA. Nampak tak perbezaan hari minggu untuk saya dan leonerz sekarang ni? 

Jadi, sekarang ni hari yang saya dan leonerz ada masa bersama adalah pada hari Sabtu SAHAJA. Nampak tak kesulitan duduk dan kerja di tempat yang tak satu negeri ni? Seksa rasanya. Macam hari ni, hari Ahad saya cuti, tapi leonerz semalam dah kena balik Johor sebab dia kerja hari ni. Dahla weekend je dapat jumpe, pastu masa berkualiti untuk kitorang pula hanyalah satu hari aje. Memang kena gunakan sebaik-baiknye SATU hari tu.

Lepas ni dah lah dua minggu sekali je plan nak jumpa disebabkan nak kumpul duit untuk bakal anak yang nak lahir ni. Jadinya lepas ni, dalam sebulan kami ada 2 hari je masa berkualiti untuk bersama. Seksanya rasa..huhu~

Rasa sayu je hari ni sebab duk kat rumah sorang-sorang. Teringat-ingat hari semalam bersama leonerz..huhu..terbayang-bayang la kelibat dia dalam rumah ni. Kakak saya pulak balik kampung minggu ni, lagi lah terasa sunyi je rumah ni..

Apa boleh buat. Nak cari kerja bukan senang. Kalau saya ni siapa lah yang nak amik kerja sebab tengah pregnant kan. Jadinya harapan hanya pada leonerz aje lah untuk cari kerja dekat-dekat sini. Itulah, dulu leonerz dah dapat kerja kat Johor dari Terengganu, saya pulak yang lari dari Johor ke Selangor. Sekarang ni siapa yang terseksa? huhu.. :(

Nak menyesal pun tak guna, sebab mungkin ada hikmahnya kat mana-mana. Cuma tak nampak je lagi.Sekarang ni kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan.

Hari ni entro sayu-sayu sikit sebab malam tadi baru hantar leonerz pergi naik bas balik Johor..huhu~~ :'(

Doakan urusan kami ni dipermudahkan ye. Saya pun tak nampak lagi jalan mana yang terbaik untuk kami. Sama ada saya ke sana atau dia ke sini. 

Oklah, panjang gak entri kali ni..huhu..sekarang ni AmirYana's Health & Gadget ada buat promosi nak habiskan stok. Jom window shopping kat bawah ni. Kalau berminat bagitau lah ye..hehe..tumpang promote barang skali dalam entri ni~~


Set 1: Bedak Arab + Charcoal Mask = RM 45

Set 2: Bedak Arab + VCO liquid + Sabun beras = RM 75

Set 3: Catalyst Hair Revitaliser + Bedak arab + Sabun beras = RM 75

Set 4: Catalyst Hair Revitaliser + VCO liquid + Sabun beras = RM 80

Set 5: Sabun Marine Essence/SK + Bedak Arab + Sabun beras = RM 150


Sekian..terima kasih sudi scroll sampai bawah..hehe~ :p

Saturday, February 15, 2014

Minggu ke 15 dah~


Assalamualaikum~

Entri kali ni pun tak ada banyak sangat benda nak cerita. Nak selitkan promosi page FB je..hehe. Jom like ramai-ramai page NI! :) Ada banyak produk baru sekarang ni kat page tu. Mari-mari window shopping..hehe~ :D

Saya rasa semua pun dah dapat agak tajuk minggu-minggu ni kan..hehe. Dah nak masuk 4 bulan dah. Tak sabar nak tahu jantina baby dalam perut ni.  :)

Last week saya kena refer ke hospital sebab dehydrated. Baru saya tahu betapa bahayanya dehydrate ni pada ibu-ibu mengandung. Nasib baik boleh elak duduk wad..huhu..

Mula-mula jumpa doktor, dia tanya nak duduk wad ke tak? Mestilah saya tak nak kan. Bila tanya je dia apa effect dehydrate ni, terkejut bila dengar benda ini boleh akibatkan masalah dalam perkembangan baby. Ingatkan effect pada diri sendiri ke. Yela, selama ni apa-apa hal diri sendiri je. Sekarang ni dah ada lagi satu nyawa kena jaga rupa-rupanya.

Tak pasal-pasal kena masuk satu botol air. Nasib baik sekejap je...huhu. First time rasa masuk air. Pedih gak rupenye. 

Masa mengandung ni jugak rupa-rupanya kita senang dapat penyakit. Selsema, demam, batuk. Kadang-kadang rasa seksa gak. Dahlah suami duk jauh..huhu..sayu je rasa kena alami semua sorang-sorang :(

Rasa macam nak sambung belajar je. Dapat duk dekat dengan dia selain dapat ilmu jugak. Tapi, akan kena susah sikitlah kalau amik jalan tu. Dilema jugak. 

Berapa banyak perbelanjaan diperlukan untuk persediaan menyambut orang baru ni ye? Akak-akak leh tolong advise tak? hehe :)

Sayanya dah dekat 4 bulan dah~~ :)

P/S: Saya nak promote page FB atas tu. Kalau ada sesiapa nak buat contest dan perlukan sponsor bagitau ye. Nak banyakkan like :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA