Monday, May 22, 2017

3rd Pregnancy: 32 weeks and counting to Ramadhan~


Assalamualaikum~



Masa pregnantkan Adam, due date dia pun time bulan Syawal. Kebetulan kali ni pun baby due bulan Syawal jugak. Semuanya dalam bulan Syawal, bertunang, bernikah, anak pertama dan yang kedua ni, insyaAllah. Rezeki Syawal. Harap dengan bertambah anak ni, bertambahlah rezeki dan dipermudahkan urusan kami :)

Dah masuk 30 weeks ++, badan makin cepat rasa letih. Pinggang sampai ke kaki rasa cepat lenguh sekarang.  Berat pun rasa besar sangat dah ni, padahal lama lagi nak due. Doktor detect air ketuban macam banyak. Khamis ni saya akan ke Hospital berjumpa dengan pakar. Harap takde apa masalah. Test air gula pun dah buat 2 kali. Rasanya dua-dua tu macam lepas je. 

Khamis ni jumpa pakar, dia akan tengok balik sama ada saya bermasalah atau pun tak. Dia juga akan confirmkan boleh normal atau kena czer jugak kali ni. Saya pun tak tahulah nak expect apa. Takut gak nak normal, tapi czer pun tak kurang ngerinya..huhu~

Barang-barang baby tak start beli lagi. Kalau dulu time Adam, 30 weeks dah hampir complete dah. Kali ni, slow and steady je. Huhu..baju, botol susu, sabun pencuci khas untuk baby, nail clipper, thermometer dengan breast pump je kot nak beli? Sebab baju Adam dulu banyak dah bagi kat adik ngan adik ipar. Breast pump pulak dah rosak T_T.  Bajet semua dah ke laut..hehe..bilalah nak dapat bonus ni :p 

Untuk breast pump saya decide untuk amik yang murah je. Treenie kompakto. Double pump bawah RM200. Ingat senang ke nak cari bawah harga tu? huhu. Bekerja nanti, masa pump tak leh nak lama, so, better amik double. Cepat dan mudah. Harap pump ni sesuailah dengan saya. Tak beli lagi, tunggu bajet ni. Doakan urusan dimudahkan ye :) Saya pun ada beli silikon pump yg manual tu, sebagai standby. Kebetulan kawan beli kat 11street kot, ada promo, satu dalam RM10 termasuk pos, saya amik 2 terus lah :p

Image result for silicone pump
Silicone pump tu camnilah lebih kurang. Tapi saya beli bukan brand haaka la, Brand haaka lagi mahal..hehe~

Nak puasa ni , harap urusan berpuasa nanti dimudahkan. Rasa macam nak consume kolagen la. Sebab kolagen ni selain mencantikkan kulit, boleh hilangkan sengal-sengal badan jugak. Nak raya ni kan, mana tahu sambil nak hilangkan sakit badan, boleh cantikkan kulit sekali..hehe :p

Image result for nano collagen secretleaf
Berminat boleh whatsapp 013-6514022
100% pure collagen :)

Image result for nano collagen secretleaf

9 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan semuanya. Moga kandungan baik2 saja inshaAllah

    ReplyDelete
  2. semoga urusan berjalan dengan lancar...
    go lokal tu buka 8.00 pagi sampai 7.00 mlm..
    Tp klu nak makan cendol durian dia..kena awal..sbb klu petang² biasa dah abis... :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..take care tau....MV time wani jer bersalin masa puasa ..so pantang dalam raya ..pergh melepas tengok menu raya haha

    ReplyDelete
  4. Moga ibu dan baby sihat dan dipermudahkan Allah swt.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga segalanya mudah dan lancar

    pesan kat baby pls behave dear..

    ReplyDelete
  6. Semoga baby sihat dan semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  7. Silicone pump tu macam mana?

    ReplyDelete
  8. Ohh so that's silicone pump. Thank you, dear. Gigih mencari gambar. Ingatkan pump yang sewaktu kita buat kerja, dia boleh pamkan. I've been looking for that product, but not sure di mana boleh beli and how it looks like. Sebab pernah terbaca orang beli, but lupa nak tanya dia.

    ReplyDelete
  9. Macam adik Sha.. dia pun cepat je penat..
    Semoga Allah permudahkan urusan awak..

    ReplyDelete