Assalamualaikum~
Dua tiga minggu ni kita dikejutkan dengan beberapa pemergian insan-insan yang disayangi semua rakyat Malaysia. Bermula dengan Pak Yus, Seniwati terkenal satu masa dulu, Mariani Ismail dan yang paling baru anakanda Sultan Johor, TJ.
Walaupun diri ni tak kenal dengan mereka semua, tapi kesayuan tu terasa. Lagi-lagi masa tengok Juara Parodi Pak Yus dalam kenangan. Sedih, tahan je air mata tengok rancangan tu. Banyak kebaikan arwah rupanya yang selama ni kita tak tahu.
TJ pun sama, Banyak buat aktiviti amal walaupun kondisi diri yang tak begitu sihat. Sebak tengok gambar kelaurga Sultan Johor. Terasa juga sedih sebab saya dulu enam tahun jugak duduk di Johor semasa belajar dan dua tahun bekerja sana.
Sultan Johor memang berjiwa rakyat. Saya sendiri pernah bersalaman dengan Sultan (pada waktu tu TMJ) di satu majlis makan malam rasmi. Memang satu pengalaman yang takkan dapat senang-senang. Dulu masa kerja, company saya pernah dapat job untuk renovate Istana Sultan Johor di Muar. Memang best dapat tengok dalam istana tu. Pengalaman yang berharga sangat bagi saya!
Rasa dekat je.
Terasa kesedihan mereka.
Al-Fatihah untuk mereka semua.
Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman
ReplyDeleteAl-Fatihah...
ReplyDelete