Tuesday, October 9, 2012

Takdir kot?


Assalamualaikum..

Hehe..lama betul tak update. Hari tu Sabtu Ahad dapat pegang laptop kesayangan sekejap. Tapi, masa banyak dihabiskan bw ke blog2 org aje..banyak lagi hutang tak terbayar ni..huhu~

Hari tu kan saya ada bagitau yang leonerz pinjam laptop saya. Memang sekarang ni sepanjang masa laptop saya tu ngan dia aje lah. Keje dia banyak kena buat reportlah. Terpaksalah saya melepaskan laptop saya pada dia sampailah murah rezeki dia nak beli laptop baru~~ (Jawapan untuk soalan Kak Jaa tanya dalam komen sebelum ni bila saya nak dapat balik laptop saya :p)

Saya nak luahkan rentetan perjalanan masa interview hari tu. Hati masih rasa berat, tp saya dah pun sign offer letter.

Sebenarnya masa saya dapat panggilan untuk datang interview di Cyberjaya tu, leonerz dah pun ada kat Johor ni. Saya sebenarnya berbelah-bahagi nak pergi atau tak. Saya telefon mak saya dan leonerz. Mak saya cakap terpulanglah pada saya. Tapi mak saya suruh saya cuba.

Saya cakap kat leonerz yang saya tak nak lah pergi interview tu. Nanti kalau dapat kita kena duduk jauh. Nak dijadikan cerita, hari yang saya kena interview tu, saya rasa macam bersalah aje kalau nak senyap camtu aje kan. Jadi, saya telefon company tu, bagitau saya tak leh datang hari tu. Padahal memang tak minta cuti pun..

Ingatkan lepas tu dah setellah. Tetiba, 2,3 hari lepas tu dia telefon suruh datang hari lain pulak. Fikir punya fikir saya pun buatlah keputusan untuk pergi.

'Tak semestinya dapat. Try aje lah.' Fikir saya.

Lagipun dia dah susah payah, sampai sanggup tukar tarikh interview tu. Sebenarnya sebelum saya call bagitau tak leh datang tu saya dah mintak postpone tarikh interview. Banyak songeh kan saya ni? Tapi, last2 dapat gak kerja tu.

Agaknya, memang takdir saya untuk terima kerja tu kot? Banyak kali saya mengelak, last2 diorang nak ambil saya jugak. Pelik kan?

Jadi mulai Nov 2012, saya akan berpindah dari JB ni. Alamat saya pun dah tak sama lah tau...huhu~

Ada satu tips untuk interview kat sini. Kalau tak leh datang tarikh interview tu, bagitaulah company tu. Nanti takdelah diorang tertunggu-tunggu.

Masa saya interview hari tu, dia bagitau dia suka cara saya yang bagitau bila tak leh datang hari tu. Dia tak suka ada sesetengah orang yang senyap je kalau tak boleh datang tu. Itu kira markah tambahan untuk saya gak lah..huhu..tak sangka pulak~

'Awak sanggup ke dalam department awak, awak sorang je perempuan?' penemuduga tu tanya hari tu. Masa interview saya ikut skema jawapan masa interview aje, cakap sanggup. Leonerz risau giler saya main kayu tiga..huhu~

Takpe, saya cuba dulu kerja sana, kumpul duit. Lepas kahwin kalau tak tahan kerja sana, saya berhentilah. Sambung belajar, boleh? huhu~






p/s: Teringat dulu masa time nak ngorat, leonerz pernah buat lagu 'Takdir' untuk saya..huhu~ :p

Iklan: Jom ramai-ramai beli Produk Catalyst ni. Charcoal Mask pun ade tau~~ hehe :)

Friday, October 5, 2012

Rezeki nak kahwin atau .... ?


Assalamualaikum...

Lepas je saya publishkan post sebelum ni, company yang saya interview minggu lepas tu call saya, mengatakan saya terpilih untuk jawatan tu. Saya tak tahu apa yang saya patut rasa. Gembira sebab dapat, sedih sebab kena berjauhan balik dengan leonerz?

Seminggu ni mood saya ke laut. Officemate pun tegur sebab nampak saya macam dalam dilema. Mak ayah sokong saya cuba tempat baru. Tapi leonerz? Tak sangguplah rasa, dia dah berkorban banyak untuk datang ke Johor supaya dapat dekat dengan saya, saya pulak nak pergi dari Johor.

Serius sedih.

