Friday, April 29, 2016

Redha je la~


Assalamualaikum~

Lepas dua minggu, semalam cek semula kandungan sama ada ok atau tak. Doktor sahkan kantung kosong. Maknanya second pregnancy saya tak berjaya. Doktor terangkan risiko-risiko untuk D&C. Saya tak faham sangat. Minta masa untuk fikir, jadi dia bagi appointment lagi dua minggu.

Lepas keluar dari situ, saya ajak husband pergi klinik swasta berdekatan untuk scan lagi sekali. Mula-mula tak nampak. Doktor suruh kelaur dulu minum air banyak-banyak dan datang semula. Lepas dah minum air banyak-banyak, doktor pun scan lah. Masa tu agak terkejut sebab nampak 2 kantung. Satu kantung kosong, satu kantung ada isi tapi dah takde heartbeat. Doktor explain mungkin kembar tak jadi. Terkilan gak, tapi semua ada hikmahnya. Saya sebelum ni caeser, mungkin kalau kandungan ni jadi akan ada banyak komplikasi. Redha. Next time cuba lagi ye~

nampak jelas 2 kantung tu..saiz tak membesar,,

Sekarang ni tengah risau nak kena gugurkan baby yang tak jadi ni. Seriau gak sebab tak pernah ada pengalaman. Sesiapa yang ada pengalaman bolehlah share ye. Kalau boleh harap dia keluarlah sendiri. Takut nak masuk dewan bedah lagi..huhu~

Banyak benda yang saya tak pernah jangka akan alami dah/akan saya alami. Contoh macam emergency caeser, gugur, pasni D&C. Member saya cakap, ok lah tu. Dapat merasa semua T_T. Nasib baik saya masih ada Adam, penghibur di kala lara. Adam tak sedia lagi ye nak ada adik?? huhu~

semangat makan buah :p








Friday, April 22, 2016

Bleeding & BF~


Assalamualaikum~

Lama takde kesempatan nak berblog. Maklumlah sebelum ni berblog kat nursing room je. Sekarang ni dah tak pergi sana. Alkisahnya last week, pagi Khamis tetiba bleeding. Serius rasa risau. Pagi tu lepas mandikan Adam, duduklah  kat depan. Tetiba rasa sakit bawah rahim tu, bangun terus rasa ada cecair keluar. Tengok-tengok darah. Boleh tahan banyak gak la. 

Kebetulan hari tu memang minta cuti untuk jumpa doktor check up. Awal lagi, excited nak jumpa doktor,,huhu. Pergi klinik, tunggu giliran. Doktor scan nampak jantung baby. Baru sangat saya pregnant, baru nak masuk 8 minggu last week. Orang kata tak elok nak heboh-heboh. Takpelah, nanti akan datang saya nak baca balik kan blog ni. Diari gitu lah~

Jumaat pergi kerja still ada bleeding sikit-sikit. Saya decide untuk tak pam. Sebab setahu saya breastfeeding akan kecutkan rahim. Tu yang boleh jadi punca jugak. Kerja memang tak tenang. Pukul 10 decide pergi hospital lah cek. Sebab semalam doktor suruh pergi hospital kalau tak stop bleeding.

Jumpa doktor, scan tak nampak plak. Dia kata machine lama. Hmm...kena datang lagi 28 April next week. Dapatlah ubat kuatkan rahim tu. Alhamdulillah lepas makan bleeding start untuk berhenti. Tapi sampai sekarang saya memang tak berani lagi nak pam. Mungkin kena stop terus la. Saya buat manual je seminggu ni. Kesian Adam mengamuk kat babysitter campak botol sebab tak nak susu tepung. Saya siap beli botol baru untuk Adam last week. Tommy tippe ada gambar aeroplane, sebab dia suka sangat aeroplane T_T

Doktro asyik tanya nape anak rapat. Masuk 2tahun dah Adam tahun ni. Memang nak anak lagi. Kalau takde rezeki takpelah. Doktor pun cakap, ada adalah. Kalau takde takpelah. Utamakan anak yang dah memang ada skang ni. 

Dua, tiga hari minggu lepas asyik nangis je risau. Tapi hati try redha je. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau takde rezeki, cuba lagi kan~ :)

Kita tengok next week camne. Ok ke tak~

Adam sekarang ni asyik nak berdukung. Boleh ke ada adik ni?? Risau gak. Kesian dia tak dapat fully BF sampai 2 tahun. T_T

Minggu ni duduk kat meja je. Kontraktor ajak naik bumbung dengan jalan luar, saya pas kat orang. Next week start jalan balik la kot. Kerja tak sempurna kalau tak tengok sendiri benda tu..huhu~ Sekarang pun rasa cam dah ok sikit. Tak rasa sengal-sengal lagi~

Doakan yang terbaik ye kawan-kawan. Sori susah nak jenguk blog korang skang. Ni bukak blog pun sebab ofis lenggang sikit, ramai pergi solat Jumaat..huhu~


Wednesday, April 13, 2016

BF Journey: Lagi sikit je~

Assalamualaikum~

Pejam celik pejam celik tinggal lagi 4 bulan je Adam nak 2 tahun. Seminggu dua ni pam memang dah tak dapat cukup dah untuk Adam. Selalu bagi 3 botol x 4 oz. Sekarang dapat 2 botol je. Dah start kena survey susu apa adam nak minum sekarang.

Secara rasminya Adam setahun 8 bulan dah start campur la nampaknya. Mungkin susu drop sebab Adam nak dapat adik kot? Huhu~ :p

Pam unimom forte dah banyak berjasa selama ni. Walaupun suction level dah tak function, tapi masih berguna sampai sekarang.




Dah berplaster-plaster dah pam tu. Tu mintak tolong husband..huhu. Sayang rasa nak tukar pam. Tapi kalau anak second macam kena tukar je. Tapi sayang la...sayang nak keluar duit~ :p

Saya tengah aim spectra s1. Cam menarik je. Dah biasa guna unimom. Takut nak tukar. Tapi Pam unimom besar sangat dan berat dan tak boleh guna bateri. Kena cari plug la setiap kali nak pam.

Doakan bf journey saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah ye~~~ :D



P/s: siapa nak beli dianz vitamin saya ada jual tau. Rm45 satu~

Tuesday, April 12, 2016

Adam Setahun 8 Bulan: Pandainye dia~

Assalamualaikum~

Semalam rajin nak buat pisang goreng. Walaupun tak menjadi, tapi ok la..lepas tekak nak rasa..hehe~

Sibuk bancuh tepung, budak Adam tu pun sibuk nak tolong. Semalam fefeling mood rajin, jadi bagilah Adam main dengan tepung dalam mangkuk besar. Suka dia dapat main.

Main-main, pastu tumpah. Habis lantai dapur tu. Dapur kecik je pun, habislah satu dapur tu. Dah tumpah pandai pulak dia kibas-kibas karpet kecik tu. Cerdik sangat. Nama pun ada zahin (cerdik)~



Pastu pergi bawak ke depan pulak. Pastu pergi bawak atas toto depan TV plak. Memang ibu dia terus amik simpanla tepung tu. Dah besar sangat kawasan nak kena bersihkan lak nanti~

Nasib baik ayah Adam balik awal, tolong cuci pinggan mangkuk kat dapur. Dapatlah ibu Adam vakum + mop rumah..huhu. Kalau ibu sibuk kat dapur memang tak la nak vakum+mop. Tak larat~~~ :p

Untunglah ada orang tolong kan..Adam bila nak start tolong betul-betul ni.

Monday, April 11, 2016

Adam & karipap~

Assalamualaikum~

Semalam kakak datang rumah. Mood rajin dia datang, buatlah karipap..he he..saya tolong sediakan bahan dan makan saja~~~ :p

Sibuk buat karipap, si Adam pun sibuk nak join. Menarik sangat kot dia tengok. Kelakar je tengok gaya dia~




Sungguh-sunguh tu nak tolong. Mula-mula bagi tepung adunan tu dia terus masuk mulut. Haha..pastu rasa pelik dia luekkan balik. Orang suh uli, dia pergi masuk mulut. Dapatlah tu~ :p

Geram betul ngan Adam ni. Nakal dan suka nak cabar kesabaran orang sekarang ni. Nasib baik anak sendiri, kalau anak orang tak sanggup..huhu ~

Thursday, April 7, 2016

Review Drama Korea: Babysitter~


Assalamualaikum~

Sejak seminggu dua ni rasa mengantuk saja. Nak bukak blog pun tiada kesempatan sebab tempat ni kadang tenet ok, kadan tenet tak ok. Saje terfikir nak review drama korea ni. Sebab citer dia 4 episod je..huhu. Sikit kan?

Drama dia macam bosan sebenarnya, tapi sebab rasa nak tahu apa yang berlaku, so tengok gaklah sampai habis.Dark drama. Tak recommended sangat. Pasal husband curang dengan babysitter. Trauma woo..hehe..tak naklah amik live in nanny~~


Watak perempuan tu sampai kena masuk mental hospital & penjara. Ending pun tak expect..huhu. Nak layan, layan je la~~

Tengok sebab pernah tengok drama pasal lawyer bercinta, perempuan atas tu la watak utama. Ingatkan watak sama ke...huhu~

Habis satu citer korea. Pasni nk abiskan descendents of the sun plak~ :p

Friday, April 1, 2016

April fool~

Assalamualaikum~

Saje letak tajuk camtu..hehe..sila jangan sambut April fool ye. Ramai jugak yang besday 1 April ni rupanya. Hepi besday untuk mereka semua~

Hari dah jumaat, esok ada kenduri tahlil kat rumah nenek. Nampak gaya kena drive sendiri sebab husband ade meting sok, kakak pulak nak gerak malam ni T_T

Malas nak tidur sana..husband kat umah. Tak best la kan. Esok pergi dengan Adam je la nampaknye. Harap Adam tak meragam sok..

Adam dari malam semalam hepi je. Aktif main, buat sepah. Stress malam-malam kena vakum 2,3 Kali T_T makan tak banyak mana pun, buat sepah je lebih..

Hari ni pun kat rumah babysitter aktif. Lari sana sini, siap nak angkat anak orang..huhu~




Baguslah aktif. Cuma nak kena tahan stress je la melayan budak aktif ni.
Huhu~

Yang cubaan angkat anak orang tu tak berjaya. Last-last dia yang tergolek.
Huhu~ :p