Sunday, April 1, 2012

Colon Cleansing~~


Assalamualaikum~

Hari tu saya ada buat entri pasal kesihatan organ dalaman dalan entri NI kan? Kat entri tu fisha dengan arif suggestkan guna produk HPA, zaza pulak suggest makan spirulina. Roommate baru saya pun suggest HPA, sebab dia ni pun ahli HPA..huhu~~

Jadi, tadi kami pun pergilah ke cawangan HPA yang terdekat. Orang kedai tu pun suggest supaya saya mengambil set colon cleansing. Ramai betul suruh saya ambil set tu, jadi saya pun membuat keputusan untuk mencuba produk yang disyorkan itu. 


Dalam set ni ada spirulina, herba tuju angin (bukan tuju lagu ye~ :p) dan pelawas.


Kebaikan Herba Pelawas:
  • Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
  • membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.
  • Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
  • Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Kebaikan spirulina:
  •  Meningkatkan aktiviti anti-virus
  • Menurunkan kadar kolesterol
  •  Menurunkan risiko serangan penyakit kronik
  • Meningkatkan daya tubuh badan
  • Mengurangkan keracunan pada organ tubuh
  •  Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
  •  Mempercepatkan penyembuhan luka
  •  Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
  • Mengurangi penderitaan akibat radiasi.


Kebaikan Herba Tuju Angin:

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.
Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.
Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Sebagai ubat gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
7. Hilang selera makan


Sumber rujukan: http://duniaherbahpa.com/

HPA ni pun ada buat kelas dan kursus rupa-rupanya. Masa saya pergi tadi, ada kursus akupuntur sedang dijalankan. Apa yang saya tahu, kursus mereka ni 10% teori dan selebihnya praktikal. Saya lihat masa tu masing-masing sedang cuba untuk mencucuk diri masing-masing dengan jarum akupuntur tu. Macam-macam gaya ada. Ada yang pengsan, ada yang takut tak cucuk diri sendiri. 

Masa tu saya naik atas tu sebab nak suruh orang tu tolong analisiskan penyakit melalui tapak tangan aje. Biasalah, saya memang banyak penyakit. Dia kata saya ni banyak angin dalam badan, masalah tulang belakang dengan masalah peparu. Saya memang ada semput cuma tak kritikal. Tak sampai tahap asma lagi setakat ni. Dulu masa aktif kat U dulu pun setiap kali lari mesti semput. Dah semput nangis lak, lagilah semput jadinya..hehe~ :p

Hari ni entri panjang sikit. Saya bukan ejen atau ahli HPA. Cuma nak berkongsi apa yang saya tahu. Kalau silap tegurlah ye~~ :D

17 comments:

  1. Takpe yana,
    yang penting usaha nk berubat...

    Yana, nti da lama makan, share ye lagi;)

    ReplyDelete
  2. chaiyok2.. deqla amalkan jamu mak dara utk keshtn dalaman dan awet muda... hihi...

    ReplyDelete
  3. semoga sihat2 taw.. kakak sy der guna al-jabbar gak sbb dia da sakit hati terlebih mkn mcd katenyer..

    ReplyDelete
  4. wah....bgus2...kena bdisplin lepas ni tau..
    jgn lewa2..

    nanti beriathulah kesannya... :)

    ReplyDelete
  5. Kak AA, Cik Nur, insya'Allah akan diberitahu kesannya..hehe..setakat ni xde pape kesan lagi~~

    @deqla, jamu mak dara bagus ke??

    HaniAsyira, kalau terlebih makan mcD sakit hati ke? baru tau ni..

    ReplyDelete
  6. ai pnh mkn produk hpa tuju angin,mmg buang angin btul lah..asyik kentut ja..hahaha

    ReplyDelete
  7. ai pnh mkn produk hpa tuju angin,mmg buang angin btul lah..asyik kentut ja..hahaha

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah makan benda-benda cam ni..huhu

    ReplyDelete
  9. harga dia berapa ni yana? cam ok je..boleh try gak nanti..:)

    ReplyDelete
  10. kadang2 bende2 camni mmg baik utk kesihatan..skarang penyakit da mcm2 tau..xkire usia..so mencegah lebeh baek kan..hihi

    ReplyDelete
  11. nak try juga..sbb sya pun ada mslh nk berak gak neyh..selalu minum detox slim..tpi dah imun..lagipun tak bgs dgt minum benda2 cmne..

    ReplyDelete
  12. wah..HPa ni first zaza tahu..biasa zaza ambil spirulina yg beli kt guardian je..tmbh vit c...

    ReplyDelete
  13. Cik Aini, saya takde kentut sangat pun..huhu~~ :p

    Linda, harga dia saya beli RM65, sebab guna kad ahli roommate saya tu..

    suecomey, betul tu..mencegah lebih baik~~ :D

    sweet honesty, try lah..saya pun baru nak try ni, tak tau ok ke tak..

    zaza, ooo..tak tau sama ke tak eh..

    ReplyDelete
  14. hehehe. mmg bagus pon mkn ni. terjamin.. fisha mkn set ni.

    ReplyDelete
  15. ooo, dah lame ke makan produk ni fisha??

    ReplyDelete
  16. dari tahun 2008 lagi yana. ibu fisha bising jer lau tak mkn. mslhny, fisha tak suke mkn ubat. pahit. nak2 spirullina tuh. aduiii. lame nk telan. hihi. hem. yana lak cmne??ade pape perubhn tak mkn?

    ReplyDelete
  17. mana nak cari agent hpa kat kl??

    ReplyDelete