Saturday, August 19, 2017

Czer Kali ke-2 : Hari ke 32~


Assalamualaikum~

Akhirnya berurut jugak lepas hampir sebulan bersalin. Survey yang paling murah..hehe..sekarang harga boleh tahan tau. Ni pun jumpa kat FB, duk tengok orang share Siti Aisyah @ orang panggil Kak Ice tu. Blesses Beauty Confinement. Untuk area Selangor dia amik dengan harga serendah RM 90 untuk berurut saja. Ada jugak pakej penutup pantang. Macam menarik jugak. Tengoklah, kalau ada bajet boleh amik. InsyaAllah...badan nak pakai lama ni. Banyak gak la duit nak kena labur..huhu~

Saya amik 3 hari je untuk urut lepas bersalin. Bagi saya ok servis dia. Akak urut tu pun ramah je. Sambil urut borak-borak santai je. Lepas ni kalau rasa tak sedap badan bolehlah panggil akak tu lagi kot.

Kat Melaka saya nak ambil satu kali rawatang jugak sebab dah bayar deposit sebelum bersalin haritu. Ingat nak pantang kat Melaka, tapi tak jadi pulak. Rasa lagi selesa duk rumah sendiri...hehe. Mungkin nak tukar pakej kat Melaka tu lah. Amik berurut dan hot blanket je la kot? Harap akak urut tu tak kecik hati lah sebab nak kurangkan pakej...

Baby sekarang selsema, jangkit dengan ayah dia kot T_T. Malam-malam je mesti sumbat hidung tu. Haritu suruh husband belikan krim herbal tropical. Tapi tadi lepas urut akak tu sapukan minyak herba ubat NR. Sapu kat dada, belakang & hidung dia. Tengok macam ok sikit, terus beli satu kat akak tu. RM 27, tak mahal sangat. Boleh jadi minyak telon baby. Banyak dah minyak baby saya ada ni. Minyak Anugerah, krim herba tropical & minyak ubat NR. Try & error je lah. Kesian tengok baby susah nak nafas.

Isnin ni, 21 Ogos 2017 baby kena inject sebulan. Harap semua ok dan dia tak demam lah. Rasa mengantuk pulak lepas kena urut hari ni. Semalam dan lusa takde pulak rasa camni. Sedap ni kalau dapat tidur...hehe~

Lupa nak bagitau, untuk pakej penutup pantang, BBC ada pakej urutan pulih dara, lulur dan bertanggas. saya mungkin target nak amik urutan & tanggas je la kot. Nak kena kumpul bajet ni. Harap ada bajetlah. Anak dah 2 ni, tenaga lagi banyak nak guna. :)

Akak urut tu kata luka czer ni biasa paling kurang 6 bulan nak baik. Saya masuk kerja hari ke 60. Baru 2 bulan. Tawakal dan jaga diri je lah. Badan kitakan, bukan orang lain yang tanggung sakit pening kita..

7 comments:

  1. Selamat berpantang ye. Semoga baby cepat sihat. Kesian kecik2 lagi dah kena selsema

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan. Jaga diri baik2 ye.

    ReplyDelete
  3. Moga semua lancar...jaga diri terutama bekas luka jahitan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awak..selamat berpantang ye. Memang mencabar bila anak ramai dan bestnya depa membesar sesama. Hehehe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.
    tu la byk baca psl mommy yg czer & bersalin normal..
    sy blm kawen lagi & bln merasa pengalaman tu lagi.
    moga mommy sehat2 aje hendaknye :)

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan urusan na =) is pun tengah berpantang, tapi xsempat karang lagi pengalaman bersalin kali ni =)

    ReplyDelete