Sunday, July 8, 2012

Selamat berhujung minggu bagi warga pantai barat..huhu~


Assalamualaikum~

Hari ni rasa nak menulis sangat kuat. Tapi saya tak tahu nak tulis pasal apa..huhu~

Semalam lepas kerja terus pergi jenjalan dengan member. Pergi Plaza Angsana, cari birthday present untuk kakak saya. Lepas tu member bawak jenjalan kat area bandar. Serius, saya mengaku walaupun dah duk Johor dari tahun 2006, saya sampai sekarang fail jalan dalam area bandar tu..huhu~

Bakar Batu, Stulang, Taman Molek? Semua saya tak ingat jalan. Kalau dah lalu baru macam cam sikit-sikit. Tak suka pergi bandar sebab jalan jam. Lagipun pergi sana tak tahu nak pergi mana pun. Apa je yang ada jat bandar tu? City Square? Bazar Karat? Apa lagi eh? Tak minat sangat pergi tempat-tempat macam tu..huhu~ :p

Oleh sebab saya ni macam jakun dengan jalan kat bandar tu, member saya ni pun bawaklah pusing-pusing bandar tu. Nak kata bandar sangat tak lah. Tapi dekat-dekat ngan bandar gak kot?

Seronok gak semalam, member bawak tengok Istana Pasir Pelangi, kepunyaan Tengku Mahkota Johor. Macam tu rupanya bentuk istana ye? Kat situ ada padang yang sangat luas. Menurut kata member saya tu, kat situ kaum kerabat Johor tu bersukan. Macam sukan polo. Tengok kat sana ada kandang kuda gak. Ada bot.

Tapi, seriuslah luas padang dia..huhu~

Sorrylah macam jakun sikit. Saya ni kan kampung kat Melaka. Melaka Manalah ada kerabat sultan ni lagi kan..hehe~

Tapi, saya lupalah amik gambar semalam. Tak teringat langsung. Tak lama pun pusing-pusing tu. Pukul 5 lebih petang, dah balik dah~~

anak kucing comel yang gemuk, tapi penakut~







Friday, July 6, 2012

Dah Jumaat dah~


Assalamualaikum~

Celik mata, tutup mata, kejap je dah hari Jumaat. Macam-macam berlaku sepanjang minggu ni. Sekarang ni saya tengah jeles denga sorang officemate saya ni, yang sekarang ni tengah bercuti dari hari Rabu hinggalah esok. Seronoknya rasa kalau dapat bercuti macam dia gak. 

Masa dia nak gerak tu, rasa macam nak menyorok dalam bonet ikut dia je..huhu..:P

Kerja dalam kawalan sekarang ni, cuma mood untuk buat kerja tu macam dah hilang sikit. Kena re-charge semula ni rasanya. Camne nak re-charge mood ni ye?

Kelmarin, bos panggil masuk bilik sebab ada satu report yang saya buat ada silap sikit, Tapi dah dihantar ke klien dah..huhu..takut gak masa tu. Habis tu dah hari tu dia suruh buat, hari tu jugak dia suruh siapkan, mana tak kelam kabut kan? Sorilah bos ye, saya tengah tension ngan kerja sebab semua saya kena buat sorang lah~~

Mula-mula masuk jumpa dia, gaya dia cam nak marah je. Pagi tu sebenarnya saya agak sedih sebab tengok fb, banyak orang letak status pasal kawan leonerz yang baru meninggal tu. walaupun saya tak kenal sangat dia, tapi bila baca status-status orang buat saya rasa sedih sangat. Leonerz mestilah lagi sedih sebab kawan rapat dia kan.

Pagi tu dah termenangis masa tengok fb. Pastu kat ofis, rasa cam sedih je lagi. Bila kena panggil dengan bos, rasa sedih+tension+takut dah bergabung, membuatkan saya rasa macam ada air mata bergenang kat mata ni masa tengah ngadap bos. 

Alamak, takkan nak nangis depan bos. Bukan kena marah lagi pun..huhu~

Masa tu memang tak pandang muka bos. Takut dia perasan.Hingus ni pun dah tertahan-tahan rasa nak kuar depan bos masa tu..huhu~

Agaknya bos perasan, pastu dia tak marah, siap puji lagi :p

Adoi, nasiblah bos ada pekerja macam saya ni yang kuat nangis..huhu..sorilah bos..hormon tengah tak stabil ni~~ :p

Kelmarin jugak saya postkan iklan cari jawatan kosong kat internet, sebab tension sangat. Semalam ada orang datang interview, tapi bila saya tanya, macam banyak gak yang dia tak tau.

Susah-susah..takpe, kita tunggu lagi siapa yang nak datang untuk interview lagi pasni~~~


Ni kat Sungai Rambah kot..kat Pontian. Ahad hari tu teman kawan release stress..dia drive, jadi saya ikut je lah..hehe~




Monday, July 2, 2012

Moral down~


Assalamualaikum~~

Sekarang ni memang kerja tengah membukit kat meja saya ni. Banyak sangat kerja yang perlukan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif menyebabkan saya pening kepala fikir nak buat kerja yang mana satu. Semua penting bagi saya. 

Tengah hari tadi dapat lagi kerja baru. Nak esok jugak siap sebab klien nak pergi oversea lusa. Kira punya kira kat meja saya sekarang ni dah ada 5, 6 kerja pending..huhu..pening-pening..saya perlukan pembantu, tak pun co-workers pun ok la, asalkan leh tolong amik sikit kerja ni.. :(

Gigih saya kerja tau. Dah 2 minggu lebih tak bukak blog kat ofis. Tapi kerja tak siap-siap jugak. Lagi menyedihkan bila kerja dengah gigih macam ni pun, gaji tak masuk lagi..bila semangat kerja, gaji tak masuk lagi rasa down la pulak. Sebabnya tadi, officemate saya dah dapat gaji, akauntan cash deposit kat bank. Tapi bila check akaun saya, takde pun masuk pape. Duit kat bank tu pun tinggal berapa puluh ringgit je tu..huhu~~

Sok saya nak pergi apply kerja tempat lainlah. Merajuk punya pasal. Boleh tak?? Ada sesapa tengah cari kerja sekarang ni?~~






Ya Allah, tolonglah munculkan sesuatu yang boleh menggembirakan hati ni. Ada rombongan masuk meminang saya ke, gembira sikit kot kan? ehhhh???? :p (sorry~~~ )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA