Assalamualaikum~
Lama takde kesempatan nak berblog. Maklumlah sebelum ni berblog kat nursing room je. Sekarang ni dah tak pergi sana. Alkisahnya last week, pagi Khamis tetiba bleeding. Serius rasa risau. Pagi tu lepas mandikan Adam, duduklah kat depan. Tetiba rasa sakit bawah rahim tu, bangun terus rasa ada cecair keluar. Tengok-tengok darah. Boleh tahan banyak gak la.
Kebetulan hari tu memang minta cuti untuk jumpa doktor check up. Awal lagi, excited nak jumpa doktor,,huhu. Pergi klinik, tunggu giliran. Doktor scan nampak jantung baby. Baru sangat saya pregnant, baru nak masuk 8 minggu last week. Orang kata tak elok nak heboh-heboh. Takpelah, nanti akan datang saya nak baca balik kan blog ni. Diari gitu lah~
Jumaat pergi kerja still ada bleeding sikit-sikit. Saya decide untuk tak pam. Sebab setahu saya breastfeeding akan kecutkan rahim. Tu yang boleh jadi punca jugak. Kerja memang tak tenang. Pukul 10 decide pergi hospital lah cek. Sebab semalam doktor suruh pergi hospital kalau tak stop bleeding.
Jumpa doktor, scan tak nampak plak. Dia kata machine lama. Hmm...kena datang lagi 28 April next week. Dapatlah ubat kuatkan rahim tu. Alhamdulillah lepas makan bleeding start untuk berhenti. Tapi sampai sekarang saya memang tak berani lagi nak pam. Mungkin kena stop terus la. Saya buat manual je seminggu ni. Kesian Adam mengamuk kat babysitter campak botol sebab tak nak susu tepung. Saya siap beli botol baru untuk Adam last week. Tommy tippe ada gambar aeroplane, sebab dia suka sangat aeroplane T_T
Doktro asyik tanya nape anak rapat. Masuk 2tahun dah Adam tahun ni. Memang nak anak lagi. Kalau takde rezeki takpelah. Doktor pun cakap, ada adalah. Kalau takde takpelah. Utamakan anak yang dah memang ada skang ni.
Dua, tiga hari minggu lepas asyik nangis je risau. Tapi hati try redha je. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau takde rezeki, cuba lagi kan~ :)
Kita tengok next week camne. Ok ke tak~
Adam sekarang ni asyik nak berdukung. Boleh ke ada adik ni?? Risau gak. Kesian dia tak dapat fully BF sampai 2 tahun. T_T
Minggu ni duduk kat meja je. Kontraktor ajak naik bumbung dengan jalan luar, saya pas kat orang. Next week start jalan balik la kot. Kerja tak sempurna kalau tak tengok sendiri benda tu..huhu~ Sekarang pun rasa cam dah ok sikit. Tak rasa sengal-sengal lagi~
Doakan yang terbaik ye kawan-kawan. Sori susah nak jenguk blog korang skang. Ni bukak blog pun sebab ofis lenggang sikit, ramai pergi solat Jumaat..huhu~
semoga allah permudahkan..insyaallah kalau ada rezeki ada la..kalau takde redha ye yana...
ReplyDeleteSemoga baik baik sja dear.. n moga urusan di permudahkan. Amin.. Insyaallah.
ReplyDeletesemoga semuanya baik2 saja yana..mmg anak kalau nak beradik manja nya lain mcm ...tapi kan tak lah rapat sgt pun gap dengan bby nnt 2 tahun juga...biasa anak pertama kedua memang gitu
ReplyDeletejaga diri baik-baik.. doa baik-baik. inshaAllah, kalau dah rezeki adam dapat adik, Allah akan permudahkan urusan. aminn
ReplyDeleteapapun tahniah ye dear...jaga diri dan kandungan elok2..mudah2an takde yang serius...semoga semuanya dipermudahkan ye...banyakkan berdoa...
ReplyDelete