Tapi, kalau nak dibandingkan company sekarang ni dengan company baru tu. Company baru tu lagi stabil dan lagi besar daripada company sekarang ni. Gaji adalah lebih sikit, tapi sewa dan kos hidup kat sana pun lagi mahal dari Johor ni. Cuma kalau duduk sana, saya dekat dengan family saya kat Melaka lah. Kakak saya pun kerja di Cyberjaya. Lagipun sana, Sabtu Ahad leh cuti..sini Sabtu kena kerja separuh hari~

Berat rasa, tapi orang kata tak leh nak ikutkan sangat hati ni. Takpelah, selagi tak kahwin ni, tak kisahlah duduk jauh. Yang penting lepas kahwin saya tak nak duk jauh!

Hari ni last date untuk saya bagi jawapan pada company baru tu. Saya dah pun decide untuk pergi dan cari pengalaman baru. Leonerz sedih sampai demam sekarang ni. Dia kata pergilah, tapi dia buat muka sedih. Aduhai~~

Takpelah, lepas dah kahwin kita duduklah sesama. Sekarang ni lagi elok duk jauh kot. Lagipun bas pun ada, leh je jumpa selalu~  :)

Doakan kami ok kawan-kawan. Kalau dah jodoh, insya'Allah semuanya akan baik-baik aje kan ~ :)


Monday, October 1, 2012

1 Oktober ~


Assalamualaikum~

Selepas seminggu akhirnya, saya buat pun post baru kan. Hari ni patutnya kena outstation, tp cancel last minute.

Terima kasih pada semua yang mendoakan interview saya hari tu. Dengan berkat doa korang semua, interview tu berjalan dengan lancar. Saya dipilih sebagai potential hire, tp sampai sekarang masih belum ada keputusan sama ada saya dapat atau tak lagi. Tak tahulah dapat ke tak.

Takpelah, kalau ada rezeki tu adalah kan. Kalau dapat pun berat hati sebenarnya sebab leonerz baru je tukar kerja kat Johor ni. Dia dah ada sini, takkan saya nak pergi pulak kan? Tapi kalau tu boleh buat saya kumpul duit cepat-cepat untuk kawin, kitorang terpaksa dalam rela lah kan..huhu~

Hari ni 1 Oktober 2012. 25 tahun yang lepas saya telah dilahirkan ke dunia ni..hehe..ni nak bagitau semua ni. Hari ni birthday saya, cepat-cepat bagi hadiah..hehe~~ :p

Saya dengan leonerz dah tak sama umur dah hari ni. Tak kisahlah kan, yang penting muka leonerz nampak lagi tua dari saya..hehe~~

Oh, lagi satu..thanks pada deyb yang telah menjadi pembeli online pertama produk catalyst yang saya jual tu. Banyak yang saya guna sendiri je produk tu sbb setakat ni takde orang nak beli pun..huhu~

Doakan kami dimurahkan rezeki & cepat-cepat nikah ye..hehe~~ :D

klik untuk tengok apa tu produk catalyst~

Tuesday, September 25, 2012

Doakan saya~


Assalamualaikum~

Maaf dah lama tak update & bw. Sekarang ni memang ada kekangan sikit dalam berblogging ni. Sebab pertam, kat ofis saya tak leh nak bukak blog sangat, banyak keje dan laptop pun buat hal. Kat rumah pulak, laptop personal leonerz pinjam sebab laptop dia dah rosak..huhu~

Sekarang ni saya ada kat Cyberjaya, ada interview jap lagi. Ingatkan nak tumpang umah sis deqla..hehe :p

Doakan urusan interview saya tengah hari ni berjalan lancar ye~ :)

Saya dah datang dari jauh ni, xde sesapa yang duk Cyberjaya, Putrajaya ni nak belanja..hehe :p Lagi-lagi sis deqla yang mmg kerja kat Putrajaya ni kan~~~~ :p


Sabtu hari tu saya dengan leonerz pergi jenguk-jenguk apa yang ada kat karnival Nusajaya ari tu. Cuaca agak panas hari tu, jalan-jalan dengan payung aje...huhu~

Sebenarnya kitorang dah decide, kalau xde parking kat dalan, memang tak singgahlah jawabnya. Kebetulan, ada pulak parking kosong, dekat je dengan tapak karnival tu. Beli yang pek Mister Potato je..hehe. Tujuan utama sebenarnya nak pergi ke Career Carnival. Tapi, saya bawak dua je resume. Takpelah, kalau dah rezeki, adalah. Kalau takde tu, mmg takde rezekilah kan. 

Oklah, company yang nak interview tu baru je call tadi. Nak pergi siap-siap ni..hehe..doakan saya! :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA