Tuesday, January 27, 2015

Baby boleh ada panau ke?


Assalamualaikum~

Ni entry autopublish. 

Hari ni hari Sabtu, tapi saya kena kerja. Kena back up untuk member satu team. Kesian lak dia kena kerja weekend setiap minggu kan. Dah nama pun teammate, nak tak nak kenalah tolong menolong. Hari tu pun dia pernah back up saya kerja sampai malam.

Tapi bila dah jadi ibu ni, nak pergi kerja time weekend memang sangatlah berat. Dahlah masa cuti ni je boleh spend time dengan anak. Kesian baby hari ni ayah dia jaga sorang-sorang. Pergi kerja tadi pun berat je rasa. Daripada plan nak pergi kerja pukul 9 lebih jadi pukul 11 lebih..huhu. Nak buat camne, family first kan. Setelkan anak dulu, baru pergi kerja. Dah wangi-wangi, dah minum susu baru senang hati nak tinggal kat ayah.

Tapi tadi pun ayah wassap gambar baby, mata mengantuk tapi tak nak tidur. Tak nak minum susu dari botol. Cian anak ibu ni. Sabar ye, ibu akan balik secepat yang boleh. Pukul 2 kena jumpa vendor dulu. Harap-harap vendor ni tak datang lambatlah. Ingat nak balik pukul 3 atau 4 paling lambat. Tapi kalau ikutkan hati nak balik sekarang.

Nak citer pasal panau ni. Badan baby macam ada panau. Tapi baby boleh ada panau ke? Babysitter saya cakap tu eczema. Tapi jenis yang takde ubat, dah 2,3 tahun macam tu baru baik sendiri. Betul ke ye? Next week pergi check up nak tanya doktor lah. Kesian baby. Kat kepala pun dah naik lepas kerak kepala tu dah takde. 

Ada ibu-ibu kat luar sana tahu pasal ni dan ada tips2 berguna tak?


Saturday, January 24, 2015

Injection 5 bulan~


Assalamualaikum~


Akhir bulan Disember 2014 hari tu pergi check up untuk 4 bulan sepatutnya, tapi sampai-sampai je, bila nurse kira-kira. Dia kata dah boleh injection 5 bulan dah ni. Besday baby saya 5 Ogos, jadi daripada kena datang minggu depannya lagi sekali baik amik injection terus. Nurse kata okay. 

Masa tu baby macam ada batuk-batuk dengan selsema sikit. Nurse pun tak cakap apa, so saya go on la dengan cucuk 5 bulan tu. Bila pegang je baby untuk inject, dia macam dah tahu. Merengek-rengek minta lepas. Masa kena cucuk lagi lah meraung. Tapi sekejap je. Lepas je inject, agah-agah dia terus senyum balik. Drama King pulak baby ni..mesti ikut ayah ni..hehe :p

Balik tu takde pulak nurse bagi ubat demam atau pesan akan demam. Selama ni injection pun baby tak pernah demam lagi. Tiba-tiba malam tu badan baby panas sangat. Mulut dia pun rasa panas sgt masa bagu susu. Memang betul-betul takut masa tu. Ye lah, baby kan bahaya kalau panas sgt. Saya pakaikan dia cool fever dan tuam dahi dia dengan kain basah. 

Jam masa tu dah pukul 12 lebih malam. Esoknya kerja. Tapi sebab risau, ajak hubby pergi hospital. Klinik memang area rumah ni awal-awal tutup dah. Tak tahu ada ke tak klinik 24 jam area pekan ni. Nasib baik hubby ada dekat masa tu. Setakat ni dah 5 bulan hubby tak pernah miss teman saya pergi check up. Ada satu bulan je masa saya tgh pantang dia tak ada. Saya rasa kalau hubby takde memang saya tak tahu lah nak buat apa sorang-sorang. Harap-harap hubby cepat-cepatlah dapat kerja dekat.

Sampai je kat hospital memang ramailah orang. Maklumlah hospital kerajaan. Dia utamakan perkerja kerajaan jugak. Sebelum amik nombor ada medical officer check dulu baby, tengok serius ke tak. Bila check, dia kata suhu tak tinggi 36.8C je. Masa saya check kat rumah 37.8C. Agaknya sebab dah tuam dan duk dalam aircond kereta kot.

Lepas tunggu beberapa minit, macam lama je lagi nak sampai turn, hubby aja balik je. Lagipun demam dah kurang sikit. Esoknya hantar  kat babysitter mintak babysitter tolong tuamkan lagi. Kalau panas sangat minta dia call. Sampai ke balik kerja, diam je. Ok la kot tu, Balik amik baby, tengok badan dia suam-suam je. Takut malam tu naik balik. Jadi , pergilah klinik mintak ubat. Dapatlah ubat demam dengan ubat kuatkan antibodi. Elok ke ubat untuk kuatkan antibodi tu ye? Ada sesapa tahu?

First time bagi baby makan ubat demam. Memang dia tak suka. Habis dia luahkan balik. Sikit je la yang berjaya masuk. Tp, Alhamdulillah malam tu demam macam dah ok.

Minggu depan injection 6 bulan pulak. Harap baby ok aje lah. Big boy ibu ni..hehe~

terbalik pulak gambar~ 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA