Tuesday, December 8, 2015

Sifat Pelik Adam~

Assalamualaikum~

Masuk minggu ni dah nak dekat tiga minggu Adam masih selsema dan batuk berkahak. Teruk gak. Risau saya. Semalam bawak pergi klinik lagi. Doktor bagi ubat antibiotik sebab dah lama sangat tak baik, suspek dah ada virus. Jadinya, antibiotik tu diperlukan untuk bunuh virus-virus tu..huhu..

Semalam ada google jugak petua untuk hilangkan selsema dan batuk kahak. Banyak gak:
1. Bagi minum madu + lemon
2. Mandi lemon (dah buat, tapi tak berjaya :( )
3. Bagi minum delima.
4. VCO
5. Sup ayam sebab gantikan protein dalam badan.
6. Sedut keluar hingus.
7. Garlic socks (yang ni kena buat patch test dulu, takut kulit baby sensitif)

Agaknya saya ni memang jenis yang malas nak buat benda atas-atas tu ke? Kena rajin lagi ni..huhu..caiyok2!

Lepas ambil ubat kat klinik, Adam pegang plastik ubat tu. Masuk je dalam kereta, dia selongkarlah isi dalam plastik tu. Tunjuk-tunjuk ubat dengan picagari tu. Saya buat tak tahu je sebab nak kena drive balik pulak lepas tu. Bila tak layan dia menangia pulak. Tunjuk-tunjuk ubat tu.

Aik, Adam menangis nak makan ubat ke?

Dah tu, saya pun layankan aje lah. Bagi ubat antibiotik tu. Dah habis makan ubat tu, dia tunjuk lagu plastik ubat. Nak lagi. Saya bagilah ubat selsema pulak. Habis tu dia nak lagi. Aik? Adam ni biar betul. Macam lapar sangat pulak gayanya..huhu~

Saya sorok ubat tu dan cuba dictract bagi dia biskut. Berjaya sikit lah. Tapi masih mengamuk. Nak tak nak , saya drive je lah. Kalau tunggu lagi Maghrib pun belum tentu boleh sampai rumah. Apa la peliknya Adam ni? Orang kalau boleh tak nak makan ubat, dia boleh suka pulak....huhu~

Memang ada ye budak-budak camni?

5 comments:

  1. Kalau belum sembuh lagi, bawa ke hospital, risau jugak kalau belum2 sembuh. Tapi iday doakan adam cepat sihat ye. Hehehehe

    Iday belum ada anak lagi, tapi selalu risau kalau anak buah yang sakit. hehehe



    Jemput join blogger contest di blog iday ye :) Hadiah berupa AirAsia Big Points and Cash sehingga RM600 :)

    ReplyDelete
  2. Anak sedara Cikna pun camni suka mkn ubat,sonang kojo omak eyhh...;-)

    ReplyDelete
  3. Hihi....pelik jugak tu, jarang budak suka makan ubat walaupun manis. Tp tak per, lagi bagus sebenarnya, cepat baiklah sakitnya tu

    ReplyDelete
  4. sukanya dia makan ubat..klu kembar menjerit2 hukhuk..siap kena kepit ngan kaki huhu

    ReplyDelete