Tuesday, March 28, 2017

Short Trip to Raub~


Assalamualaikum~

Weekend baru ni, tetiba hari Sabtu tengah hari husband ajak pergi jalan-jalan Raub, Pahang. Saja nak jalan tempat orang katanya. Saya memang takde rasalah nak berjalan. Maklumlah cuti sekolah dah nak habis, mesti jalan jem teruk. Lagipun Raub ada apa je kan? Bila google hanya air terjun je lah yang popular, dengan tempat buat aktiviti hutan.

Memang taklah nak buat akiviti tu semua. Sampai pun mesti dah maghrib, perut camni nak takdenya nak buat aktiviti lasak. Kat Raub, husband book Hotel Jelai Raub. Oklah hotel dia, selesa dan bersih. Cantik juga lantai dan hiasan bilik. Ada simple complimentary breakfast disediakan juga. Harga dalam RM 100++ untuk family room. Recommended lah siapa yang nak stay sana.

Masa check in tanya receptionist mana je menarik kat Raub. Dia pun tak tahu..huhu..camne tu~
Tapi sepanjang perjalanan ke Raub memang nampak banyak sangat stall durian. Tengah musim kot. Plan esoknya gerak awal dari hotel dan survey lah mana tau dapat durian murah ke kan :p

Sampai pukul 6 lebih kat hotel, lepas solat asar terus keluar. Nak pusing pekan Raub tengok ada apa. Pusing-pusing nampak ada pasar malam. Singgah situ je lah. Banyak pilihan. Adam macam biasa lah, mana-mana akan pau mainan. Nak mainan mahal lak tu, memang tak dapatlah. Kat rumah pun bersepah mainan dia je. Last-last pujuk bagi belon angry birds je. RM3. Kat Bukit Tinggi belon yang sama tu RM 10..huhu..

Sedap-sedap jugak makanan kat sana. Kitorang beli nasi lemak, bakso, yong tau fu ,air jus mangga fresh. Memang puas hatilah rasa. Lama tak makan bakso..huhu..kalau ikut nafsu banyak lagi nak amik. Tapi beringat-ingatlah jugak sebab berat saya ni baru sebulan dah naik 3 kg. Bahaya-bahaya. 

Beli jugak buah longan, memang isi tebal sangat. Dan manis. Mula-mula tak nak beli sebab agak mahal, sekilo RM18. Tapi bila tester dia bagi, husband suruh amik RM10. Memang sedaplah, tak tipu. Tebal daripada biasa isi dia. 

Malam tu memang tak ke mana lah. Jem jugak Pekan Raub tu malam-malam. Balik hotel, makan.. Adam main lompat-lompat katil, main baling bantal dengan ayah dia. Pastu baru tidur. Memang tak tahu nak pergi mana pun.

Pagi esoknya pukul 7 lebih pergi breakfast. Duduk relaks jap kat bilik dan teruskan misi balik dan survey durian. Walaupun banyakkkk sangat stall durian, harga masih lagi mahal tau. Dua, tiga stall gak kitorang berhenti tanya tapi tak beli sebab mahal. Plannya memang nak survey je, kalau mahal takpelah. Kalau murah nak satu. Takut plak nak makan banyak-banyak sebab mengandung.

Dah sampai area Bentong, jumpa satu stall cina ni, warna kuning. Husband pergi tanya. Musang king tak yah cakaplah. RM 50++ sekilo, tak mampu lagilah kami. Durian kampung RM 15 sekilo kot. Husband amik sebijik kena RM18. Isi tebal, puas hati sangat makan. Memang rasa berbaloilah RM18 tu..hehe~

Sebelum balik singgah Hutan Lipur Lentang. Piknik dan mandi-manda. Suka sangat Adam sampai tak nak keluar walaupun dah mengigil macam apa dah. Keluar-keluar minta roti. Ngigil-ngigil makan. Kelakar ada, kesian pun ada. Itu pun dah mandi , tukar baju nak masuk balik dalam sungai T_T.

Lain kali ye Adam. Kita pergi Sungai Tekala pulak ke. Dulu punyalah takut mandi sungai. Semalam nampak tiket masuk Hutan Lipur tu, Adam minta nak mandi lagi..huhu...suka sangat ye Adam~

Overall short trip ni oklah, tengok tempat orang. Dapat durian murah. Lepas ni kita cari tempat lain pulak jalan yeee~ :)

P/S: Gambar takde sebab tangan sibuk pegang barang & Adam..huhu~

3 comments:

  1. wah mahal juga kan harga durian musang king tue yana

    ReplyDelete
  2. raub dulu tempat sekolah saya. time spm

    ReplyDelete
  3. musim durian ehhh skrg ni? kalau musim, nak cari juga

    ReplyDelete