Friday, July 15, 2016

Coretan 10 Syawal~


Assalamualaikum~

Hari ni lawat blog orang, ramai lagi yang share gambar raya sekeluarga. Sedih jap, sebab kitorang takde gambar raya satu keluarga. Yang ada, wefie saya, husband & Adam. Comel sangat Adam masa tu sebab tengah senyum lebar sampai mata sepet..hehe..tapi memory kad problem pulak. Tak leh nak tengok balik. Kena tengok kat handphone husband la... T_T

Adam yang paling untung masa raya, dapat kereta mainan yang boleh duduk dalam tu. Ayah saya ngan mak mertua sumbangkan dana untuk beli. Kena tambah sikit je la duit raya Adam. Terpaksa guna dulu la sebab ibu dia sekarang takde bajet lebih..huhu~

contoh~

Gambar dalam handphone hilang sebab memory card crash. So, tengok gambar google je la ye. Sori..huhu. Weekend ni boleh bawak Adam main kereta dia kat mana-mana tempat lapang. Putrajaya pun ok gak kan? Hehe~

Saya sekarang ni terjebak dengan page IIUM.Suka pulak baca pengalaman-pengalaman bebudak sekarang ni. Yang popular sekarang yang 'Alim konon'..hehe. Teringat kenangan lama dengan husband dulu. Dah jadi memori dah pun, benda dah lepas. Cuma bila teringat, buat saya terfikir tak semestinya orang yang berlagak alim tu baik. Dia pun manusia biasa seperti kita juga. Cuma saya fahamlah, orang akan sakit hati dia buat macam tu sebab akhlak dia tak menggambarkan perlakuan dia...huhu~

Apa yang penting? Kita jagalah diri kita dulu. Cuba jadi yang terbaik, luar dalam. Nak judge orang lebih-lebih pun kita ni banyak gak kekurangan. Dulu time bercinta selalu gak saya kutuk-kutuk orang tu. Tapi sekarang belajar untuk jadi lebih matang..hehe. Masing-masing jaga hidup masing-masing kan~~ :)

3 comments:

  1. Saya juga baru terjebak dengan page IIUM tu. Some stories memang terkesan, and some stories are too cliche/much. Memana entri yang rasa diri kita perlu perbaiki, kita muhasabahlah diri.

    ReplyDelete
  2. Saya agree dgn tue : jaga hidup sendiri dulu baru lah sibuk jaga tepi kain orang.... Reminder untuk nadia jugak =)

    Page IIUM tak pernah dgr pulak ada stories yang boleh di baca ... IIUM page yang universiti tue ke ? =)

    ReplyDelete