Friday, January 29, 2016

Menang GA wak~


Assalamualaikum~

Hari tu cuba nasib join satu GA ni. Selama join benda-benda ni memang jarang sangat nak dapat menang apa-apa. Walaupun secara rawak..huhu..tetiba masa join GA wak ni dapat pulak memang. Rezeki~ :)

Hadiahnya kalender yang mempunyai banyak gambar-gambar tangkapan wak sendiri. Hebat jugak ye skill fotografi wak ni. Banyak jugak dapat memang awards tu, jangan memain~

Cantik-cantik gambar pemandangan dalam kalendar ni. Terima kasih banyak-banyak ye wak. Sejuk mata memandang. Gambar family wak pun ada ye dalam tu? huhu~





Baru tau ada blue lake kat Masai, Johor. Nak kena terjah ni next time pergi Johor..huhu~




Tiga Lalat
klik banner ni untuk usha-usha wak~

A Postcard I Want
klik banner atas ni pulak untuk usha koleksi poskad-poskad wak dari seluruh dunia~


Kesimpulannya, terima kasih banyak-banyak untuk wak kerana sudi memilih saya untuk memenangi kalender wak ni ye. Moga dimurahkan rezeki untuk tahun ni dan akan datang. Amin~~~



12 Things That Are A Hundred Times Better With Wasabi All Over It


Wednesday, January 27, 2016

Jengka~


Assalamualaikum~

Entri sebelum ni kan saya citer saya tak tengok AJL sebab layan filem jengka kat astro..huhu. Ni nak ceritakan pulak pasal apa cerita Jengka ni. Tak kisahlah cerita ni dah lama ke kan. Saya baru tengok, so barulah boleh review...hehe~

Kalau nak tengok cerita seram kat wayang memang terima kasih je lah. Tak suka menakutkan diri sendiri. Ni tengok kat rumah pun tutup-tutup mata. Sound bagi slow..huhu. Lagi pun dengan kehadiran Adam ni, memang bye bye je lah nak tengok wayang. Tak dapatnya~

Filem ni kononnya diambil daripada pengalaman sebenar. Video rakaman pun yang sebenar punya rakaman. Cuma saya musykil kenapa rakaman sebenar watak suami isteri tu macam pelakon aje ye? Malam-malam pun memang bermekap yang si isteri. Lepas tu setiap masa boleh pegang video cam. Hmm...tak mustahil lah kot..cuma saya musykil je la sepanjang tengok cerita tu.

Kalau memang betullah video sebenar, memang seramlah. Part kena rasuk pun ada. Siap terbang kot. Yang lagi heran, last sekali 'benda' tu pulak yang pegang video cam tu. Memang celik IT ~

Filem ni pasal sorang perempuan yang lari merajuk masuk ladang kelapa sawit tengah malam. Pastu bersalin dalam tu, anak dia kena culik benda ghaib tu. So, ustaz-ustaz pun datang bantu. Bagi saya cerita menarik. Benda ghaib tu lebih kepada orang bunian kot sebab kelibat macam orang je tengok. Memang dalam video sebenar nampak gak.

Last skali dapat jumpa balik baby dia, tapi husband dia mati sebab cabar benda tu. Tak kisah sangat kot sebab husband dia main kayu tiga..huhu~

Sekarang cerita ni banyak main kat astro. Tengoklah ye~








Tuesday, January 26, 2016

Excited sangat~


Assalamualaikum~

Semalam cuti Thaipusam, tapi saya dan Adam duk melepak kat rumah je sebab husband keluar. Petang tu husband cakap, pukul 8 nanti kita keluar beli barang dapur dengan bawak Adam jenjalan. Kesian tengok Adam asyik terperap kat rumah aje. Saya nak bawak pergi taman mainan pun tak boleh, bahaya katanya. Sekarang ni macam-macam orang kat luar tu. Ikut je laaa~

Tapi, tunggu punya tunggu kul 8 lebih sikit baru husband balik rumah. Petang tu pukul 6 call tak leh nak jawab sebab busy la kononnya. Terus hilang mood nak keluar. Balik tu husband terus siapkan Adam. Suruh Adam pujuk ibu ikutlah. Macam-macamlah. Tapi saya nekad tak nak! Mogok! huhu~

Last-last, diorang dah gerak. Saya call husband. Buat-buatlah tanya kat mana dah. Dia patah balik amik saya :p

Tengah siap-siap husband wassap gambar Adam dengan caption 'ibu poyo' T_T




Kemain seronok lagi Adam senyum lebar. Habis semua gigi dia tunjuk, Suka sangatlah tu dapat keluar. Dalam kereta dah excited, pastu terus tertidur dalam kereta sebelum sampai destinasi. Dapatlah ibu dengan ayah makan dengan tenang. Adam tidur sampai ke rumah. huhu~

Rasa bersalah sangat tengok bila Adam excited sangat-sangat bila dapat keluar rumah. Tengok gambar dia senyum camtu buat lagi rasa bersalah. Kesian kat Adam T_T

Sebenarnya kalau boleh tak nak ajar sangat Adam keluar rumah. Tapi kesianlah bila tengok muka dia hepi sangat dapat jalan. Kannn??


Akhirnya rezeki sampai~


Assalamualaikum~

Saya ni dah banyak gak kot join GA, tapi rezeki selalu jauh...huhu..akhirnya selepas lama menunggu dapat gak merasa hadiah GA. Ni pun sebab takde orang yang tuntut, dengan muka tak malu mintaklah kat kak Amy Hilmirda ni..huhu~~





Dapatlah alas gelas 6 bijik dan sampel herbaplus. Dapat gak barang Ikea. Nak pergi husband selalu ngelat..huhu. Terima kasih banyak-banyak ye kak. Merasalah jugak saya. :)

AmyHilmirda
Jom terjah reramai~


Last week pun dapat tahu yang saya dapat jadi pemenang utama Wak 3 lalat gak. Waaa, rezeki datang bergolek ni. Alhamdulillah :) Dah dapat kalender tu nanti saya review ye.



9 Important Things We May Have Overlooked And Should Start Caring About In 2016






Monday, January 25, 2016

AJL 30- Faizal Tahir terbaik!

Assalamualaikum~

Semalam AJL 30 dah pun berakhir. Saya tengok sikit-sikit je sebab layan Jengka.

Keputusan:
Juara- akim & the majistreet
Dua- faizal tahir
Tiga - caliph buskers

Vokal- dayang




Persembahan terbaik tak ingat pulak siapa. Takpelah sebenarnya saya tak tengok pun faizal tahir perform semalam. Baru tengok kat fb.

Persembahan yang sangat simple, tapi penuh maksud tersirat. Nak nangis tengok. Faizal tahir ni memang icon humanitarian care kot. Berapa kali dah dia join ngo pergi negara-negara tu. Bahasa Arab pun hebat dia. Last sekali ada video dia tanya budak tu makan apa kan? Allhuakbar dia jawab.

Ayah Faisal tahir pun setahu saya penaung salah satu NGO kemanusiaan kat Malaysia ni. Dr Tahir. Respect family diorang! Moga lagu faizal tahir ni dapat membuka mata dunia pada penindasan ni. T_T

May humanity restore for us Muslim all over the world~



What Cuti Trends & Hot Destinations Did Malaysians Make Popular This 2015? 

Watch

Friday, January 22, 2016

Gelagat Adam saja~

Assalamualaikum~

Selamat hari jumaat semua! Hepi sok cuti. 2 hari cuti baru-baru ni atas sebab personal. Kat rumah tak leh nak online sebab laptop slow giler. Kena format kot.

Lama cuti idea pun takde. Layan aksi Adam makan tempe goreng je la~







Kemain gaya dia kan? Siap silang kaki tu tak tahan. Pandai lak dia makan tempe tu lapik plastik. Adam ni makin cerdik nampak.

Semalam suruh salam orang pun dia boleh buat dah. Siap cium tangan sekali. Cuma bila mintak kiss dia hulur kepala dia mintak kita lak yang kiss dia. Huhu~

Moga Adam membesar dengan baik. Kadang-kadang rindu muka tembam baby dia..huhu T_T



Epic Experiences Around The World Every Couple Needs To Strike Off Their Bucket List


Wednesday, January 20, 2016

Taman penghayatan alam~

Assalamualaikum~

Hari ni nak cerita pasal taman penghayatan alam, Taman wetland putrajaya. Banyak baca kat blog orang pasal taman ni. Kalau cuti selalunya penuh dengan family.



Tempat ni ada 3 aras. Masuk mula-mula terus ke ground floor. Isnin tempat ni tutup ok. So, sila jangan datang hari isnin.



Tempat ni agak gelap. Banyak projektor. Tapi selesa je. Datang sebab nak bawak Adam jenjalan je. Kesian asyik terperap je.



Seronok dia dapat jalan-jalan. Gambar atas tu kat aras paling bawah. Tapi cineplex tutup plak. Tak tau pe dalam tu.



Atas tu aras paling atas. Ada menara tinjau. Takde lah tinggi mana pun. Tapi overall tempat dia selesa. Menarik pun ye gak. Sebab masuk free :p



Besar taman wetland ni. Pergi taman penghayatan alam je. Pastu pusing-pusing taman wetland tu. On the way balik, Adam tidur..penat sangatlah tu berjalan~

Monday, January 18, 2016

Adam yang suka berjalan~

Assalamualaikum~

Kejap je dah Isnin balik ye. Sabtu ahad lepas tak sempat nak buat apa-apa sangat. Kesian adam ahad baru bawak jalan. Tapi puaslah kot dia jalan tu~

Weekend baru ni parents datang sini. Tidur rumah kakak. So, keje kitorang pergi sanalah. Mesti diorang rindu Adam ni, maklumlah satu-satunya cucu buat masa ni~

Walaupun melaka-selangor ni sebelah je, tapi weekend selalu husband ada benda kena buat. Susah nak balik T_T

Adam ni saya tengok macam suka sangat kalau dapat jalan. Bayangkan pagi ahad tu, dia celik je mata saya cakap nak pergi jalan tak? Terus dia angguk-angguk. Pastu saya suruh dia bangun mandi. Laju je tu! Huhu..nampak sangat bosan asyik duk umah je kan~

Cepat je siap. Biasanya pakai baju kemain susah lagi. Tapi bila nampak orang nak pakaikan baju jalan, memang excited dia nak pakai~ :p

Kadang-kadang rasa bersalah pulak sebab jarang dapat bawak dia berjalan.


Muka bila suruh senyum.

Mak cakap senyum tak iklas macam ibu dia..yeke??? T_T

Memang dia senyum stail camtu. Nak wat gane lagi ye dak? :p




3 Simple Steps For Malaysians To Get FREE Petrol Worth RM10,000 Before 29 Feb 2016!



Friday, January 15, 2016

Ramai lagi orang baik ~

Assalamualaikum~

Semalam balik kerja terus ambil Adam di rumah Pengasuh. Pengasuh yang memang serasi sangat dengan Adam. Adam ni jenis yang cerewet, susah nak minum botol. Dari Adam 2 bulan sabar dia jaga Adam. Memang tak nak tukar pengasuhlah..huhu~

Sebenarnya bukan nak cerita pasal pengasuh Adam. Nak cerita kisah yang berlaku masa nak balik dari rumah pengasuh tu.

Rumah pengasuh tu kawasan kampung. Nak masuk simpang tu ada curb jalan. Baru jugaklah. Tapi saya rasa curb dia agak tinggi dan kalau nak masuk tu memang kena amik lap jauh sikit. Kalau tengok macam tak sesuai je. Sebab jalan pun kecik je.

Nak dijadikan cerita, masa tengah berhenti kat trafik light tu, ada satu kereta viva nak masuk simpang, tapi lap tak cukup. Terus sangkut kereta dia. Dia press minyak tapi kereta tak lepas gak. Kesian gak tengok sebab perempuan.

Tak lama lepas tu ramai-ramai lelaki datang nak tolong. Dalam 8 orang gak tak silap. Ramai kan? Bagus betul diorang. Mungkin sebab tengok perempuan. Kebetulan dekat dengan kedai makan.

Banyaklah hero membantu. Sorang tekan minyak, yang lain tolong tolak tepi sebab tepi yang sangkut. Kejap je dah lepas. Nampak tak tinggi ke tak curb tu?

Syukurlah ada orang baik lagi sekarang. Says sebenarnya risau sebab takut driver perempuan tu tekan minyak kuat sangat sebab gelabah dan boleh terlanggar kete depan saya yang tengah tunggu lampu hijau. Seriau jap.

Nasib baik lelaki tu semua datang cepat. Macam rombongan pulak tu datang. Tak kisahlah apa niat diorang. Tapi terbaiklah tolong~ :)



6 Cara Luar Biasa ‘SuperMom’ Urus Anak Di Waktu Pagi..Dah Tak Kelam Kabut


TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY


Assalamualaikum~

Hari ni nak cuba nasib di blog wak 3lalat ni. Tak tahu napa orang panggil wak. Saya follow je..huhu~

Pemilik blog ni seorang yang sempoi dan kreatif. Juga suka swap poskad dengan orang luar negara. Ramai tu pen pal wak. Bukan sembarangan orang pemilik blog ni.

Rasanya cukuplah tu membodek wak 3lalat ni...huhu...ada rezeki adalah kan..hehe :)


 

Tarikh tutup penyertaan: Isnin | 18 Januari 2016 | 12.00 tengahmalam (jam penulis)

Thursday, January 14, 2016

Letupan di Jakarta.

Assalamualaikum~

Baru baca online tadi terdapat letupan di Sarinah, JalanThamrin. Harian metro pun ada melaporkan. Dianggarkan 3 orang terbunuh. Enam letupan berlaku pada 10.40 pagi, 10.50 pagi dan 10.56 pagi. Tembak menembak juga dilaporkan berlaku.




Saya dapat tahu siapa yang ada kat sana tak boleh balik lagi. Mungkin atas isu keselamatan. Kalau ada plan ke luar negara seperti Jakarta dan bangkok mungkin kena on hold dulu.

Takutnya sekarang ni. Sesuka hati je nak bunuh orang sekarang ni. Mintak dijauhkanlah segala bencana dan malapetaka dari kita semua. Amin!

Moga dunia kembali aman dan kurniakanlah kami pemerintah menjadi adil. Amin...





8 Things You Can Start Doing NOW For A Healthy Fund For Your 2016 Travels

Wednesday, January 13, 2016

Sebab perceraian: Kajian di Selangor~


Assalamualaikum~



Boleh terima ke alasan-alasan camni?? 

Perkahwinan bukan terima kekurangan masing-masing ke? Saya tak berani nak komen lebih, takut jadi kat diri sendiri je. Tak tahu apa nak jadi akan datang kan, tapi...


Mintak jauhlah dari kita semua. Aminnnn!





[PROMO] Fly to Hong Kong with AirAsia from only RM179, promo ends 24 January 2016!


Adam dan Ayah~


Assalamualaikum~

Bulan ni Adam setahun lima bulan. Malam semalam dia dah cakap 2 perkataan dengan jelas. Ayah. Adam. Sebelum ni memang ada dengar, tapi macam pelat-pelat. Tak pasti. Malam tadi saya cakap ayah kat dia, nak suruh dia pergi kat ayah. Pastu dia cakap 'ayah' sambil pergi kat ayah dia. Huhu..suka dengar dia dah start cakap dengan jelas. Risau gak kalau lambat sangat.

Pagi ni bangun husband sampai mimpi Adam tanya dia 'Kita kat mana ni ayah?'..huhu..sindrom ayah yang baru ada sorang anak yang nak start cakap. :p

google~

Bila suruh sebut ibu, Adam tak pandai lagi. Husband cakap Adam lagi sayang ayah sebab tu boleh cakap ayah dulu..huhu...redha je lah..ibu memang susah nak sebut..kalau mama kan senang T_T

Saya memang nak mama. Tapi husband nak ibu ayah. Sebab mak kitorang dua-dua mama. Nak lain la kononnyeeee~ :p

Sabar je lah. Moga Adam membesar dengan sihat dan aktif. Sejak baik cirit birit selera makan dia bertambah dah. Suka suka :)


[THIS WEEK ONLY] Qatar Airways promo to London, New York & more. Hurry, it’s limited!


Tuesday, January 12, 2016

Hot Issue: BF~


Assalamualaikum~


Sehari dua ni banyak blog  cerita pasal isu BF. Apa itu BF? BF adalah breastfeeding bagi yang tak tahu tu. Apa isunya? Isu antara Amran Fans dengan ibu-ibu yang selfie sambil menyusu dan bangga dengan gambar tu..huhu~

Saya? Saya BF gak, tapi masih ada rasa malu untuk share gambar peribadi camtu. Amik untuk tatapan peribadi pun tak sanggip sebab sekarang ni macam-macam dah. Kalau orang hack handphone ke, laptop peribadi ke kejap viral atau apa-apa kes lah boleh berlaku. Zaman sekarang tak leh nak expect apa orang sanggup buat.

Saya tak memihak mana-mana pun. Sebab menegur pun ada adabnya. Iaitu jangan sampai mengaibkan orang yang ditegur. Kena jaga air muka orang. So, bagi saya dua-dua ada silapnya.

Tapi entri kali ni saya bukan nak cerita pasal isu antara dua pihak tu. Tadi member BF ada bagitau, dulu pernah ada flash mob NIP(nursing in public) di KLCC. Sejak dari masa tu, Nursing Room start tumbuh bak cendawan katanya. Dulu susah nak jumpa.  Wallahualam, rasanya ada kebenaran kat situ gak.

Yang saya tak puas hati, penyebab NIP flash mob tu. Katanya ada satu masa tu sorang mummy BF anak dia di kerusi KLCC, pastu security guard halau. Suruh pergi tempat lain, toilet untuk BF. Agak-agaklah nak kasi anak makan dalam toilet kan? Panas gak dengar.

Sebab dari kes tu terjadilah flash mob NIP satu masa dulu, 4 tahun dulu. Lepas tu barulah nursing room ada di kebanyakan tempat. So, di situ kita boleh nampak pro and cons la. Tapi untuk saya join flash mob tu sorry lah. Maluuuuu..huhu. Orang yang expert NIP adalah bila dia BF kita tak perasan pun dia tengah BF. Tu memang hebat~

Entri ni takde kaitan dengan sesapa atau takde berpihak pada sesiapa...huhu...jangan kecam saya pleaseeee~



p/s: Sebenarnya nak citer hari ni bawak botol susu 2 botol untuk letak susu lepas pam, tapi dua-dua tak leh pakai. Satu tutup retak, satu lagi bau macam tak basuh. Haih, camnelah boleh terlepas pandang ni. Nasib baik plastic storage bawak banyak..huhu..sabar jelah~



#KLIPSbest2015 Movie Screening




Monday, January 11, 2016

Interview~


Assalamualaikum~

Esok husband ada interview. Tempatnya adalah kilang saya kerja ni...huhu. Harap sangat ada rezeki. Esok masuk kali ke-3 dah dia try interview dengan  jawatan berlainan dan orang berlainan. Dua sebelum ni takde rezeki. 

Harap kali ke-3 ni ada rezekilah. Kalau dapat kerja sini, tak jauh sangat dengan rumah. Sekarang husband kerja jauh. Sejam gak nak pergi kerja. balik pun selalu malam. Bersyukur ada kerja, tapi tak salah mencuba untuk lebih baik dan perbaiki diri sendiri kan?

Moga dia berjaya untuk interview esok. Tolong doakan ramai-ramai iye. Aminnn~

Jangan berputus asa! Caiyok2!

google~


Manalah tau apa nak jadi esok. Usaha - doa - tawakal~

Kalau tak dapat takde rezekilah tu. Mesti ada hikmahnye. Yang penting dah cuba kan :)

Tolong doakan yang terbaik ye~


Fakta: Gabungan Netflix & 100Mbps Internet Akan Buat Hidup Korang Lebih ‘WOW’ Sebab…


Weekend dengan Adam~


Assalamualaikum~

Weekend baru ni tak pergi ke mana pun. Malam Sabtu keluar beli barang basah sikit. Sikit-sikit pun mahal leh tahan gak. Sekarang ni semua barang mahalkan. Redha je laaa~

Jumaat tu husband pergi mancing, balik rumah pukul 6 pagi. Memang pagi tu dia qada' tidur je lah. Hasil mancing tu dapat sotong katanya. Sotong beli kat kedai mamak :p Takde hasillah tu~~

Petang Sabtu keluar teman member dia beli kasut bola. Sebelum dia keluar minta beli barang untuk buat kek. Untuk isi masa bosan sebab dia takde kan. Bila cakap camtu lajulah ajak beli barang. Kalau tak asyik kena bebel dengan isteri sebab tak luangkan masa dengan family..huhu~ :p

Jadilah cheese cake simple petang Sabtu tu. Gambar tak amik..huhu..resepi cheese cake paling simple boleh tengok dekat blog namee. Simple sesangat! 

Adam behave hari Sabtu tu. Oklah~

Masuk hari Ahad, husband main bola pagi dan petang. Balik tengah hari, rehat pastu keluar balik. Pagi tu buat puding jagung pulak. Ikut resepi Azie's kitchen. Oklah, tapi tak kenyal sangat sebab sekejap je kacau atas dapur. Adam merengek nak orang layan dia. 

Petang tu yang Adam start buat ibu dia jadi hulk! Habis rosak pintu oven ibu! Huhu. Nangis gak kena marah. Pastu bila tanya siapa nak repair, dia pandai lak menjawab dengan bahasa baby dan tunjuk-tunjuk oven tu. Saje nak buat ibu dia cair. Geram betul! 

Pastu memanjat. Dah tegur jangan, bahaya. Dia buat gak, pastu jatuh. Nangis. Kepala terlanggar pintu lagi. Nangis. Suka bukak pampers, pastu kencing atas toto. Dua toto pulak tu tembus. Stress ibu Adam. Sabar je lah~

Betul-betul menguji kesabaran hari Ahad semalam. Tak masuk buat sepah dan cabut ABC, alif ba, ta kat pintu tu lagi. Makan roti dengan colour pencil. Habis warna warni roti, muka dengan tangan dia..huhu~

Sabar je la dengan Adam ni~~  



Korang Rasa Antara 4 YouTubers Ni... Siapa Yang Boleh Pergi Jauh?

Friday, January 8, 2016

Adam Setahun Lima Bulan~


Assalamualaikum~

Rabu hari tu hari Adam check up 17 bulan. Macam biasa sekarang klinik kesihatan kena bayar RM1 kalau anak dah setahun ke atas. Oklah, tak kisahlah kan. Cek berat, cek panjang, cek kepala. Berat Adam maintain sama je macam dua bulan lepas, 7.7kg. Kecik je kan? Hari tu pergi klinik pakar pun doktor cakap kecik Adam ni. 

Oklah tu tak turun sebab Adam kan baru baik muntah-muntah & cirit-birit. Kalau ikutkan kena pergi pakar zat pemakanan / check up 2 bulan sekali sebab berat tak cantik. Tapi nurse tu bagi 3 bulan lagi. Ok lah. Cuti manalah ada kan. Ni pun tak tahu nak pergi ke tak. Rasa macam nak terus ke 2 tahun punya check up je. Sebab ada injection kan 2 tahun tu. Emm...

Untuk check up baru ni Adam kena buat saringan Autism. Ada M-chart kalau tak silap dalam buku check up tu. Untuk disaring masa umur 18 bulan dan 3 tahun. Banyak  gak dia saring. Alhamdulillah, nurse cakap Adam ok setakat tu. Nanti 3 tahun buat semula sebab sekarang memang tak boleh nampak sangat lagi.

Banyak yang dia tengok, antara yang saya ingat:
1. Kepekaan Adam
2. Pemahaman 
3. Boleh bertentang mata lebih 2 saat
3. Kalau suka main benda bulat - ada kemungkinan Autism
4. Dah ada 2,3 patah perkataan yang boleh difahami- yang ni Adam memang tak lepas. Lambat gak Adam nak cakap ye..huhu~
5. Boleh berinteraksi dengan kita
6. Suka berkawan - sebab kalau Autism tak suka bergaul.
7. Suka tiru apa yang kita buat

Banyaklah lagi. Tak ingatlah. Kena tengok balik buku check up tu. Baguslah check. Kita pun tak tahu ada check kan benda-benda macam ni.

Tapi, budak laki memang lambat cakap ke eh? Adam jalan cepat. 9 bulan dah berdiri dan terus jalan. Cuma meniarap sendiri tu lambat, 5 ke 6 bulan gak kot. Bila pandai je meniarap sendiri terus boleh duduk & berdiri. Laju terus perkembangan dia. Cakap je tak boleh faham lagi.

Tapi, Adam faham dah kebanyakan apa yang saya cakap. Arahan yang saya bagi dia boleh buat. Rambut je tak lebat-lebat lagi. Adik sedara dia dah berapa kali cukur & potong rambut dahhh...dia baru sekali je cukur....huhu~

Sayang Adam...hehe~






Kalau Korang Nak Travel, Ini Ada Satu ‘Barang Baek’ Untuk Korang. Nak Tahu Apa?

Thursday, January 7, 2016

Pejabat pos & ber coffee~

Assalamualaikum~

Semalam half day sebab babysitter cuti. Pagi mintak tolong kakak jaga. Nasib baik ada kakak duk dekat..hehe~

Tengah hari balik kerja singgah pejabat pos. Dapat no 1095. Masa tu baru 1055. Mak oiii..40 orang lagi tuuu. Tunggu punya tunggu saya decide balik amik Adam dulu. Sebab pukul 2pm ada check up Adam setahun lima bulan.

Balik solat, tunggu kakak makan. Pastu kuar balik. Masa tu tawakal je harap no tak terlepas lagi. Masuk je pejabat pos, no 1094 baru panggil. Alhamdulillah. Rezeki..huhu~

Setelkan urusan dan terus ke klinik. Klinik kerajaan biasalah kena tunggu lama kan. Nasib sejam lebih setel dah cek. Adam kena isi M chart. Saringan untuk autism. Setakat ni alhamdulillah OK. Next cek bulan 3.

Pastu kakak ajak pergi zawara coffee. Nak cuba churros. OK lah. Jom~


Cuba cari benda tersembunyi :p


Budak tak leh duk diam.

Habis satu kedai Adam explore. Payung orang pun dia nak amik. Malu ibu Adam oii. Nasib tak ramai orang masa tu.

