Tuesday, November 27, 2012

Rindu & durian~ :p


Assalamualaikum~

Mahgrib tadi hujan turun kat kawasan rumah sewa ni. Tadi agak lebat, Alhamdulillah sekarang ni dah tak selebat tadi. Risau hati ni. Takut kalau kejadian hari tu berulang lagi.

Semalam tengok durian crepe dalam blog sis Deqla yang kak Nurul bagi tu. Cam terliur lak tengok. Tapi saya pelik macam mana durian crepe tu. Apa kandungannya? Jadi, saya pun google lah pasal durian crepe ni. Rupa-rupanya luar dia hanya gunakan tepung dan pewarna.Isi dalam dia pulak letak cream ngan isi durian.

Bila tengok isi dia tu cam pelik je. Durian makan dengan cream? Tak pelik ke rasa? huhu~

Petang tadi lak saya teringin nak makan durian. Dah macam orang mengidam pulak. Mesej ngan leonerz. Rupa-rupanya dia semalam lagi dah makan durian. Tak bagitau pun. Senyap-senyap je kan~~~

Disebabkan keinginan untuk makan durian tu sangat tinggi, jadi dalam perjalanan balik ke rumah sewa, saya singgah kedai tepi jalan. Banyak orang jual durian tepi-tepi jalan sekarang ni. Saya singgah & beli 1 biji durian dengan harga RM3 sebiji. 

Sorry, gambar takde sebab dah tak dapat tahan nak merasa durian tu..huhu~ :p

tetiba teringat pasal kisah ni~ :p

Rindu rasa. 






Siapa nak beli?? hehe~ :)




Thursday, November 22, 2012

Pesanan untuk leonerz~ :p


Assalamualaikum~



Sayang apa khabar dengan mu
disini ku merindukan kamu
ku harap cinta mu takkan berubah
kerna disini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
cobalah kamu telepon diriku
ku rindu dengar suara indahmu
kerana dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
jangan ragu kan cintaku
sayang percayalah apa kataku
kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
kerana ku sayang kamu



Dah lama tak jumpa leonerz. Dah lama jugak tak melawat semua blog kawan-kawan. Ampun maaf dipinta. Saya balik keje je bila ngadap laptop ni akan automatik jadi mengantuk. Tak tau lah nape. Mungkin satu hari dapat pergi 2,3 blog je. Tak larat..huhu~ :(

Nak kata kerja kuat sangat, biasa je kot. Kerja sekarang ni lebih relaks daripada kerja sebelum ni. Cuma strict sikit lah. Lagi satu, nak ke bangunan production dia tu memang jauh kena jalan. Sebab tu penat sangat kot?

Kadang-kadang rasa macam bosan sebab rindukan kerja lama dulu. Dulu banyak belajar pasal bidang saya ni. Sekarang ni, lari jugak lah. Hari tu saya ada tanya dia, ada kaitan ke dengan bidang saya dan dia jawab ada. Saya tunggu jugak ni bilalah saya nak jumpa tugasan tu~

Walau apa pun bersyukur je lah kan. Kerja dah senang pun nak merungut lagi kan?? Ishk3~~~

Harap korang semua sihat selalu dan bahagia di samping orang yang tersayang~~ :)





p/s: Nak g berjalan, tp tak tau jalan..huhu..kat Putrajaya pun boleh sesat, camne tu?? Nampak banguanan Bahagian Pinjaman Perumahan..tu bangunan tempat sis Deqla ngan Kak Nurul kerja ke?  :p

Sunday, November 18, 2012

Happy Birthday Mrs Velentine~~ :)


Assalamualaikum~

Dah lama tak bukak blog, baru perasan tadi yang hari ni besday salah seorang GSF, Mrs Velentine atau nama penuh dia Kak Suzyanna Yap. Pemilik blog ALL About Love~ :)


Selamat hari jadi. Moga berjaya dunia dan akhirat. :)







p/s:Moga Allah SWT melindungi dan membantu semua umat Islam di dunia ni.. :(

Tuesday, November 13, 2012

Kerja baru~


Assalamualaikum~

Selamat bercuti pada semua yang bercuti pada hari ni~ :)

Baru ada kesempatan untuk menulis betul-betul hari ni. Jap lagi kena keluar cari peti ais pulak. Susah nak masak kalau peti ais takde lagi..huhu :(

Macam yang korang semua dah tau, Isnin minggu lepas saya dah pun start kerja di tempat baru. Tempat kerja baru saya ni sangat lain dari sebelum ni sebab company sekarang ni adalah kilang. Sebagai civil engineering graduates, adalah agak pelik kalau kerja kat kilang-kilang ni. Jarang kot kilang nak amik civil. Biasanya diorang nak mekanikal ngan elektrikal. Tak pun chemical je~

Sebab tu masa saya diterima masuk tu saya terkejut sangat. Tak expect langsung pun. Masa saya mula-mula start kerja pun, banyak betul benda yang saya tak tahu sebab saya ni memang tak pernah kerja kat kilang-kilang.

Department saya pulak memang semuanya lelaki rupa-rupanya. Ingatkan diorang memain. Nasib baik semalam ada lagi sorang perempuan masuk. Ada lah geng lepas ni~ :)

Kerja kat sini pun macam lagi senang kalau nak dibandingkan dengan company lama. Benefits dia pun lagi banyak walaupun gaji xdelah beza sangat daripada yang dulu tu~

Rumah sewa pun tak jauh sangat dengan tempat kerja. Setengah jam perjalanan je. Nasib baiklah. Kalau tak leceh jugak~

Yang tak bestnye sekarang ni musim hujan. Air naik sampai ke lutut. Nasib baiklah duk kat bangunan bertingkat-tingkat ~ :(




Sunday, November 11, 2012

Seminggu sudah~


Assalamualaikum~

Masuk hari ni, genaplah seminggu saya di tempat baru. Genap seminggu jugaklah saya terpisah dengan leonerz..huhu~

Sekarang ni takde masa sangat nak bukak blog sebab kat ofis, dia boleh detect lah kite bukak apa. Bahaya. Jadi, bila ada cuti atau kelapangan masa barulah saya boleh buka blog saya dan blog korang semua. Harap bersabar ye~ :)

Setiap pagi nak kena bangun seawal 5.30 pagi sebab nak breakfast kat rumah dulu sebelum pergi kerja. Bukan tak boleh sarapan di ofis, tapi rasanya lagi jimat kalau masak apa yang ada je kat rumah sewa ni. Kawasan rumah sewa saya ni pun ada masalah sebenarnya.

Disebabkan sekarang ni tengah musim hujan, dalam seminggu ni dah dua kali banjir. Takdelah banjir teruk, tapi dekat lutut gak lah tinggi air yang naik tu. Risau betul saya kalau kereta masuk air. Mintak jauh lah~

Semalam pun air naik. Sebelum ni tak pernah pulak ada kes banjir kat sini. Mungkin banjir ni sebab ada construction kat sebelah kawasan rumah ni kot.

Tak leh nak citer banyak sangatlah. Baru balik dari kampung ni. Mengantuk. Insya'Allah, ada masa nanti saya citer lak pasal kerja ye ~~~ :)

jom tdo~~

Friday, November 2, 2012

Dengan rasminya~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Jumaat, 2 November 2012 dengan rasminya saya bukan lagi pekerja syarikat *******! hehe~

Isnin ni bermulanya kehidupan baru ni tempat baru. Harap urusan saya di sana dipermudahkan. Amin! Mula-mula ingatkan dapat tinggalkan ofis lama dengan happy. Tapi, last-last keluar jugak air mata disebabkan seseorang yang saya terpaksa tinggalkan di ofis tu..huhu~

Memang tak sedih nak tinggalkan ofis tu sebab dah dua tahun lebih keje kat situ. Rasa tak sabar nak rasa macam mana pulak kerja kat company yang lagi besar. Company sebelum ni company kecik aje, jadi kadang2 diorang yang atasan tu ikut suka hati diorang je nak bagi gaji lambat ke cepat ke. Semua kerja termasuk despatch saya dah merasa..hehe~

Tapi macam-macam saya belajar kat company lama ni. Memang pengalaman dan ilmu yang takkan saya lupakanlah. Semuanya berharga. Macam-macam saya dah lalui kat sana. Menangis depan bos (hati ni lembut sangatlah..huhu~) , marah kat akauntan sebab tak puas hati, sesuka hati je nak tolak gaji, suka, sedih dan macam-macam lagilah.

Selama 2 tahun ni  saya rapat dengan sorang akak ni. Memang baik sangat dengan saya. Selalu tolong saya. Selalu belanja saya. Selalu dengar luahan perasaan saya. Tak tahan bila nak balik semalam, masa nak salam dia dia tetiba hulurkan hadiah pada saya.

Saya tak harapkan pun hadiah tu. Serius. Gaji pun tak masuk lagi masa ni. Yang saya paling tak boleh tahan bila saya tengok mata dia dah mula berair. Secara automatiknya saya pun jadi macam tu. Akak tu mmg geng dengan saya. Lepas ni dia sorang-sorang aje. Saya tahu bukan senang nak cari kawan yang rapat.

Saya harap saya dan dia akan selalu keep in touch lepas ni. Perasaan happy nak tukar kerja, jadi sedih dan sebak bila tengok akak tu macam tu..

Leonerz gelakkan saya bila saya call dia on the way balik dari pejabat sebab saya menangis. Malam tu akak tu mesej lagi. Sebak baca mesej akak tu. Leonerz pulak boleh ketawa tengok saya dengan akak tu macam ni.

'Macam kekasih pulak. Esok mesti tulis dalam blog tu~', kata leonerz sambil ketawa. Sangat tak patut!!

Tulis pasal ni pun buatkan saya menangis. Nak berhenti ni baru saya sedar, bukan senang nak jumpa kawan macam tu...




p/s: Hari ni kena packing semua barang kat rumah sewa ni. Esok kena gerak balik Melaka sebab Ahad dah kena pergi tempat baru..