Assalamualaikum~
Hari ni dah start cuti sekolah. Yeah!! Kurang jem..hehe..pagi tadi keluar rumah lambat sikit, gelabah dah masa tu. Pastu nak turun lif nampak ada budak main kat taman mainan kat bawah. Masa tu baru teringat cuti sekolah. Nasib baikkkkk...hehe..insya'Allah sempat sampai ofis sebelum pukul 8 pagi~
Jumaat hari tu kan saya ada cerita saya cuti sebab family mertua nak datang. Ingatkan diorang sampai tengah harim rupanya dekat pukul 6 gak baru sampai..huhu..rasa cam rugi lah amik cuti. Tapi bila fikir balik takpelah, sempatlah saya menyental toilet, kemas lagi rumah tu. Semua ada hikmahnya kan. Lambat sebab shopping sakan di KL rupanya. Maklumlah di pantai timur tu barang-barang boleh tahan mahal jugak tau walaupun duduk di kampung. Sebabnya petronas banyak area sana. Taraf hidup sangat tinggi, Seafood yg banyak kat sana pun lagi mahal kalau nak compare dengan makan seafood kat sini. Serius!
Baru-baru ni kan ada festival belon panas kat Putrajaya. Ingat nak bawak diorang pergi sana, tapi tak kesampaian. Jumaat tengah malan singgah sana kejap je tengok. Kedai pun banyak dah tutup. Sabtu tu pulak mak ngan ayah mertua ada urusan kat Klang. Kitorang jalan-jalan bawak adik ipar dua orang pergi jalan-jalan dengan mandi sungat je kat Sungat Tekala. Malam tu adik ipar yang baru habis SPM belanja makan. Alhamdulillah, murah rezeki dia~ :)
Mak mertua, ayah mertua dengan sorang adik ipar balik dah pagi semalam sebab hari ni ada orang order katering dengan mak mertua. Maklumlah orang bisnes, kalau ada rezeki tak boleh nak tolak. Pendapatan kat situ la. Datang sini pun sekejap sangat, sambil tu nak jumpa Adam. Rindu sangat nak jumpa cucu sorang ni sebab lama dah tak balik kampung, kekangan kerja:(
Terbalik kan? Patutnya anak yang balik jumpa mak..huhu. Husband kerja mengalahkan menteri. Susah nak balik kampung sekarang. Nak balik Melaka pun tak senang tau.
Mak mertua datang bawak banyak stok makanan. Segan lak saya, tapi suka :p. Siap bawak bahan nak masak pulut durian dengan nasi lemak. Untung dapat mertua sporting. Mak mertua datang rumah, tapi dia yang masak. Sebabnya saya tak pandai masak T_T. Mak mertuakan masak katering, camne nak lawan..huhu~
Adik ipar 2 orang dengan family pagi ni baru balik. Semua family husband orang bisnes, Bila kerja, pulun habisan. Bila cuti pun cutilah habisan. Best je tengok diorang. Tapi bukan senang nak senang. Adik ipar ngan husband muda lagi, kawin sama tahun dengan saya. Tahun lepas berhenti kerja dan balik kampung berbisnes. Sekarang macam senang dah tengok. Alhamdulillah, rezeki diorang~
Husand saya je yang duduk jauh dengan family dia sekarang ni. Kalau boleh harap dia dapat sambung belajar. Mak mertua teringin nak tengok husband jadi lecturer. Tapi dengan ekonomi sekarang buat kitorang jadi takut nak amik risiko. Saya dengar UPM ada course master yang kelas start 6 petang setiap hari ye? Harap dipermudahkan urusan. Amin.....
Panjang sangat entri kali ni. Tak baca pun tak pe. Saja nak lepas gian menulis..hehe~ :p
MV pun jarang balik kg..harap Mentua/mak yg datang ke rumah..huhu...semoga nnt suami yana dapat sambung study..skg ekonomi kita mmg x stabil
ReplyDeleteCuti sekolah mcm ni la mall penuh. Kaunter penuh.. jalan je kosong. hihi
ReplyDeleteSeronok baca entry Yana, tak kisah tulis panjang2 pun takpe, best!
ReplyDeleteBeruntung dapat mak mertua sporting, terasa macam mak kita sendiri kann..
Nampaknya bisness catering mak mertua Yana maju, alhamdulillah..
untung jugak keluarga mertua tak berkira.. oklah dia org nak dtg.. rindu cucu tu... hihihihi
ReplyDelete