Assalamualaikum~
Baru dua hari satu malam je duduk dekat wad, tapi banyak jugak kes yang lagi teruk daripada saya. Syukurlah saya tak ada apa-apa komplikasi. Alhamdulillah. Saya duduk area pesakit yang tak berapa kritikal. Syukurlah saya tak perlu ke operation room. Walau sakit kena korek dengan doktor, tahan je lah kan~
Ada sorang akak ni lagi lama, dah 3 bulan kandungan tak jadi. Tapi still tak boleh keluar lagi. Kena induce. Dia pun jeles tengok saya sebab dia kata senang keluar, tak sesusah dia. Akak ni anak dia dah empat orang. First normal, 3 kali ceaser pastu. Kiranya tinggal lagi satu kali aje lah boleh ada anak.
Ada lagi sorang akak ni pulak, rahim kena buang sebab fibroid. Besar dah sampai memudaratkan dan kena buang rahim sekali. Tapi dia ok tengok. Kuat aje. Mungkin sebab anak-anak pun dah besar. Paling tua umur 23 tahun. Takde plan kot nak ada anak lagi.
Ada sorang ni pulak, dia baru masuk, Saya tak sempat nak borak. Tapi dengar ectopic pregnancy. Kemungkinan besar kena potong satu tiub fallopio tu. Anak baru sorang, nampak muda jugak. Mungkin lebih kurang sebaya saya kot. Ok. Yang tu saya memang kalau kena kat saya, saya akan sangat takut. Dia ok lagi, mungkin tak tunjuk kot.
Kiranya bersyukurlah urusan saya dipermudahkan walaupun kehilangan kandungan kembar. Sedih kat part kembar tu..huhu. Mungkin saya masih belum mampu lagi nak ada anak kembar. Allah tahu yang terbaik untuk kita~
Sekarang tengah pantang. Tapi macam tak pantang pun. MC sampai Rabu je. Dah dua hari kerja. Setakat ni ok. Teringat masa masuk wad last week. Bila husband takde sebelah, rileks je lagi. Bila dia melawat first time, meleleh gak air mata ni. Tak tahu nak cakap sedih pasal apa. Perasaan bercampur baur kot.
Daripada Rabu malam pas dah habis korek tu, sampai tengah hari esoknya asyik tanya nurse & doktor boleh tak nak keluar. Serius rindu rumah dan family. Last-last dekat tengah hari doktor pakar tak round-round jugak, akhirnya doktor bagi jugak discaj. Saya setelkan semua urusan discaj sebab malas nak tunggu husband, on the way dari ofis. Nasib baik bawak dompet. RM18 kena. Alhamdulillah tak mahal sangat. Ok lah, memang murah kan. Servis pun bagi yang terbaik~
Bilik air Hospital Serdang ada hot shower tau. Cam duk hotel je. Yang tak bestnye lupa nak bawak selipar. Pergi bilik air pakai kasut sandal..huhu~
kalau jadi mesti camni..huhu~
InshaAllah moga ada rezeki kembar lagi selepas ini
ReplyDeleteIn sya Allah..Allah akan ganti dengan rezeki lain..amin...
ReplyDeleteAssalamualaikum awak..sabar banyak ye. Dugaan ni. Allah dah aturkan sebaiknya. Anak2 syurga awak menanti kat sana. Pantang baik2 ye. Mana tau melekat cepat. Mcm sheila, dah 2 kali gugur. Sblum dpt 2nd baby ni gugur masa dah 3 bulan. Memang sedih la mula2 sebab nak sgt bagi adam geng kt rmh. Alhamdullilah, Allah bagi lagi rezeki. Dptlah Umar. Syukur. Selamat berpantang ye.
ReplyDeleteselamat berpantang yana. jaga diri k.
ReplyDeletein shaa Allah ade rezeki yg lebih Allah janjikan utk yana sekeluarga.. aamiin
selamat berpantang..insyaallah ada rezeki untuk Yana nanti
ReplyDelete