Assalamualaikum~
Sekejap je dah 7 Ramadhan kan kita? Alhamdulillah setakat ni masih larat berpuasa walaupun perut rasa berat je ni. Kadang-kadang bila orang tanya bila nak bersalin, rasa macam tak caya je nak jawab bulan depan. Serius rasa macam sangat dekat dah due tu. Pastu dengar ada sesetengah orang yang awal sebulan dah bersalin. Perasaan berdebar dan risau tu ada jugak, tapi doa yang baik-baik aje lah. Beg untuk ke hospital pun tak prepare lagi ni. Slow & steady je kali ni. Cuma harapnya jangan kelam-kabutlah bila dah dekat due nanti. Maklumlah masa tu mesti busy nak beraya lagi kan..huhu~
Selasa baru ni ikut husband pergi majlis berbuka puasa bersama PM kat Putrajaya. Saja nak tengok suasana berbuka majlis dengan PM..hehe. Pukul 6.30 patutnya dah boleh masuk, tapi balik ofis jalan jem, nak mandi solat semua, 6.30 baru gerak dari rumah. Masa tu tawakal je lah, kalau takde tempat kosong, pergi jelah buka tempat lain.
Sampai-sampai, PM tengah bagi ucapan. Masa tu dah pukul 7 lebih dah. Lewat gak lah kitorang sampai. Sebelum sampai tu ada scanning security lagi kat guard, parking pun dapat jauh. Nak pergi cari meja kena lalu depan orang ramai. Kiranya kiri tu pentas & VVIP, kanan pulak semua tetamu. Laluan karpet merah. Masa tu semua tengah tengok PM berucap. Kira memang menarik perhatianlah lalu nak pergi cari meja tu. Segan tak payah cakaplah.
Nasib baik ada tempat kosong, cuma basah sikit sebab hujan sebelum datang tu. Tak kisahlah kan. Makan buah & nasi berlauk. Boleh tahanlah, sedap jugak. Pastu nak solat, tengok macam sesak la plak. So, akhirnya kitorang decide balik solat kat surau mana-mana je. Tak tunggu sampai habis majlis pun..huhu. Susah sebab Adam tak leh nak duk diam. Asyik nak berlari je. Siap jadikan karpet merah tadi macam trek larian dia pula T_T. Nasib masa tu ramai dah gerak untuk solat. PM pun dah takde kat area tu.
Singgah kat area surau Ayer 8, solat kat situ je. Sedap je aircond dalam surau tu. :)
So, oklah overall. Sempat makan dan sempat solat. Sebab sebelum datang dah letak mindset jangan berharap makan dengan tenanglah dengan budak Adam tu :p
Bye-bye. Ada rezeki bolehlah datang lagi. Kamera HP murah je, tak berapa clear sangat :p
Berselera tak berbuka dengan PM? Hehe
ReplyDeletetengok makanan je, tak tengok sgt PM..hehe
Deletesalam ramadhan ke 7 Yana! merasa jugak berbuka dgn PM ye.. mesti makanan sesedap kan.=)
ReplyDeleteboleh bayang kan sesak dia cemana.
tak sesak mana, tp penuh gakla :)
Deletewah.. untung dapat rase berbuka dengan PM.. hihi..
ReplyDeletesalam ramadhan yang ke 11..
semoga dipermudahkan sumenye..
baby girl ke boy tu?
hehe..rahsia :p
DeleteSha da tak berapa selesa ke majlis cengginie.. Rasa macam stress je.. hehehe.. Nice experience kan sis..
ReplyDeletebnyk protokol mjlis mcm ni..hihi seronok makan je la hahaa
ReplyDeleteexperience.
ReplyDeleteaida ni ntah bila dpt gi.
CM melaka buat ari tu pun tak gi.
beraya ke lain.
pusulabet
ReplyDeletesex hattı
hipodrombet
rulet siteleri
rexbet
HUW6KY