Tuesday, April 11, 2017

Berkelah di Sungai Congkak~


Assalamualaikum~

Sabtu baru ni, husband ada program sukarelawan dengan anak yatim Rohingya. Saya dan Adam tak ikutlah, kalau ikut bukan boleh tolong apa pun. Sibuk jaga Adam je nanti kan. Segan lak rasa macam menyemak je. Katanya petang program habis dalam pukul 3. Seawal 7 lebih pagi dia dah gerak sebab kena amik barang kat ofis dulu sebelum ke tempat program.

Saya dah set la, pukul 3 lebih husband patut dah ada kat rumah. Sekali tunggu punya tunggu, pukul 4 lebih dia masuk hantar makanan lebih dari program tu, pastu cakap nak jumpa member jap dekat bawah. Sepantas kilat terus hilang balik. Dahlah orang menunggu dia dari pagi T_T.

Sekejao dia, pukul 7 gak baru balik. Sekejap sangat kan? Dahlah tak bagitau pergi mana, hilang camtu je. Risau kot bini dia ni. Geramm je rasa kan? Balik-balik ajak pergi camping kat PD, konon nak pujuklah. Malaslah kalau last minute. Nak tidur plak tu kat sana. Pukul 9 lebih malam ajak, memang dah golek-golek depan TV la time tu stand by nak lelap je. :p

Pastu tukar plan, esok pagi-pagi pulak nak ajak pergi Sungai tekala, Adam suka mandi sungai sekarang ni. Dia pulak baru beli khemah baru. Memang anak beranak suka aktiviti outdoor ni, saya terpaksalah ikut. Last bercamping time sekolah kot :p

Pagi esok, singgah Mydin jap, beli ayam nak buat BBQ dan jaring nak bakar ayam sekali dengan arang & fire starter. Nasib baik Mydin bukak pukul 9 pagi. Memang jadi penunggu depan pintu Mydin tu tunggu nak bukak..hehe~

Lepas tu setkan waze untuk ke Sungai Tekala dari Putrajaya, tapi pelik masa tu tengok waze suruh ikut cheras/kl. Mesti akan lalu sungai congkak/ sungai tekali jugak. Alang-alang baik singgah sungai congkak terus sebab tak pernah lagi sampai sana~

Sampai-sampai nampak cantik je sungai dia. Bayaran masuk sorang RM1 ke Pusat Rekreasi Sungai Congkak. Tapi khemak kena bayar RM10. Kalau bermalam RM10, bermalam pun RM 10 T_T. Ini tidak adil~



So, haritu dari pukul 10 lebih pagi sampai dekat pukul 4 petang jugaklah lepak sana. Nasib baik ada khemah. Tengah hari tu hujan renyai-renyai, kitorang duduk dalam khemah je. Tukar baju pun dalam khemah je, memang senanglah rasa. Air teh dalam termos pun panas lagi, sedap je minum teh panas tengah hujan. Adam sekejap je dah lelap baring-baring tengok video dia. Lama gak biar dia tidur. Pukul 3 lebih petang baru gerak balik. 

Budak first time jumpa khemah~ :p


Dari sampai sungai sampai balik, saya tak buat kerja apa pun. Main air dengan Adam je. Pasang khemah, bakar ayam, cuci bekas semua tu husband yang buat. Untunglah~ :p

Ok, next time boleh cuba untuk bermalam dalam khemah pulak. Next location Janda Baik kot?~



Harga ni sampai 15 Mei 2017 saja ye.
013-6514022 

3 comments: