Assalamualaikum~
Sehari dua ni banyak blog cerita pasal isu BF. Apa itu BF? BF adalah breastfeeding bagi yang tak tahu tu. Apa isunya? Isu antara Amran Fans dengan ibu-ibu yang selfie sambil menyusu dan bangga dengan gambar tu..huhu~
Saya? Saya BF gak, tapi masih ada rasa malu untuk share gambar peribadi camtu. Amik untuk tatapan peribadi pun tak sanggip sebab sekarang ni macam-macam dah. Kalau orang hack handphone ke, laptop peribadi ke kejap viral atau apa-apa kes lah boleh berlaku. Zaman sekarang tak leh nak expect apa orang sanggup buat.
Saya tak memihak mana-mana pun. Sebab menegur pun ada adabnya. Iaitu jangan sampai mengaibkan orang yang ditegur. Kena jaga air muka orang. So, bagi saya dua-dua ada silapnya.
Tapi entri kali ni saya bukan nak cerita pasal isu antara dua pihak tu. Tadi member BF ada bagitau, dulu pernah ada flash mob NIP(nursing in public) di KLCC. Sejak dari masa tu, Nursing Room start tumbuh bak cendawan katanya. Dulu susah nak jumpa. Wallahualam, rasanya ada kebenaran kat situ gak.
Yang saya tak puas hati, penyebab NIP flash mob tu. Katanya ada satu masa tu sorang mummy BF anak dia di kerusi KLCC, pastu security guard halau. Suruh pergi tempat lain, toilet untuk BF. Agak-agaklah nak kasi anak makan dalam toilet kan? Panas gak dengar.
Sebab dari kes tu terjadilah flash mob NIP satu masa dulu, 4 tahun dulu. Lepas tu barulah nursing room ada di kebanyakan tempat. So, di situ kita boleh nampak pro and cons la. Tapi untuk saya join flash mob tu sorry lah. Maluuuuu..huhu. Orang yang expert NIP adalah bila dia BF kita tak perasan pun dia tengah BF. Tu memang hebat~
Entri ni takde kaitan dengan sesapa atau takde berpihak pada sesiapa...huhu...jangan kecam saya pleaseeee~
p/s: Sebenarnya nak citer hari ni bawak botol susu 2 botol untuk letak susu lepas pam, tapi dua-dua tak leh pakai. Satu tutup retak, satu lagi bau macam tak basuh. Haih, camnelah boleh terlepas pandang ni. Nasib baik plastic storage bawak banyak..huhu..sabar jelah~
mintak2 meran dgn ibu2 muda ni cepat2 tamat kan drama yg diorang cipta...selagi tak tamat selagi tu la ramai yg dok komen menghentam maki hamun segala bagai...berlaumba2 memasing buat dosa...saling aib mengaibkan...:(
ReplyDeletee'in pun tak setuju nak BF anak lps tu upload kat fb.. then flashmob tu betul2 memalukan.. ape yg dorg pk sebenarnye ek..
ReplyDeleteFlashmob ni masa 4 tahun lepas untuk protes sebab kes ibu dihalau sebab BF anak dan minta nursing room diwujudkan....mungkin salah dari agama tapi mereka pun dah ditegur....yg memulakan semua ni kena hentikan..mungkin silap si ibu sebab upload gambar dengan caption dia menyusukan anak walhal x nampak apa pun...dan yg menegur pun takda adab...sorry yana..kak MV simpati dengan ibu...yup dia silap..tapi perlukan kesilapan dia tu diviralkan kpd umum...then dimaki oleh semua...
ReplyDeleteMaaf keluar tajuk ye...
ReplyDeletemasih ada 2 hadiah yang belum berpunya lagi... jgn terlambat :)
Bagus Yana..
ReplyDeleteGigih BF anak tu..
mmmg silap ibu2 tuh selfie smbil menyusu pastu post kt fb tp itu kes dulu n ada sbb kenapa... mungkin mereka pun dh lupa tp kenapa nk di ungkit2... moga kita lebih berhati2 lepas nih... jgn lah sampai memaki2 kuar perkataan yg ntah apa2...
ReplyDeleteapa pun, selfie sambil bf, kalau i mmg tak sanggup la..huhu...
ReplyDeleteSelfie sambil Bf pastu upload dkt media sosial x patut la.
ReplyDeleteAlhamdulillah da byk nursing room dkt shopping kompleks diwujudkan skrg ni. =)
Macam malu nak komen because im a man.. Hahaha.. Apapun that selfie culture must be controlled! Melampau lah kalau semua benda nak ambik gambar tunjuk satu dunia..
ReplyDeleteyes alhamdulillah.
ReplyDeleteberguna juga bila ada problem, ia boleh dibangkitkan.
zaman dulu maybe org bf di rumah aje.
now, di mana-mana. maka keperluan bf room tu memang kemestian!
Ada yang kita boleh share, ada yang tak perlu. Takut bila jadi macam kes BFF tu kan ke dah memalukan diri sendiri.
ReplyDeleteApa2pun jadikan pengajaran buat kita semua.. memang itu hak peribadi masing2 tapi fikir dulu sebelum nak post apa2.. ;)