Assalamualaikum~
Pagi tadi pergi kerja buka radio hot fm. Kat ofis pun buka radio hot fm. Hot chat pagi ni pasal 2.5 juta (kalau tak silap) rakyat Malaysia yang berumur lebih dari 25 tahun masih belum berkahwin. Punca bagi lelaki adalah duit dan punca bagi perempuan pulak adalah takde calon yang sesuai.
Bagi saya topik ni agak menarik sebab saya antara orang yang bakal tergolong dalam 2.5 juta tu. Tahun ni umur saya 25 tahun..huhu..tapi belum lagi ye~~ :p
Pada pendapat saya, sekarang ni ramai orang yang kahwin lambat sebab nak kejar cita-cita. Biasanya kalau belajar kat U ni, grad je pun dah umur 23, 24 tahun kan? Bukan terus boleh dapat kerja lepas grad tu. Kalau dah dapat kerja pun gaji bukanlah 3,4, 5 atau 6 ribu.
Sekarang kalau nak kahwin paling kurang 10ribu untuk majlis sahaja. Kalau yang lelaki campur hantaran lagi dah berapa? Bayangkan berapa tahun masa diperlukan untuk kumpul duit kahwin sahaja?
Lagi-lagi kalau bercinta dengan pasangan yang lagi muda. Lagi lama nak tunggu sebab dia grad lepas setahun saya kerja. Jadi sayalah yang kena kumpul duit dulu kan? Kadang-kadang terfikir gak, kalau saya bercinta dengan orang yang lagi tua mesti tak yah nak tunggu lama-lama kan? (Marah leonerz kalau baca ni..huhu~)
Tapi, saya tak menyesal sebab kalau dah suka, nak buat camne kan? Tanggung sendiri lah. Sendiri yang dah terlanjur suka. Macam lagu terlanjur mencintaimu~~ :p
Kalau ikutkan hati saya ni, saya nak buat yang wajib aje. Bercinta lama-lama pun buat apa? Buat kumpul dosa je. Mak saya pun dah memang nak saya kahwin cepat sebab kita ni perempuan. Umur pun makin meningkat, bukan makin muda...huhu~
Tapi, oleh kerana leonerz ni lagi muda dari saya dan dia adalah seorang anak lelaki sulung. Jadi dia ada tanggungjawab yang besar pada family dia.
Adakah kalau dah kahwin, dia akan abaikan family dia? Saya tak dapat pastikan tu. Tapi saya takkan suruh dia abaikan family dia lepas kahwin. Saya tak sekejam tu. Yang penting dia tak abaikan family saya juga~
Tapi, kadang-kadang saya rasa family dan orang sekeliling yang membuatkan benda ni jadi lagi susah. Tapi, buat apa nak hiraukan apa yang orang lain cakap kalau apa yang kita buat tu tak salah kan? Buat macam mana pun pasti akan ada orang mengata.
Ada sesetengah family pulak demand tinggi. Kadang-kadang bukan family belah perempuan aje, belah laki pun sama aje. Saya tahu mungkin niat diorang baik. Tak nak sedara-mara mengata anak mereka. Tapi, tolonglah fikir dari sudut lain..huhu~~ (macam luahan perasaan pulak :p)
Jadi apa kesimpulan yang dapat dibuat ye?
p/s: leonerz hanya ada masa sampai tahun depan aje. Kalau tahun depan tak cukup duit nak kahwin gak, saya nak pergi cari anak Dato' je buat suami!! :p




.jpg)
.jpg)
.jpg)

