Assalamualaikum~
Lama tak ada peluang nak tengok blog lama-lama. Hari ni saya cuti, jadi bolehlah nak update sekejap. Tapi tak leh nak lama-lama sangat, ada hal yang perlu diuruskan jap lagi.
Minggu ni adalah minggu yang sangat stress bagi saya. Tak tahu lah kenapa. Tapi, asyik tekanan perasaan je disebabkan bos yang tak logik. Bos yang suka marah tanpa sebab. Bos yang suka tunjuk kuasa veto. Setakat bos kecik je kot, tak payah nak tunjuk lagak sangat..huhu~
Selama tiga tahun kerja, semalam first time saya rasa stress sangat dengan bos kecik ni. Stress yang amat sampai lelah yang dah bertahun tak pernah kena datang balik. Nasib baik dapat ketua yang memahami, bagi saya balik lepas lunch semalam.
Jadi semalam saya pergi klinik dan first time juga kena guna gas. Asyik menangis je semalam sebab stress. Bila fikir balik macam kelakar aje saya boleh stress macam ni. Tapi, saya memang dah tak leh tahanlah dengan orang macam tu. Orang yang fikir, dengan duit dan kuasa yang tak seberapa tu dapat membuatkan dia rasa berkuasa.
Memang tak leh tahanlah saya. Kalau stress kerja saya boleh tahan lagi, tapi kalau stress dengan orang?? Rasa macam nak sambung blajalah. Teringin nak jadi tenaga pengajar. Dari kecik memang cita-cita nak jadi cikgu, tapi dah besar jadi engineer pulak..huhu~
Jumpa doktor semalam, cakap kat doktor tu nak mintak MC 2 hari. Rasa tak bersedia sangat nak tengok muka bos kecik tu. Mula-mula doktor tak nak bagi sebab dia bukan jenis suka-suka bagi MC. Tapi, bila dia tahu saya tak pernah MC selama ni, dia bagi la jugak. Kesian kot tengok muka sedih saya.
Nasib baik dapat doktor yang memahami. Dapatlah ubat lelah, sakit kepala dengan ubat buang angin semalam..huhu~
Saya tak bersedia nak datang ofis hari ni, stress tengok muka bos kecik, takut meleleh lagi air mata sebab bengang yang teramat pada dia. Serius, 3 tahun kerja ni pertama kali saya rasa macam ni. Tak tahu lah kenapa.
Sabtu ni saya ada exam PTD. Ni kali ke-3 saya amik exam ni. Malas nak amik lagi sebab asyik gagal je. Tapi, dah alang-alang hari Sabtu dan kat Melaka. Mak pun suruh cuba aje, bukan kena bayar pun. Jadi, saya akan cuba yang terbaik Sabtu ni.
Dua hari MC ni akan digunakan sengan sebaik-baiknya untuk study exam ni. Tolong doakan saya ye kawan-kawan semua. Insya'Allah, bila keadaan dah semakin tenang saya akan melawat korang sikit demi sikit.
Tolong doakan yang terbaik untuk saya~ :)