Wednesday, April 26, 2017

Pengalaman last minute plan camping di Port Dickson~


Assalamualaikum~

Weekend baru ni, kitorang anak-beranak buat planning last minute. Planning awalnya, Sabtu malam tu nak balik kampung Melaka. Tapi sebab dah malam, mak suruh balik esok pagi je lah. Tapi, masa tu kitorang dah siap-siap dah nak gerak. Keluarlah idea gila, 'Jom camping kat PD'! Nanti esoknye balik ikut jalan lama je ke Melaka, dah tak jauh mana dah kan PD-Melaka tu.

Pukul 9 lebih malam kot gerak, solat Isyak siap-siap, packing barang nak BBQ, perap ayam, buat air teh letak dalam termos. Teh tu tahan sampai esok pagi tau panas dia. best! Singgah kedai on the way ke sana, beli lagi makanan ringan. Memang main terjah je ni..huhu~

Sampai PD dalam pukul 11 malam jugak. Pusing-pusing tengok mana spot yang sesuai nak pacak khemah. Sebelum tu pergi toilet dulu, karang tengah malam satu hal pulak nak cari toilet kat sana kan. Malangnya pantai memang panas malam. Tak boleh nak tidur. Adam pun mengamuk je sebab tak selesa kot. Tengah-tengah malam buta nak pergi main pasir, tak nak tidur T_T.

Saya pun tak boleh nak tidur. Dalam pukul 2 lebih pagi tetiba, nampak ramai-ramai orang kat khemah tak jauh dari khemah kitorang. Pegawai agama kot, buat rondaan. Tak pasal-pasal ada 2 khemah keliling kitorang kena terjah. Khemah kitorang diorang tak kacau pulak. Mungkin tengok ada anak kot? huhu~ Dah suruh husband standby kad kawin awal-awal dah kalau diorang terjah..hehe :p

Dengan Adam tak nak tidur, husband panggang ayam, esok pagi tinggal nak makan je :p Last-last pukul 4 lebih baru boleh tidur. Rasa angin sejuk start ada. Pukul 6.40 pagi bangun solat Subuh. Dah nak terang dah masa tu. Adam pulak lenalah tidur, dah tidur lama kan. Tapi pukul 7 lebih paksa gak dia bangun, ajak mandi pantai. Bulatlah mata tengok pantai :p

Air pantai sana agak berbau. Overall, macam tak bestlah nak camping kat PD lagi. Malam panasss T_T 
Lepas ni kitorang plan nak pergi cuba camping kat Janda Baik pulak lah~
Nanti dah nak start puasa, baby nak keluar pulak lepas raya, memang lambat lagilah kalau nak camping lagi kan. So, kite terjah je lah selagi terdaya dan ada kesempatan ni~

Budak tidur tak nak bangun pagi tu~ :p

Pemandangan pagi dari dalam khemah sambil husband panaskan makanan balik~


Friday, April 21, 2017

Promosi Hebat Produk Penjagaan Muka Formulasi Natural~


Assalamualaikum~


Siapa yang masih tercari-cari produk yang selamat untuk penjagaan muka??

Jom cuba produk keluaran Secretleaf ni! Bebas paraben, SLS, merkuri dan bahan kimia bahaya lain.

Whatsapp 013-6514022.





Tuesday, April 11, 2017

Berkelah di Sungai Congkak~


Assalamualaikum~

Sabtu baru ni, husband ada program sukarelawan dengan anak yatim Rohingya. Saya dan Adam tak ikutlah, kalau ikut bukan boleh tolong apa pun. Sibuk jaga Adam je nanti kan. Segan lak rasa macam menyemak je. Katanya petang program habis dalam pukul 3. Seawal 7 lebih pagi dia dah gerak sebab kena amik barang kat ofis dulu sebelum ke tempat program.

Saya dah set la, pukul 3 lebih husband patut dah ada kat rumah. Sekali tunggu punya tunggu, pukul 4 lebih dia masuk hantar makanan lebih dari program tu, pastu cakap nak jumpa member jap dekat bawah. Sepantas kilat terus hilang balik. Dahlah orang menunggu dia dari pagi T_T.

Sekejao dia, pukul 7 gak baru balik. Sekejap sangat kan? Dahlah tak bagitau pergi mana, hilang camtu je. Risau kot bini dia ni. Geramm je rasa kan? Balik-balik ajak pergi camping kat PD, konon nak pujuklah. Malaslah kalau last minute. Nak tidur plak tu kat sana. Pukul 9 lebih malam ajak, memang dah golek-golek depan TV la time tu stand by nak lelap je. :p

Pastu tukar plan, esok pagi-pagi pulak nak ajak pergi Sungai tekala, Adam suka mandi sungai sekarang ni. Dia pulak baru beli khemah baru. Memang anak beranak suka aktiviti outdoor ni, saya terpaksalah ikut. Last bercamping time sekolah kot :p

Pagi esok, singgah Mydin jap, beli ayam nak buat BBQ dan jaring nak bakar ayam sekali dengan arang & fire starter. Nasib baik Mydin bukak pukul 9 pagi. Memang jadi penunggu depan pintu Mydin tu tunggu nak bukak..hehe~

Lepas tu setkan waze untuk ke Sungai Tekala dari Putrajaya, tapi pelik masa tu tengok waze suruh ikut cheras/kl. Mesti akan lalu sungai congkak/ sungai tekali jugak. Alang-alang baik singgah sungai congkak terus sebab tak pernah lagi sampai sana~

Sampai-sampai nampak cantik je sungai dia. Bayaran masuk sorang RM1 ke Pusat Rekreasi Sungai Congkak. Tapi khemak kena bayar RM10. Kalau bermalam RM10, bermalam pun RM 10 T_T. Ini tidak adil~



So, haritu dari pukul 10 lebih pagi sampai dekat pukul 4 petang jugaklah lepak sana. Nasib baik ada khemah. Tengah hari tu hujan renyai-renyai, kitorang duduk dalam khemah je. Tukar baju pun dalam khemah je, memang senanglah rasa. Air teh dalam termos pun panas lagi, sedap je minum teh panas tengah hujan. Adam sekejap je dah lelap baring-baring tengok video dia. Lama gak biar dia tidur. Pukul 3 lebih petang baru gerak balik. 

Budak first time jumpa khemah~ :p


Dari sampai sungai sampai balik, saya tak buat kerja apa pun. Main air dengan Adam je. Pasang khemah, bakar ayam, cuci bekas semua tu husband yang buat. Untunglah~ :p

Ok, next time boleh cuba untuk bermalam dalam khemah pulak. Next location Janda Baik kot?~



Harga ni sampai 15 Mei 2017 saja ye.
013-6514022 

Friday, April 7, 2017

Adam 2 tahun 8 bulan~


Assalamualaikum~

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 3 tahun dah Adam ni. Belum start potty training lagi, jangan tanya kenapa T_T. Penyakit malas memang sangat hebat  melanda...huhu~

Potty training equipment untuk duduk di toilet seat dah lama beli, tapi Adam masih tak tahu nak gunakan benda tu. Bila duduk kat situ dia masih ingat nak mandi. Sebab dulu suruh dia buang air, tapi lama sangat tunggu saya terus mandikan je dia. Sekali dua je pun buat camtu dulu, tapi tu yang dia ingat sampai sekarang T_T.

Kelmarin, lepas membuang dalam pampers dia lambat baru nak pergi cuci sebab dia sibuk nak main HP. Gaya dia kalau nak membuang, dia akan baring tengah rumah atas lantai. Pastu suruh orang jangan datang dekat. Tahu ye busuk..hehe. 

Al-kisahnya semalam lepas dah cuci, bau macam ada lagi. Masa tu belum pakai baju semua, dia lari-lari keliling husband. Husband tegur bau busuk lagi. Saya check, memang masih ada bau. So, ajaklah Adam masuk toilet balik. Masa tu dah malam, badan pun cam malas kot. Tapi rasa macam dah sental habis dah masa first cuci tu. 

Masuk dalam toilet, Adam pergi kat baldi amik gayung mandi. Basuh kepala dia. Agaknya sebab dia dengar ayah dia cakap dia busuk, terasa kot? Sebab dari cara dia nampak cam dia betul-betul nak hilangkan busuk tu. Dia fikir kena mandilah kot baru wangi. Boleh tahan sensitif jugak Adam ni. Kelakar pulak tengok. 

Semalam ada terbaca pasal kisah omputih kehilangan anak lelaki 4 tahun sebab kanser. Sayu bila teringat anak sendiri. Jangan terlalu busy untuk melayan anak sebab kalau satu hari nanti anak kita takde, kita akan menyesal sangat. T_T

So, memang set minda dari sekarang. Kat rumah kurangkan HP dan lebihkan layan anak-anak. Adam pun memang suka dapat perhatian. Rasanya kalau adik dah keluar, adik yang kena mengalah kot. :p

Saja bagi try aiskrim biskut. Tapi dia tak minat, siap minta belikan aiskim lain. Memang takla nak layan ye~~~ :p

Tuesday, April 4, 2017

Book Carnival di PICC 28 March- 2 April 2017~


Assalamualaikum~

Sekarang ni masa makin kurang diluangkan untuk blog ni. Sibuk dengan kerja dan bisness part time. Blog ni pun hanya boleh ditulis dengan curi-curi masa yang ada. Sebab tu masa sangat terbatas. Kat HP dah tak boleh nak update blog..

Weekend baru ni saja ajak husband pergi book carnival anjuran MPH. Manalah tahu ada novel murah. Sekarang ni rajin pulak nak membaca novel. Kat rumah tu dah berulang kali baca novel, nasib baik banyak pilihan kat rumah kan~

Entry ni cuma nak review dan compare pengalaman pergi book carnival dengan warehouse dale karangkraf sebelum ni. Memang berbeza sangat. Bagi saya agak sayang nak habiskan duit di MPH book carnival baru ni. Sebab diskaun biasa-biasa je. Yang diskaun banyak adalah buku-buku yang tak menarik minat saya..huhu..Kalau warehouse sale karangkraf dulu tu, 5 novel saya beli bawah RM20 sahaja. Berbaloi sangat rasa. Satu buku RM 3 , RM 5. Banyak pilihan novel menarik. 

Kesimpulannya, kalau minat novel melayu adalah disarankan ke warehouse sale karangkraf terus di shah alam ye. Memang berbaloi-baloi! Recommended! Tahun ni bila karangkraf nak buat warehouse sale ye?? Ada sesiapa tahu?