Tuesday, August 14, 2012

Masih relevan kah?


Assalamualaikum~

*Entri ni penuh dengan ayat-ayat skema. Harap maklum~ :P

Situasi 1


Sedang khusyuk Timah membaca novel cinta, tiba-tiba suaminya menegur.

'Eh, Timah..haram tau baca novel-novel cinta ni! Lagha je semua tu..' suaminya berkata.

Timah hanya senyap. Dia masih meneruskan bacaan novel yang tergendala tadi. Suaminya, Pak Mat hanya memandang, lalu membuat kerja-kerjanya yang masih belum siap. Sekejap lagi dia nak pergi ke kerja. Dia ambil baju kemejanya,, lalu memanggil anaknya, Nana.

'Nana, tolong gosokkan baju ayah ni. Ayah nak pergi keje jap lagi.' arah Pak Mat. Nana hanya menurut kata. Dia tak kisah membantu mak dan ayahnya kerana mereka telah banyak berkorban dalam membesarkannya.

Sebelum pergi kerja, Pak Mat sempat menjamah sarapan yang dimasak leh Timah awal pagi tadi. (Ni bukan time puasa ye~~ )


Situasi 2

Kring kring.

Telefon Timah berbunyi. Dia lalu menjawabnya setelah melihat bahawa pemanggil tersebut adalah suaminya, Pak Mat.

'Timah, macam mana nak masak burger special yang Timah buat hari tu? Abang nak masak ni.' kata Pak Mat.

Timah lantas menerangkan cara-cara memasak pada suaminya.

tak jumpalah gambar laki kemas rumah~



Situasi 1 - di rumah isteri pertama
Situasi 2 - semasa Pak Mat di rumah isteri kedua

Nampak tak perbezaan antara dua situasi tu? Di rumah isteri pertama, Pak Mat lah raja. Di rumah isteri kedua, dia lah hamba. Kenapa boleh jadi macam tu?

Di rumah isteri kedua, semua kerja dia buat sendiri. Iron baju, masak, uruskan anak-anak dengan isteri no. 2 tu. Isteri no. 2 pun tak pakai tudung, malah rambut siap berkaler bagai. Skirt dan gaun? Ok je nak keluar rumah pakai tu. Takde masalah bagi Pak Mat.

Sedangkan isteri No 1 Pak Mat baca novel cinta pun dah dikata haram. Macam mana pulak dengan isteri no. 1 dia yang begitu? Balik rumah isteri pertama sebulan sekali pun susah, dua bulan sekali pun susah. Macam mana dia boleh cakap pasal hukum haram semua tu?

Persoalan di kepala ni adalah,' Adakah Pak Mat telah ditundukkan oleh isteri No. 2 dia dengan sesuatu?'

Tapi, masih relevankah ilmu hitam tu di zaman ni? Kalau betul, bagaimanakah cara untuk memulihkan Pak Mat tanpa dia sedari bahawa dia sedang dipulihkan?

Ada sesiapa yang boleh bantu?








Sunday, August 12, 2012

Bisnes dan kerja~


Assalamualaikum~

Semalam saya dah pun selamat sampai di Melaka. Oleh kerana saya kena outstation kat Muar selama beberapa minggu, jadi saya buat keputusan untuk duduk di Melaka dan berulang-alik ke Muar setiap hari. Boleh makan makanan mak setiap hari macam tu..hehe~

Tak tahu kenapa, tapi dalam bulan puasa ni memang banyak sangat kerja. Bermacam-macam report nak kena buat. Bermacam-macam site nak kena pergi tengok. Rasanya macam nak kena belah badan ni jadi 3 atau 4 je untuk buat semua kerja tu.

Bos asyik tanya takde ke junior2 nak cari kerja. Bukan saya tak cari, kebanyakan orang yang saya kenal dah bekerja, Kalau ada yang tak bekerja pun, dia sambung belajar. Apa lah salahnya kalau bos pergi buat iklan kan? Takkan nak suruh saya cari sorang-sorang? Saya dah iklankan kat fb, blog ni dan kat mudah. Tapi takde lagi orang berkelayakan untuk jawatan ni datang interview..huhu~

Itu satu sebab kenapa saya sibuk. Ada lagi satu perkara yang membuatkan saya sibuk..hehe..saya sekarang ni tengah cuba untuk berniaga. Barang utamanya adalah produk Catalyst. Korang pernah dengar pasal Virgin Coconut Oil atau VCO?