Try churros with ice cream dengan butterscotch machiato. Gambar takde..huhu~

Bagi saya churros cam kureng la. Agak dense isi dia. Air plak mungkin saya patut order frappe kot. Silap la....dahla mahallll..huhu~

Takpelah. Teringin nak try je zawara ni. Oklah dah try. Next~~~ :p




19 Most Jaw-Dropping Then-And-Now Photos Of Hollywood Celebs You Need To See


Tuesday, January 5, 2016

Melaka Bird Park~


Assalamualaikum~

Ni aktiviti lama. Baru nak post. Hehe. Cuti krismas hari tu balik kampung di Melaka. Rasanya saya pernah cerita kat entri NI.~

Mula-mula plan nak balik Sabtu sebab malas nak tempuh jem. Tapi selalunya kita hanya merancang..huhu. Balik Ahad gak, tapi pagi lah. Malam tu tengok berita jem teruk highway. Nasib baik balik pagi tu..huhu~

Adam pun masa tu tak berapa sihat, tapi aktif. Kesian dia nak sangat berjalan. Sebelum masuk highway husband ajak singgah Melaka Bird Park.

Harga tiket: RM17 kot tak silap. Boleh tengok senarai harga kat gambar bawah ni ye. 





Burung-burung dalam tu memang semua lepas bebas. Ayam pun ada tau..hehe. Ada jual makanan burung gak. Kita boleh bagi sendiri. Tapi burung kat sana ganas lah. Main rampas-rampas pulak bekas makanan tu. Habis terabur. Macam tak cukup makan je gaya.

Bagi saya tempat menariklah sebab harga pun ok lagi. Tak besar mana, tapi ada jambatan kena memanjat untuk tengok burung dengan lebih jelas. Lif adam tapi rosak masa tu.





Puas hati lah dapat berjalan si Adam tu. Tapi kerja dia asyik menyorok belakang ibu dia. Takut tengok burung tu. Hehe. Tapi bila nampak ramai budak-budak dia yang berlari pergi sesuka hati dia. Nak berkawan lah tu :)




Geram dengan Adam ni. Dah makin banyak akal. Dalam geram terhibur gak dengan telatah dia. Hari ni ayah Adam takde outstation. Kena jadi supermom lah 3 hari ni. Nasib baik kakak duk dekat, boleh mintak tolong..huhu~

Rasa macam nak drive pergi Johor jumpa husband je kalau ikutkan. Peduliklah emergency leave pun..hehe. Esok memang dah apply half day. Nasib baik fikir esok ada check up Adam je kat KK dan kena amik barang kat pejabat pos. Kalau tak bila lagiiii~ :p


Travel Excuses: What’s Stopping You from Traveling?


Monday, January 4, 2016

Selamat Hari Pertama Sekolah~


Assalamualaikum~

Hari ni rasa lemau je. Sebab biasalah kan hari pertama sekolah. Jalan dah start banyak kereta. Hari ni pun babysitter minta cuti sebab anak dia darjah satu. Jadinya saya pun kena cutilah. Rabu pun babysitter minta cuti lagi sebab anak masuk asrama...huhu..nak buat macam mana. Nanti anak dah besar saya pun macam tu kot.

Ofis pun lengang hari ni. Ramai yang hantar anak sekolah. Team saya dua orang je tinggal dari 6 orang. Kalau ikutkan saya pun takde, tapi tak jadilah. Saya minta half day je la. 

Nasib baik Adam dah ok. Malangnya lepas Adam ok, saya pulak berjangkit. Cirit-birit dan tak selera makan. Sejak hari Khamis hari tu. Nasib baik semalam dah ok. Dah start boleh makan semua. Kuat betul virus Adam ni. Seksa rasa, dahlah husband kena pergi outstation, dengan kerenah Adam nak kena layan  lagi. Kepala dahlah tengah pening tak larat sangat rasa..huhu~

Nasib baik dah berlalu. Jadi untuk peringatan masa akan datang ni. Make sure handle najis anak yang kena virus tu dengan baik. Jangan share minuman atau makan.



11 Must-Read Stories Of Malaysian Heroes In 2015