Assalamualaikum~
Rabu hari tu hari Adam check up 17 bulan. Macam biasa sekarang klinik kesihatan kena bayar RM1 kalau anak dah setahun ke atas. Oklah, tak kisahlah kan. Cek berat, cek panjang, cek kepala. Berat Adam maintain sama je macam dua bulan lepas, 7.7kg. Kecik je kan? Hari tu pergi klinik pakar pun doktor cakap kecik Adam ni.
Oklah tu tak turun sebab Adam kan baru baik muntah-muntah & cirit-birit. Kalau ikutkan kena pergi pakar zat pemakanan / check up 2 bulan sekali sebab berat tak cantik. Tapi nurse tu bagi 3 bulan lagi. Ok lah. Cuti manalah ada kan. Ni pun tak tahu nak pergi ke tak. Rasa macam nak terus ke 2 tahun punya check up je. Sebab ada injection kan 2 tahun tu. Emm...
Untuk check up baru ni Adam kena buat saringan Autism. Ada M-chart kalau tak silap dalam buku check up tu. Untuk disaring masa umur 18 bulan dan 3 tahun. Banyak gak dia saring. Alhamdulillah, nurse cakap Adam ok setakat tu. Nanti 3 tahun buat semula sebab sekarang memang tak boleh nampak sangat lagi.
Banyak yang dia tengok, antara yang saya ingat:
1. Kepekaan Adam
2. Pemahaman
3. Boleh bertentang mata lebih 2 saat
3. Kalau suka main benda bulat - ada kemungkinan Autism
4. Dah ada 2,3 patah perkataan yang boleh difahami- yang ni Adam memang tak lepas. Lambat gak Adam nak cakap ye..huhu~
5. Boleh berinteraksi dengan kita
6. Suka berkawan - sebab kalau Autism tak suka bergaul.
7. Suka tiru apa yang kita buat
Banyaklah lagi. Tak ingatlah. Kena tengok balik buku check up tu. Baguslah check. Kita pun tak tahu ada check kan benda-benda macam ni.
Tapi, budak laki memang lambat cakap ke eh? Adam jalan cepat. 9 bulan dah berdiri dan terus jalan. Cuma meniarap sendiri tu lambat, 5 ke 6 bulan gak kot. Bila pandai je meniarap sendiri terus boleh duduk & berdiri. Laju terus perkembangan dia. Cakap je tak boleh faham lagi.
Tapi, Adam faham dah kebanyakan apa yang saya cakap. Arahan yang saya bagi dia boleh buat. Rambut je tak lebat-lebat lagi. Adik sedara dia dah berapa kali cukur & potong rambut dahhh...dia baru sekali je cukur....huhu~
Sayang Adam...hehe~