Saya tengah cuba guna produk ni. Lepas tu bulan seterusnya saya terus jadi agen pulak..hehe. Setiap orang mungkin ada produk yang dia sesuai atau tak kan. Bagi saya produk ni memang sesuailah dengan saya. Saya sekarang tengah amalkan VCO Softgel.

macam ni lah rupanya~

Makan 2 kali sehari je. Ubat dia comel je, tak besar macam primrose oil..huhu~

Setakat ni saya dah makan sebulan lebih. Bulan puasa ni kurang rasa lapar. Kulit muka pun rasa lagi licin. Kalau ada jerawat banyak mungkin lagi nampak kot kesan dia. Saya ni takde jerawat sangat, jadi tak leh nak komen lah pasal jerawat tu. Berat saya pun dah turun 1 kg tau dalam sebulan ni..hehe~

Tak taulah sebab puasa atau sebab makan VCO ni. Tapi serius rasa berkesan gak lah makan. Banyak khasiat VCO ni. Kalau nak try VCO ni, softgel ni lah elok. Kalau dah yakin, bolehlah beli produk-produk Catalyst yang lain..hehe~ :)


produk-produk lain~

Kalau nak tau dengan lebih lanjut kebaikan VCO ni tengoklah page NI. :)








p/s: Rasa macam nak buat GA yang disponsor oleh AmirYana's Health & Beauty lah~~~ insya'Allah..hehe :)



Wednesday, August 8, 2012

Selamat Hari Rabu!


Assalamualaikum~~

Lama betul blog ni dah bersarang. Last update 1 Ogos yg lepas..huhu..bw pun dah takde masa sangat. Harap maaf ye semua, terutama GSF dan rakan2 yg rajin datang blog ni walaupun saya ni tak sempat nak ke blog korang semua~

Sebenarnya semalam saya ada meting kat Muar. Jadi kelmarin balik Melaka. Pagi tadi pas sahur terus rushing ke ofis semula. Serius busy teramat sekarang ni. Minggu depan dah kena berkampung kat Muar pulak. Tak tahu lah berapa lama kena duk sana. :(

Semalam, nak tak nak saya paksa diri saya yang pemalas ni pergi mencari kad raya untuk rakan-rakan maya ni..hehe~ (sempat lagi kan? :p)

Banyak kedai saya masuk, tapi kad raya banyak yang stok lama-lama punya lah. Berhabuk je tengok. Tak jumpa kat Melaka, saya cari kat Muar pulak. Kebetulan meeting start pukul 2.30 petang, jadi pagi tu saya bertolak awal ke Muar sebab tak tahu tempat.

Dah jumpa tempat terus pergi gerak ke Wetex Parade. Tetiba jadi expert pulak ngan bandar Muar ni eh? :p

Lapan tahun yang lepas saya pernah bersekolah asrama di Muar tu. Jadi Wetex Parade tu tempat saya outing lah selalu. Jadi, tahulah gak ada Wetex Parade..hehe :P

Kat sana saya cari Tanjong Mas, kedai buku yang popular masa saya sekolah kat sana dulu. Nasib baik wujud lagi kedai tu. Kat sana saya boronglah kad raya banyak-banyak..hehe..sori kalau ada kad raya yang sama ye geng-geng sekalian~ :p

Wetex Parade memang dah canggih sekarang ni. Toilet ngan sinki semua guna sensor..huhu~

sebahagian kad raya yang bakal di pos esok kalau xde aral melintang..hehe~

Kebetulan pulak lagi, tempat meeting saya tu betul-betul berhadapan dengan pejabat pos. Saya pun apa lagi, pergi borong setem pulak lah~~ :P

Sekarang ni, semua dah ada Tinggal nak poskan aje ni :)

Oh, lagi satu, jom ramai-ramai tengok page ni. Jom borong banyak-banyak. Like lah sekali ye..hehe~ :) 
Nak kumpul duit kahwin ni..hehe~ :p





p/s: kalau nak pos ke Sabah & Sarawak, berapa ye setem kena guna???

Wednesday, August 1, 2012

Happy birthday my dear~~~


Assalamualaikum~~

Cuba tengok birthday leonerz kat bahagian kanan bawah tu~~

Hari ni birthday dia! hehe..dengan rasminya hari ni dan 2 bulan seterusnya kami adalah sebaya~~ :D

Kesian dia kena celebrate sorang-sorang sebab sekarang ni dia kena outstation...huhu..kalau kat rumah sekurang-kurangnya ada gak family dia dengan dia kan..kesian dia~ :p

Nah, video untuk leonerz! hehe~

last skali tak tahan tu~ :P

Sebenarnya dah lama sangat blog ni tak berupdate. Bw pun dapat buat kadang-kadang je sekarang ni. Bulan puasa ni rasa macam agak busy sikitlah. Siang keje, malam pulak tidur awal sebab nak kena bangun awal untuk sahur. Pagi pulak lepas sahur pun ada aktiviti lain lagi.

Lepas tu, saya banyak kena outstation bulan ni. Kelmarin saya kena pergi Muar dalam seminggu. Ada dua keje kat sana. Sepanjang keje kat Muar tu, saya plan nak duk rumah kat Melaka je, ulang-alik pergi site

Tapi, disebabkan satu kerja tu ditangguhkan, terpaksalah saya balik ofis semula semalam. Rindu dengan masakan sahur dan berbuka yang mak masak. Rasa macam tak nak balik JB balik je semalam. Macam nak hantar surat resign je..huhu~~ :(

Untuk korang semua, jangan kecik ati ye kalau saya tak sampai blog korang lagi. Bagi masa ye~~ :)





p/s:Sekejap je dah dekat setengah bulan berpuasa :)

*happy belated birthday pada Cik Nur dan Chic Na dan juga ahli GSF lain yg baru sambut besday tu ye~~ :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA