Assalamualaikum~
Hari ni rasa lemau je. Sebab biasalah kan hari pertama sekolah. Jalan dah start banyak kereta. Hari ni pun babysitter minta cuti sebab anak dia darjah satu. Jadinya saya pun kena cutilah. Rabu pun babysitter minta cuti lagi sebab anak masuk asrama...huhu..nak buat macam mana. Nanti anak dah besar saya pun macam tu kot.
Ofis pun lengang hari ni. Ramai yang hantar anak sekolah. Team saya dua orang je tinggal dari 6 orang. Kalau ikutkan saya pun takde, tapi tak jadilah. Saya minta half day je la.
Nasib baik Adam dah ok. Malangnya lepas Adam ok, saya pulak berjangkit. Cirit-birit dan tak selera makan. Sejak hari Khamis hari tu. Nasib baik semalam dah ok. Dah start boleh makan semua. Kuat betul virus Adam ni. Seksa rasa, dahlah husband kena pergi outstation, dengan kerenah Adam nak kena layan lagi. Kepala dahlah tengah pening tak larat sangat rasa..huhu~
Nasib baik dah berlalu. Jadi untuk peringatan masa akan datang ni. Make sure handle najis anak yang kena virus tu dengan baik. Jangan share minuman atau makan.
Slmt thun bru. Tc tau :)
ReplyDeleteSelamat tahun baru ^^ semoga dipermudah segala urusan
ReplyDeletealahaiii siannya adam. letih sebenarnya jaga anak tak sihat. tapi tula pengorbanan kan
ReplyDeleteNasiblah faham dengan masalah babysitter ye YL. Mmg cenggitulah risikonya kalau babbysitter ada anak anak yg bersekolah...
ReplyDeleteTak dibawak pulak Adam tu ke sekolah ye YL
huhu..mmg lah..klo 1day sek tu mmg jem sgt... lya pon aritu tperangkap hmpir 1jam
ReplyDeleteNasiblah faham dengan masalah babysitter ye YL. Mmg cenggitulah risikonya kalau babbysitter ada anak anak yg bersekolah...
ReplyDeleteTak dibawak pulak Adam tu ke sekolah ye YL
mak adam dh sihat ke
ReplyDeleteteringat dulu time anta kakak2 ke babysitter.
ReplyDeletegini la jugak, nak cuti sebab itu dan ni.
maka kita pun kena la cuti jaga anak2.
then, tukar ke taska, alhamdulillah.
kita keje, taska buka.
mudah...
Selamat tahun baru!
ReplyDelete