Assalamualaikum & Salam Sejahtera ~
Alhamdulillah masa hari ke 14 baby dah boleh discaj. Harini dah seminggu kat rumah, kejap lagi kena pergi hopsital untul follow up general condition dia. Parut tebuk dada memang kekal, tapi tak besar. Doktor cakap satu jahitan je. Tapi baby ni dua kali kena tebuk, kira ada 2 jahitan la maksudnya. Kesian baby.
Tempat jahitan nampak kering tak berair, harap makin sembuh la luka dia. Ibu dia yang luka czer lain macam sakit dia kali ketiga ni. Pedih je rasa memanjang walaupun dah hari ke 24 harini. Dulu tak ingat pulak ada rasa macam ni. Serius pedih nak bangun dari baring atau bangun dari duduk seksa rasa. Mungkin sebab dah tiga kali czer agaknya. Harap cepat-cepatlah luka ni sembuh.
Masa hari ke-14 tu doktor tak cakap pun boleh discaj masa call pagi tu. Dia suruh datang susukan baby je, dia nak tengok katanya. Jadi kitorang memang tak berharap baby boleh discaj & tak bawa kelengkapan baby. Ada baju dia je saya tinggalkan dari masa mula-mula dia kena tahan. Bedung & sarung tangan semua tak ada.
Jumpa doktor pukul 11pagi, dia kata boleh susukan baby masa tu & pukul 3 susukan lagi. Husband kerja petang tu memang saya cakap petang ni saya tak boleh datang lagi. Last-last doktor cakap bole discaj hari tu. Wassap kat husband slip untuk pembayaran semua & dia pergi beli kain bedung kat kedai hospital..huhu.
Rabu discaj, Jumaat tu kena datang balik untuk buka dressing dia. Harini lepas seminggu doktor just nak follow up luka & general condition baby. Kalau boleh malas nak bawak baby keluar, virus berleluasa sekarang ni. Tapi, nak buat macam mana. Moga kita semua dilindungi-Nya.
Berpantang sendiri time musim covid ni, urut pun tak buat lagi. Minggu lepas ada kes positif di taman perumahan ni. Seriau jugak rasa, sebab blok sama. Lif pun berkongsi. Nak panggil orang luar datang berurut memang kena fikir banyak kali la..
Tengoklah lepas 14 hari, kalau tak ada kes baru area taman ni, kita tengok balik macam mana. Selangor banyak sangat kes sekarang ni. Risau..
No comments:
Post a Comment