Sunday, April 29, 2012

Sepetang di Pontian~


Assalamualaikum~

Petang Ahad tu, kitorang tak tau nak buat apa. Nak tengok wayang pun tak sempat. Bas leonerz pukul 9.45 malam.

Leonerz ajak pergi jalan-jalan ke Pontian untuk menghabiskan sisa-sisa masa yang tinggal. Masa tu saya drive sebab leonerz dah kekenyangan yang amat sampai tak boleh nak duduk tegak. Perut dia aje yang tegak ke depan~ :p

Sepanjang perjalanan ke Pontian tu leonerz tidur aje. Oleh sebab kesiankan dia yang tak cukup tidur, saya tak kacau lah.

Sampai je kat Pontian, saya terus pergi kat Giant. Saja singgah sebab nak cari Vanish, tapi takde. Last-last kitorang pergi survey aiskrim~~

Lama jugak nak pilih aiskrim tu. Lepas dah beberapa kali round peti aiskrim tu, kitorang decide nak amik aiskrim kat bawah ni. Kat cermin tampal harganya RM10 lebih aje. Tapi bila bayar nombor lain pulak yang keluar. RM 17 lebih. Siapalah yang salah letak tanda harga ni...huhu~~


Selesai aje beli, kitorang pergi kat pantai Pontian tu untuk menikmati aiskrim sambil tengok matahari terbenam. Ada orang kata tak elok kan tengok matahari terbenam. Sebab senja-senja. Tapi saya sekali-sekala je leh wat camni..huhu~~

Matahari start nak terbenam~


Vanila sangat sikit. Coklat dia yang banyak. Kesian leonerz sebab  dia tak suka coklat~~

Makan aiskrim sambil tengok laut~

Pantai kat sini tak berapa bersih sangat. Tapi ni je lah yang ada~~


Friday, April 27, 2012

Ahad bersama~


Assalamualaikum~

Ingat tak dalam entri sebelum ni saya ada tulis yang leonerz request saya masak? Disebabkan ada request dari leonerz untuk masakkan sarapan, hari Ahad yang lepas bangun tidur je terus ke dapur..huhu~~

Pagi tu saya masak nasi goreng, ayam goreng, nugget dengan sambal ikan bilis aje. Kelam-kabut memasak, sampai hangit jadinya. Bayangkan nak masak semua tu dalam masa sejam. Saya terpaksa masak dua benda dalam satu masa, sebab tu ikan bilis tu hangit, sebab terabai~~ :p

Tengah hari tu kami plan untuk main boling. Dah lama tak main boling bersama. Jadi, kami pun pergilah ke Diamond yang terletak kat area tebrau tu. Tapi, ramai sangat orang kat sana sebab ada tournament. Rasa tak selesa pulak duduk kat situ lama-lama. Ramai sangat orang.

Jadi, kami pun batalkan niat untuk main boling kat Diamond tu. Dia ajak pergi ke Angsana pulak. Kat sana, kami main tiga game. Mula-mula nak main satu game je. Last-last sampai 3 game bantai~ :p

Masa game yang kedua tu ada satu pengalaman yang sangat memalukan berlaku pada saya! Masa tu leonerz nasihatkan saya supaya rendahkan lagi kekuda saya supaya bola tak terhentak kuat sangat ke lantai. Jadi, saya pun try lah buat macam yang dia suruh. Memang lepas tu, bola tak terhentak kuat sangatlah.

Tapi, ada satu kali ni, masa saya nak baling bola tu, kekuda saya tak stabil. Saya terjatuh melutut kat depan garisan kat lane tu. Kedua-dua belah tangan menahan lantai, lutut dah selamat landing atas lane tu.

Malu sangat-sangat masa tu!

Dengan tangan penuh minyak, saya cepat-cepat pergi ke tempat duduk. Pergi ke arah leonerz yang sedang menahan ketawa. Saya tengok sekeliling, macam takde orang yang nampak. Tapi yang lane sebelah tu confirm perasan kot, cuma dia tak tunjukkan sangat. Nasib baik~

lebih kurang camni lah saya jatuh~

Saya terus duduk depan leonerz dengan muka sedih. Saya mintak dia tolong ambilkan tisu dalam beg sebab kedua-dua tangan saya memang penuh dengan minyak masa tu. Malu sangat, rasa cam nak nangis je. Nasib baik leonerz ada. Dia tolong lapkan minyak kat tangan saya.

Game pertama dia menang 3 mata, game kedua saya menang 3 mata dan game yang ketiga dia menang. Tapi saya tak ingat berapa point. Jadi disebabkan saya dah kalah, saya kena belanja makan tengah hari.

on the way balik dari pusat boling tu~


Saya ajak dia makan kat ZZ Sup Tulang. Sebab saya pun baru tahu pasal tempat ni baru-baru ni. Jadi, saya nak bawak leonerz rasa jugak suasana kat kedai makan tu. Nyaman je rasa~



Saya order mee rebus ayam je. Leonerz order nasi ayam penyet dengan sup tulang~

Sup tulang~


Lama jugak duk kat kedai tu nak menghabiskan makanan. Kenyang sangat sebab sebelum gerak ke kedai makan tu, kitorang sambung makan nasi goreng dalam kereta..huhu~~






Thursday, April 26, 2012

Aktiviti bersama-sama hari Sabtu ~ :D


Assalamualaikum~

Macam korang semua tahu dalam entri2 yang sebelum ni, saya dan leonerz akhirnya dapat jumpa lepas 3 bulan tak jumpa..huhu..sekarang ni tak boleh nak jumpa selalu sangat sebab nak kena simpan duit untuk kahwin kan~~~

Hari Sabtu tu petang baru dapat jumpa, jadi tak banyak aktiviti yang dapat kitorang buat. Cuma malam tu tengok wayang aje lah. Tak banyak pilihan citer sebab kitorang pergi pukul 9 lebih lepas dinner lele penyet..huhu..korang tau tak apa tu lele penyet??

lebih kurang camni lah..ada nasi sekali~

Kat area Johor ni banyak sangat pilihan kedai untuk makan ayam penyet ngan lele penyet ni. Harga pun okay. Antara ayam penyet ngan lele penyet, lele ni lagi murah. RM4.50 satu. Kitorang suka makan kat satu kedai ni. Nama dia Wak Kartum kot~?

Tak pasti sangatlah. Tapi suasana dalam kedai tu tu best. Meja jepun, makan duduk bersila depan tv. Macam duduk dalam rumah je rasa. Kalau beli rumah sendiri buat camtu pun best. Tak banyak perabot, ruang pun luas..hehe~

Memang tiap kali leonerz datang Johor, adalah satu kemestian untuk makan lele penyet ni. Banyak kenangan kitorang kat Johor ni. Banyak sangat. Rindu~ :p

Teringat kenangan lama kami..huhu..masa saya dah nak abis belajar, leonerz masih ada setahun lagi pengajian dia. Teringat ayat-ayat dia ni,

'Nanti yana dah takde kat Johor, bila lalu jalan ni mesti sedih. Mesti teringat yana aje,'kata leonerz dengan muka sedih.

Sekali saya dapat keje kat Johor daaa~~

Akhirnya saya yang ditinggalkan bila dia habis belajar. Dia balik kampung dia. Saya masih di sini. Jauh dari keluarga, jauh dari leonerz.

Sunyi.

Rasa tak best. Sekurang-kurangnya kalau dekat dengan family, tak terasa sangat masa berlalu. :(

Nak kahwin cepat. Nak ada teman di sisi ni..huhu~~~~

Ops, saya rasa macam dah lari tajuk sangat ni. Hari Sabtu tak banyak aktiviti pun sebab masa limited. Hari Ahad hari tu banyak...hehe..macam-macam kitorang buat.


Sabtu hari tu tengok citer ni~~


Aktiviti hari Ahad, saya sambung lain kali pulak lah. Panjang pulak entri ni...hehe. Leonerz request saya masak untuk breakfast hari Ahad tu. Rindu masakan saya katanya~ :p

Masa kitorang sama-sama duk Johor ni memang saya selalu masak. Pastu makan sesama. Jimat~~~ :p





Wednesday, April 25, 2012

Cerita di sebalik stalker kertas A4..


Assalamualaikum~

Hari tu saya ada citer pasal kertas-kertas A4 kat kereta saya kan kat SINI. Hari yang sama tu, leonerz muncul depan mata saya jugak lepas saya habis kerja. Saya dan leonerz jarak perjalanan antara kami adalah 8 jam masa perjalanan. 

Selalunya dia yang datang sebab dia cuti Sabtu Ahad. Saya cuti Sabtu aje..huhu~ :( Biasanya kalau datang dia akan naik bas malam, sampai awal pagi dalam pukul 5 lebih. Dan kebiasaanya saya yang akan ambil dia kat tempat bas sebelum saya pergi kerja. 

Jadi memang saya terkejut sangat bila tengok-tengok dia dah ada kat depan ofis saya masa habis kerja Sabtu tu. Berlenggang pulak tu datang. Dia takde pegang apa-apa beg baju. Saya yang tengah terkejut tu dah jadi confuse pulak. Saya tanya, tapi dia tak nak bagitau. Lepas saya habis makan dengan ofismate baru dia nak bagitau. 

******

Leonerz citer yang dia sampai dalam pukul 5 lebih pagi sabtu tu. Sampai aje, dia terus naik teksi untuk ke kawasan rumah sewa saya. Dia cakap kat pak cik teksi tu yang dia nak pergi rumah kawan dia. Tapi sebenarnya dia hanya nak sekodeng clear ke tak lorong rumah saya tu. Sebab area rumah sewa saya memang ada pak guard round. 

Leonerz nampak ada 2 guard, tapi duduk aje kat post diorang. Muka pun macam mengantuk je. Bila dah lalu depan rumah sewa saya, dia kata kat pak cik teksi tu yang kereta kawan dia takde. Jadi dia suruh pak cik tu berhentikan dekat stesyen Petronas berdekatan. 

Dari Petronas tu, dia jalan kaki ke rumah sewa saya. Baru aje dia nak panjat pagar, dia tengok pagar tak berkunci. Dia terus masuk. Lepas tu, leonerz susun kertas A4 tu kat cermin depan kereta saya. Habis aje susun, dia jalan pergi ke breakfast di restoran berdekatan taman perumahan saya tu.

******

pinjam google

Gigih betul dia berjalan ke sana ke sini pagi-pagi buta macam tu. Boleh pulak pecah masuk kawasan rumah orang. Berani betul! Kalau kena tangkap macam mana?? Dahlah pagi tu hujan renyai-renyai. Cian dia~ Nak kenakan saya punya pasal, sanggup buat macam tu. Padan muka :p

Rupa-rupanya dia ada bagi klu dalam entri yang dia buat hari Jumaat hari tu kat SINI.

p/s: rindu sama kamuuuuu YANA LIBRA =(
sori HUJUNG MINGGU NI cuti tapi kene keje so KITE jumpe lain mase…
leo DATING dgn special client hjung mggu ni huhu..
grau2 jgn mrh bucuk =P
LUVS U=)



Nak tau apa ayat tersirat kat dalam nota dia tu? Try sambungkan perkataan yang huruf besar aje tu~

YANA LIBRA HUJUNG MINGGU NI KITE DATING

LUVS U=)

mirmashi94 sorang aje yang dapat teka dengan tepat..hehe. Masa baca entri tu saya tak tau langsung apa 
motif dia letak huruf besar-besar tu..huhu~

Saya punyalah percaya yang dia ada kerja Ahad tu, nak jumpa client. First time dia buat kejutan camni..hehe.. :D






P/s: Tak leh nak gambarkan apa yang saya rasa masa saya nampak dia betul-betul ada depan mata. Selama ni dia 
selalu mainkan saya je~

Tuesday, April 24, 2012

Kejutan hari Sabtu lepas..hehe~


Assalamualaikum~

Catatan hari Sabtu, 21 April 2012.

Hari ni hari Sabtu. Sabtu yang tak ada apa-apa keistimewaan. Kecuali kejutan menyeramkan dai stalker. Nak tau cerita, baca SINI. Masa menunjukkan pukul 10.00 pagi. Lambat lagi rasanya nak pukul 1.00 pm. Hari ni mood nak buat kerja hilang sebab terkejut dengan kertas yang saya jumpa pagi tadi.

Buat apa pun tak jadi. Asyik termenung fikirkan siapalah agaknya gerangan orang yang buat macam tu kat saya. Takde sorang pun yang terlintas di fikiran saya. Rakan sekerja saya tak ramai yang tahu tempat tinggal saya. Yang tahu hanyalah kawan-kawan perempuan.

Awal pagi tadi, sampai aje kat ofis. Saya terus jumpa ofismate. Saya ceritakan apa yang berlaku pagi tu. Saya bercerita hingga keluar air mata. Saya tak pasti sama ada itu air mata sedih atau takut. Pagi tu pun sebelum keluar untuk ke pejabat, saya ada sedikit perselisihan faham dengan leonerz

Pagi tadi,nampak aje kertas tu saya terus call dia.

'Nak tanya ni. Baik mengaku. Ada komplot dengan member2 kat sini untuk kenakan yana ke?? Jangan tipu!' saya tanya leonerz. Walaupun jarak saya dan leonerz agak jauh, tapi dia mempunyai ramai kawan kat area saya ni.

'Tolonglah, takde masa nak suruh diorang tu buat benda ntah pape. Amik la no. membe ni, tanya sendiri dia.' Jawab leonerz.

'Yana ada layan laki lain eh? Nape dia sampai buat macam tu? Baik mengaku siapa.'sambung leonerz lagi.

Saya rasa cam nak nangis je. Boleh dia tuduh saya camtu.

'Dahlah, kalau setakat nak tuduh yana macam-macam, baik tak yah cakap pape langsung!' Saya marah.Saya perlukan dia untuk menenangkan saya bila jadi camni. Tapi, dia lagi buat saya jadi marah.

'Serius abg tak buat. Pergilah report polis. Pagi ni abg bz sikit, kena tolong pak cik abg. Jadi tak leh nak mesej sangat.' kata leonerz lagi sebelum meletakkan telefon. 

'Pape bagitau! Jangan lupe repot polis! 'mesej leonerz pada saya. Jam masa tu menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Tak sabar nak abis office hour rasanya.

'Yana, nanti call. Ada benda nak bagitau.' mesej leonerz lagi. 

Tanpa berlengah, saya terus call leonerz,'Benda apa nak bgtau??'

'Nantilah, tengah tolong mak ni. Nanti dalam pukul 12.55 call balik boleh?' 

Saya dah tak leh nak duduk tenang. Apa yang dia nak bgtau agaknya. Dia nak bgtau mak ayah dia nak batalkan pertunangan kami ke. Saya mula risau.

Tapi tak lama saya risaukan benda tu. Lepas tu saya sibuk siapkan kerja sampai saya lupa nak call leonerz semula. Leonerz yang call saya.

'Apa yang penting sangat tadi nak bagitau?'tanya saya pada dia.

'Adalah, benda ni panjang sangat. Abg citer kat rumah lah. Baliklah dulu.' jawab leonerz. Jawapan yang membuatkan rasa ingin tahu saya jadi sangat tinggi,

Saya tak boleh balik awal sebab ofismate ajak keluar makan sama untuk meraikan salah satu rakan kami yang nak berhenti bulan ni. 

'Takpelah, pergilah makan dulu.Dah habis makan bagitau lah.'kata leonerz. Masa tu saya dah start rasa nak marah aje.

'Tak nak bagitau dah lah. Jangan harap yana nak call lagi pasni.' jawab saya. Masa tu ofismate dah tunggu dalam kereta.

'Abg ada kat restoran depan ofis yana lah sekarang.'

'Haaa??? Jangan main-main boleh tak??' Saya dah macam nak jerit dah. Saya tengok scan luar ofis saya. Saya tengok restoran depan tu, tapi tak nampak sebab agak jauh jugak. Saya dah lah rabun.

'Serius, yana pakai baju warna merah kan?'tanya leonerz. Saya jadi hampa. Saya pakai baju warna hitam masa tu.

'Tipulah, malas nak caya. Dahlah nak pergi makan ni.'

'Datang amik abg kat restoran ni.'kata leonerz lagi. Masa tu saya dah rasa cam excited sangat dah. Tapi takut gak kalau-kalau kena tipu dengan leonerz ni. Bukan boleh percaya sangat~

Saya terus pergi ke kereta dan start enjin. Tak lama lepas tu saya nampak leonerz keluar dari restoran depan ofis saya.

Terkejut yang amat!

Tak pernah-pernah leonerz datang tanpa beritahu saya. Kitorang memang dah lama tak jumpa, tiga bulan lebih kot....huhu~~

Saya mula terfikir, entah-entah stalker yang tinggalkan kertas A4 kat kereta saya pagi tadi tu leonerz???



dari google





p/s:nak tau lebih lanjut tunggu next entri lah~~ :p





Monday, April 23, 2012

Klu...



Hari tu leonerz ada buat entry NI. Last skali dia ada tulis ayat-ayat  bawah ni. 





p/s: rindu sama kamuuuuu YANA LIBRA =(
sori HUJUNG MINGGU NI cuti tapi kene keje so KITE jumpe lain mase…
leo DATING dgn special client hjung mggu ni huhu..
grau2 jgn mrh bucuk =P
LUVS U=)








Korang ada klu apa maksud dia dalam entri tu???

Sunday, April 22, 2012

Terkejut & takut...


Assalamualaikum~

Hari Sabtu baru-baru ni, saya kerja macam biasa. Pagi tu saya bersiap agak lewat sebab Jumaat saya balik lambat. Malaslah  nak pergi awal..huhu~~

Selesai aje bersiap-siap, saya turun ke bawah untuk panaskan enjin kereta. Keluar aje dari rumah, kucing dah menunggu, mengeow2 meminta makanan. Dah bagi kucing makan, saya terus ke kereta. Semalam saya parking kereta dalam pagar rumah.

Sampai aje dekat dengan kereta, saya tengok kereta saya ada banyak kertas A4 diletakkan di windshield kereta saya.

'Aik, iklan apa pulak ni?'fikir saya dalam hati.

Saya tengok kereta housemate saya yang lain. Takde pulak kertas-kertas ni.

Mula-mula amik kertas tu dari windshield, saya tak perasan sangat tulisan kat kertas tu.

"Saya sayang awk"
"Saya cinta awak"

Saya mula pelik. Iklan ape pulak ni? Dahlah kat kereta saya aje kertas-kertas ni. Pastu saya perasan lagi satu. Kertas tu ada tulis nama saya.

Hai Yana,,,

Saya sayang awak
Saya cinta awak

dari 
sang pechinta 

Saya dah takut dah bila baca apa yang tertulis kat kertas tu. Saya call leonerz, tanya dia ada nak kenakan saya ke.

Dia kata takde. Dia marah saya, tanya saya ada layan mana-mana lelaki ke. Pastu dia suh saya report polis. Sebab orang tu kira macam menceroboh ke rumah saya ni. Walaupun setakat luar pintu pun. Saya ceritakan pada ofismate saya. Diorang suruh saya report polis gak. Takut kalau-kalau orang tu buat sesuatu yang lebih ekstrem pulak nanti.


Kat cermin depan kereta saya penuh kertas A4 bertulisan macam kat atas ni. 



Siapalah agaknya yang minat saya dalam diam ni?? Takut gak. Tengok ejaan pun lain macam je.


Friday, April 20, 2012

At last~~




Assalamualaikum…

Hurmm lame dah x update blog…

first of all, nak time kasih kat yana sbb tolong

jage blog dari besawang dan sebagainya..

xlupe juge kepada follower2 blog ni.. tq sume..

Emm mitak maaf la sbb xdpt nk update blog ni slalu

di atas keje yg smkin btambah…

tapi alhamdullillah..

besyukur la kan dari xde keje lgsung pun bosan jugak huhu…



entry kali ni nak citer pasal “org yg ske kaco org”…


Penah x ade secret admire?? Huhu sy pun x hahaha

Penah x dpt surat cinta dari org yg xdikenali?? Sy pun x hahaha

Penah x dpt bunga dari org x dikenali?? Wah bes r tu huhu


X kesah la korg penah ke x huhu ni nak citer ni..

org yg mcm tu bahaye sbb kite xpenah bedpan dgn die bcakap dgn die..

so camne kite nk tau hati budi die???

Org yg mcm ni leh lakukn ape saje kat org yg die nak/minat tu..

sbb dah tentu die dah selidik sume psl org yg die nak/minat tu..



So kalo2 la anda sume penah kene camni bhati2 la ye..

kalo nak bkawan @ bcinta skalipun bia kite knal hati budi die..

kenal muke pun xpe kot huhu yg penting kite tau dgn sape kite bhubung dan

sahabat @ ahli kluarge kite tau dgn sape kite bkawan/bcinta…

pe2 jadi nnt snang citer… ok tu je la.. smt bcuti sume=)


p/s: rindu sama kamuuuuu YANA LIBRA =(

sori HUJUNG MINGGU NI cuti tapi kene keje so KITE jumpe lain mase…

leo DATING dgn special client hjung mggu ni huhu..

grau2 jgn mrh bucuk =P

LUVS U=)


Thursday, April 19, 2012

Membebel~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Khamis. Rasa cepat je masa berlalu. Nasib baik hari ni tak payah ke luar pergi jumpa client...hehe..tapi kerja tetap ada. Pagi ni rasa otak berserabut sikit. 

Kisahnya macam ni. Sekarang ni saya tengah handle projek yang ambil masa lama dan ada banyak data yang perlu key-in. Bos tengok saya macam banyak kerja sejak ofismate saya dulu berhenti, jadi dia suruh kerani ofis tolong buat kerja saya ni. Sebab kerja-kerja key-in aje, bukan design apa-apa pun. 

Saya okay je bila ada orang nak tolong ni. Senang kerja saya..hehe~

Mula-mula saya mintak akak tu tolong edit-edit report aje, sebab nak tukar nama lokasi aje. So, takdelah susah sangat kan? Akak tu pun saya percaya leh buat kerja. Data dan results aje yang saya buat. 

Sekarang ni semua report termasuk data dan results pun bos suruh kerani buat. Masalahnya dia suruh kerani yang baru masuk minggu lepas tu buat. Kalau dia taip data ni salah ke, saya jugak yang kena dengan klien kan? Nak ajar lagi satu hal, nak kena check balik lagi satu hal. Baik saya buat sendiri aje semua kerja tu kan?

Semalam pun saya kena panggil jumpa klien sebab ada masalah dengan nama lokasi report tu. Pape hal pun saya jugak yang kena. 

Takde point pun entri ni. Setakat nak membebel aje. Tengah fikir nak bagi ke tak budak baru tu buatkan kerja saya ni. Risau lah~~

Ok, stop samapai sini dulu. Nak sambung buat report lain dulu..sok kena submit..huhu~~

sumber google



p/s:semalam kucing kat rumah sewa saya dah beranak lah~~ :)

Wednesday, April 18, 2012

#11 Wordless Wednesday?


Assalamualaikum~



I can’t promise you a perfect relationship without arguments over our differences and trust

 issues, however, I can PROMISE you as long as you’re TRYING i’m STAYING…

Sumber:FB




p/s: Sekarang tengah agak busy, jadi agak kurang nak mengupdate..huhu..Lepas ni kena kerja luar, ada banyak appointment kat luar hari ni~~ :(

Sunday, April 15, 2012

Mahasiswa masa kini.


Assalamualaikum~

Saya  bukan nak cakap pasal semua mahasiswa kat Malaysia ni. Saya baru je tengok kat SINI pasal demonstrasi mahasiswa untuk mansuhkan PTPTN.

Saya sebenarnya pelik. Kenapa perlu diadakan demonstrasi semata-mata untuk memansuhkan PTPTN? Perlu ke demonstrasi pasal benda tu? Sebelum ni saya ada buat jugak entri pasal diorang kat SINI. Saya tengok ada muka-muka yang sama dalam kedua-dua demonstrasi ni.

Saya memang tak suka politik. Jadi ni semua berdasarkan apa yang saya rasa sahaja. Kalau ada pandangan lain bolehlah bagi kat ruang komen tu ye.

Orang-orang yang buat demonstrasi tu tau tak apa sebenarnya fungsi PTPTN ni? Setahu saya PTPTN ni orang bumiputra je kot yang dapat. Sebab kebanyakan kawan cina saya memang tak dapat pinjaman tu. Diorang terpaksa berusaha sendiri untuk meneruskan pelajaran.

Tapi orang kita, bila kerajaan dah tubuhkan PTPTN untuk bantu, kenapa kita nak mansuhkan? PTPTN tu tak wajib ambil bukan? Siapa yang rasa mak ayah dia mampu tak payahlah nak isi borang mohon pinjaman ni. Kenapa perlu buat demonstrasi utuk dimansuhkan?

Lagi satu, kalau rasa diri tu pandai tak yah lah nak mintak duit PTPTN tu. Ambil biasiswa je kan senang? Tak yah bayar balik. Biasiswa JPA dapat lagi banyak daripada PTPTN tu. Kerja pun tak terikat dengan kerajaan (bagi sesetengah course).

Kalau dapat first class, PTPTN kan akan ditukar jadi biasiswa? Jadi kalau rasa tak nak bayar balik PTPTN tu belajar pandai-pandai, dapatkan first class. Bukannya dengan buat demonstrasi sana sini.

Tolonglah, kalau diorang tu adik saya memang nak kena hempuk la. Orang suruh belajar bukan berpolitik. Bila dah pandai, orang akan hormat. Percayalah~

Kalau serius diorang berilmu macam tu ke caranya? Dengan meletakkan kalungan bungan dan batu nisan kat gambar PM?


Risau saya dengam mahasiswa masa kini yang terlalu taksub dengan politik. Sedih tengok~




Saturday, April 14, 2012

Teringin~~


Assalamualaikum~

Saya sejak dia menjak ni rasa cam malas je bila dah balik keje ni. Nak buat apa pun malas. Semua malas. Habislah saya dah kena virus MALAS yang serius ni. Apa penawar dia ye??

Agaknya asyik keje tiap-tiap hari kot buat saya rasa bosan.Tak pun sebab dah berbulan tak jumpa leonerz? Tiga bulan dah kot..huhu..susahlah nak jumpa selalu. Kos banyak sangat. Perjalanan pun jauh. Sabtu saya keje. Manalah nak curi masa jumpa dia sangat.

Saya sebenarnya teringin sangat nak pergi bercuti ke pulau-pulau. Macam tenang aje rasa. Hari tu tengok gambar-gambar leonerz masa pergi Pulau Redang cam best je. Air biru jernih. Cantik sangat~



Tapi nak pergi sana jauh sangat tu. Kat pantai timur. Dari selatan nak ke sana dah berapa jam habis.

Pulau Tioman pun cantik juga kan? Air dia pun biru jernih. Dulu masa sekolah pernah pergi sekali. Nak pergi sekarang ni susahlah. Cuti hari Ahad aje. Cuti tahunan pulak memang tak banyak. Sekarang ni tinggal untuk cuti raya dan emergency je ni..huhu..


1 Mei ni kan cuti? Hari Selasa. Isnin kalau cuti bolehlah cuti lama. Tiga hari. Tapi, tak boleh jugak. Saya ni dah lama tak balik kampung jumpa mak,jumpa adik2. Jadi kena balik kampunglah masa cuti panjang tu. 

Sedihlah. Bila saya boleh ada masa nak enjoy ni?? Orang kata sebelum kahwin ni la masa untuk kita berjalan ke sana ke sini. Tapi saya serius takde masa. Macam takde life pulak rasa. 

Bila cakap ngan leonerz yang saya nak pergi bercuti. Dia akan jawab,'Tunggy honeymoon je nanti.' Cakap senanglah. Entah bila entah nak kahwin. Geram pulak rasa. 

Perasaan untuk pergi bercuti dan lari dari masalah kerja ni sangat kuat sekarang ni. Kerja tak banyak sangat pun kat ofis, tapi tak tahu kenapa saya rasa bosan. Saya rasa nak berjalan-jalan..huhu~~

Saya ni mengada-ngada ke?? huhu~ :p



Thursday, April 12, 2012

Ikhlas~



Assalamualaikum~


Comel tak doodle kat atas ni?? Dak Fisha yang bagi saya..hehe..pandai dia buat kan?? Kalau nak tengok doodle-doodle lain leh lah pergi terjah ke blog dia tu.

Saya sejak 2, 3 hari ni agak malas nak mengupdate blog ni. Tak tau lah nape. Asyik main game Flower vs Zombie je. Korang pernah main game tu??

Saya sebenarnya nak tulis pasal ikhlas. Adakah anda ikhlas dalam membuat sesuatu?

Saya ada seorang ofismate ni. Dia dulu selalu tolong arrangekan birthday party untuk ofismate yang lain. Tapi bila turn dia takde orang arrangekan apa-apa. Tahun berikutnya, dia dah tak arrangekan apa-apa birthday party lagi sebab takde orang nak celebrate birthday dia.

Kiranya selama ni dia tak ikhlaslah buat semua tu kan?

Saya pelik dengan orang yang suka meminta hadiah birthday dia. Sampai kat bos pun dia berani mintak. Kalau saya, tak kuasa saya. Buat malu aje. Kalau orang nak bagi, amiklah. Kalau orang tak nak bagi redha je la. Kan senang macam tu?

Dahlah tahun lepas bos bagi dia set minuman kesihatan. Dia tak suka. Kalau dah tak suka tu senyap-senyap sudahlah kan? Benda tu pun beratus jugak harganya.

Ini tidak, dia boleh cakap kat orang yang bagi dia hadiah tu yang dia tak minum minuman tu. Dia bagi benda tu kat maid dia je. Aduhai, ada jugak orang macam tu kan?

Umur dah meningkat, dah ada beberapa orang anak, tapi fikiran camtu. Ya Allah, jauhkanlah kita semua dari sifat macam tu~

Dalam family saya, birthday saya paling last. Ayah saya selalu lupa birthday saya. Sedih jugak. Tapi takpe, mak saya tiap tahun wish birthday & bagi hadiah. Tu dah cukup bagi saya. (dengan ucapan dari si dia jugak~~ :p )

Hidup ni kenalah selalu bersyukur. Ramai lagi orang yang tak bernasib baik di luar sana. Bila kita dalam kesusahan atau musibah, ingatlah bahawa ada orang yang lagi susah dari kita~ :)




Tuesday, April 10, 2012

Cerita hantu..


Assalamualaikum~


Mintak maaf bebanyak sebab dah lama tak update..huhu..kat ofis busy, kat umah pulak dah penat (alasan orang pemalas :p )

Semalam kakak kat ofis saya ni ada bercerita pasal kisah hantu. Saya pernah dengar gak yang jalan-jalan di JB ni banyak yang 'keras'. Jadi kalau korang tak tau mana jalan tu, janganlah sesuka hati redah jalan kat JB ni malam-malam dan sorang-sorang..huhu~~

Gadis berkebaya merah.

Saya tak ingatlah merah ke hijau. Tapi kalau korang lalu kat depan RTM kat JB tu hati-hatilah ye. Kot-kot ada gadis nak menumpang. Akak tu cerita, kisah ni dia alami sendiri dengan keluarga dia masa lalu jalan tu. Tapi dah lama dah lah.

Kisahnya begini, masa diorang tengah drive waktu malam dan melalui jalan tu, tetiba akan ada seorang perempuan menumpang di belakang. Dia tak kacau ke apalah. Tapi munculkan diri pun dah buat orang rasa seram. Dia takkan cuit atau bersuara. Senyap aje. Dan bila sampai depan maktab, dia akan hilang.

Anggap aje lah dia nak menumpang kan. asal tak kacau sudah~~~

Lorong Mahmudiah.

Pernah ada kes sorang pemandu teksi ni. Dia bawa sorang penumpang. Penumpang tu mintak diberhentikan di lorong Mahmudiah yang kiri kanannya hanya ada hutan dan semak samun. Korang rasa orang ke tu??

Jalan yang saya tak ingat namanya.

Kalau lalu jalan ni malam-malam, confirm akan ada benda tumpang. Kadang-kadang kul 9 pun dah ada yang menumpang tau. Jadi hati-hatilah dengan jalan JB ni.

Taman Merdeka.

Kisah yang tak dapat dikenalpasti. Yang saya ingat masa akak ofis ni nak amik gambar kat menara kat sana tu, tetiba flash tak keluar. Gambar semua tak menjadi.

Taman Rekreasi M****** R***.

Nama terpaksa disensored sebab saya selalu gak jog kat taman rekreasi ni. Sekarang dah jadi hutan bandar. Tempat yang kerasnya kat tasik hujung taman ni. Ada cik pon di situ.

Akak ofis saya citer ada sorang kawan ayah dia ni kena sampuk dek cik pon yang tengah bersantai kat situ. Muka kawan ayah saya ni jadi senget sebelah dek sampukan cik pon tu.

Saya terkejut gak dengar sebab saya kadang-kadang rajin gak jog kat sana. Memang area tasik hujung taman tu agak sunyi, orang pun tak ramai yang lalu tepi tasik tu. Tak sangka la pulak. Seram bila ingat balik~~

Saya rasa tempat-tempat berhantu yang lain mungkin korang pernah dengarlah kot. Tempat-tempat cam Kemayan City, Muzium Johor tu. Yang Kemayan City tu bangunan terbengkalai. Dah lama sangat dah. Tapi, kadang-kadang ada orang luar masuk dan bershopping kat sana...huhu..pelik??

Pasal Muzium Johor tu pulak, saya tak sempat nak dengar sampi habis sebab dah waktu rehat. Kebetulan masa tu saya puasa. Diorang lunch kat luar, meninggalkan saya keseorangan di ofis. Bilik saya kat tingkat atas. Keadaan ofis atas tu memang agak sunyi dan kelam aje.

Sebelum akak tu keluar, dia ada pesan kat saya,'Hati-hati duk sorang kat ofis ni. Takut ada 'orang' teman pulak.'

Jahatkan akak tu?? Masuk je bilik saya, saya macam terbayang-bayang pulak cik pon. Haish, tak leh jadi. Last-last, saya amik beg dan balik rumah untuk menghabiskan waktu rehat tu...huhu..seram duk sorang-sorang kat ofis..tak sanggup~~~






p/s:Tak nak letak gambar hantu sebab saya penakut..hehe :p

Saturday, April 7, 2012

Sunyi~


Assalamualaikum~

Hari ni terasa sunyilah walaupun saya baru je balik rumah pukul 8 lebih tadi. Balik kerja pukul 1 pm. Pastu akak-akak kat ofis tu ajak pergi gym, konon nak kuruskan badanlah..huhu. Layankan aje. Saya sebenarnya dah lama teringin nak main boling. Dah berbulan tak main boling, rindu sangat. Tapi diorang tak nak, nak buat camne kan~

Sebelum ke gym, kitorang makan tengah hari kat satu kedai ni. Kedai ni menggunakan tema suasana kampung. Tempat makan dia adalah pondok-pondok dan pelanggan boleh pilih sama ada nak makan di pondok bersila atau di meja biasa. Memang best suasana dia. Tapi saya tak leh nak amik gambar, hp rosak..huhu :( 

Dah kenyang, kami pun bergeraklah ke gym. Dalam perjalanan ke gym, hujan turun dengan lebatnya. Pintu gym nampak macam bermangga. Nak turun pergi tengok, susah pulak sebab hujan turun dengan selebat-lebatnya. Bincang punya bincang, last-last nak tukar plan. Pergi gym kat tempat lain pulak. 

sumber google

Pusing-pusing tak jumpa pulak gym yang di cari.Last-last diorang decide nak main boling...hehe..suka saya! Berjaya jugak lepaskan rindu dengan sukan yang menemukan saya dengan leonerz ni..huhu~ :p Nak tau citer kami ni? Try klik sini~

Lepas Asar, kawan saya kat tempat keje lama pulak ajak makan sama. Saya on aje. Biasalah, orang bujang. Takde komitmen apa-apa lagi kan..hehe. Habis makan, singgah Mydin jap & terus balik rumah. Penat gak la badan asyik berjalan je hari ni. 

Balik je rumah rasa sunyi balik. Roommate pun takde, balik kampung. Sampai bilik, terus on laptop. Laptop ajelah peneman dimasa sunyi...



Leonerz??

Dia tengah busy sangat-sangat. Buat report sampai tak tidur malam. Saya pun dia tak ada masa nak layan...sedih :( Sok patutnya dia kena submit, tapi still tak siap lagi reportnya tu. Takpelah, saya tak kacau dia, cepatlah siapkan report tu ye~~~

Nak buat apa lagi pasni?? Tidur je la..huhu~~ :p

comelnye~~ rindu plak kat Leo the cat :(



Friday, April 6, 2012

Spoil~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Jumaat, jadi saya bercadang untuk mengenakan baju kurung ke pejabat. Dah dua minggu pergi kerja pakai seluar jeans aje. Biasalah, dalam bidang kerja saya ni, agak susah nak selalu pakai baju kurung ke pejabat. Kang tetibe kena pergi site, naya je. Memang ada bawak baju spare, tapi lecehlah nak tukar-tukar baju ni kan? 

Masuk je kat ofis, akak ni tegurlah,' Lawa baju,'. Saya pun senyum je lah. Memang jarang sangat diorang tu nak tengok saya pakai baju kurung. Baru je nak berjalan ke peti ais dengan perasaan kembang semangkuk, tetiba akak tu jerit.

'Lipas!'

Tanpa membuang masa saya terus terlompat sambil terjerit. Saya pandang bawah, cari lipas yang akak tu maksudkan. Tapi kakak tu boleh ketawa aje. 

Cis, akak tu kenakan saya rupanya! Baru nak budget ayu hari Jumaat yang indah ni! Buat spoil mood la akak ni. Pagi-pagi dah hilang keayuaan saya ni..huhu~~

baru nak budget ayu cam gambar ni~

Thursday, April 5, 2012

Geram punya pasal~~


Assalamualaikum~


Semalam petang saya borak-borang dengan leonerz kat telefon. Dia tengah ada kerja luar sekarang ni. Borak-borak punya borak, tetiba jadi ganster plak dia. Panggil saya 'hei' la, cakap saya 'pekak' la...ishk..geram betullah dengan dia petang semalam.

Kot ye pun tengah tension keje tu, tak yah lah nak jadi gangster plak! Marah betul saya bila dia berlagak cam gangster semalam. Budget macho la buat macam tu??

Geram geram geram~!

Last-last, pas habis borak tu. Saya terus pergi Jusco. Masuk je Jusco terus masuk kedai Etude. Sekarang ni tengah ada sale. Saya ingat nak try facial mask dia. 5 keping mask RM12. Kira murahlah tu kan? Ingat senang nak dapat harga camtu??

Kat situ, saya saje je nak try survey-survey losyen skali. Tak banyak pilihan losyen kat Etude tu. Ada 4 pilihan je. Dua murah, dua lagi mahal sebab dia kena beli set. Tak leh beli satu-satu. Tapi yang set tu bau dia mmg wangi. Bau lavender.

Tapi harga dia agak mahallah bagi saya yang kedekut ni. Fikir punya fikir, last-last saya beli jugak. Saya nak guna duit yang leonerz bagi hari tu!!! Padan muka dia. Siapa suruh buat saya geram! :p

Bulan ni tak leh beli barang mahal-mahal lagilah nampaknya. Beli keperluan je lepas ni...huhu~~



Paper bag dari Etude~

Masa berjalan keluar dari kedai tu terasa seperti di awang-awangan. Macam tak percaya je saya boleh beli benda mahal ni. Lawa sangat, rasa sayang pulak nak guna. Kotak dia cantik~



Dalam kotak tu ada 1 body wash, 1 body lotion dengan set tube kecik tu untuk travel.


Rasa macam nak dibuat jadikan hantaran aje la. Tapi lambat lagi majlisnya. Camne ye? Nak guna ke nak simpan??


BB Cream~


Ni BB Cream..dapat free je ni. Banyak kan dia bagi?? Tapi saya tak pernah pun guna BB Cream ni. Best sangat ke guna BB Cream ni??


Wednesday, April 4, 2012

Untuk si dia~


Assalamualaikum~

Sumber FB.




P/s: Perempuan memang selalu paksa lelaki kawin ngan dia ke eh?? Mesti lelaki ni selalu rimas kan? Tapi salah ke? huhu~ :p

Tuesday, April 3, 2012

Wajah baru~


Assalamualaikum~

Perasan tak blog saya ni dah bertukar wajah? Cantik tak?? hehe~

Ni semua hasil kreativiti seorang pemilik blog yang bernama Bunga Hati Mama. Kalau nak tau macam mana saya leh dapat benda ni secara percuma, pergilah terjah blog akak ni..huhu~~

Tengok header akak ni, comel je kan??


Antara header-header yang kak arina pernah buat :





Setakat ni je la dulu buat masa ni..banyak lagi nak cerita..tapi lain kalilah ye..terima kasih buat kak arina @ mama alesya sebab sabar dalam melayani permintaan saya masa proses mengedit blog ni..huhu~~ :D





Sunday, April 1, 2012

Colon Cleansing~~


Assalamualaikum~

Hari tu saya ada buat entri pasal kesihatan organ dalaman dalan entri NI kan? Kat entri tu fisha dengan arif suggestkan guna produk HPA, zaza pulak suggest makan spirulina. Roommate baru saya pun suggest HPA, sebab dia ni pun ahli HPA..huhu~~

Jadi, tadi kami pun pergilah ke cawangan HPA yang terdekat. Orang kedai tu pun suggest supaya saya mengambil set colon cleansing. Ramai betul suruh saya ambil set tu, jadi saya pun membuat keputusan untuk mencuba produk yang disyorkan itu. 


Dalam set ni ada spirulina, herba tuju angin (bukan tuju lagu ye~ :p) dan pelawas.


Kebaikan Herba Pelawas:
  • Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
  • membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.
  • Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
  • Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Kebaikan spirulina:
  •  Meningkatkan aktiviti anti-virus
  • Menurunkan kadar kolesterol
  •  Menurunkan risiko serangan penyakit kronik
  • Meningkatkan daya tubuh badan
  • Mengurangkan keracunan pada organ tubuh
  •  Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
  •  Mempercepatkan penyembuhan luka
  •  Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
  • Mengurangi penderitaan akibat radiasi.


Kebaikan Herba Tuju Angin:

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.
Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.
Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Sebagai ubat gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
7. Hilang selera makan


Sumber rujukan: http://duniaherbahpa.com/

HPA ni pun ada buat kelas dan kursus rupa-rupanya. Masa saya pergi tadi, ada kursus akupuntur sedang dijalankan. Apa yang saya tahu, kursus mereka ni 10% teori dan selebihnya praktikal. Saya lihat masa tu masing-masing sedang cuba untuk mencucuk diri masing-masing dengan jarum akupuntur tu. Macam-macam gaya ada. Ada yang pengsan, ada yang takut tak cucuk diri sendiri. 

Masa tu saya naik atas tu sebab nak suruh orang tu tolong analisiskan penyakit melalui tapak tangan aje. Biasalah, saya memang banyak penyakit. Dia kata saya ni banyak angin dalam badan, masalah tulang belakang dengan masalah peparu. Saya memang ada semput cuma tak kritikal. Tak sampai tahap asma lagi setakat ni. Dulu masa aktif kat U dulu pun setiap kali lari mesti semput. Dah semput nangis lak, lagilah semput jadinya..hehe~ :p

Hari ni entri panjang sikit. Saya bukan ejen atau ahli HPA. Cuma nak berkongsi apa yang saya tahu. Kalau silap tegurlah ye~~ :D